TDA: 34

861 60 48
                                    

"Uwerkk"

Mark memuntahkan segala isi perutnya.

"Awak okey tak ni ?" tanya Amira.

"O-okey je" Mark berjalan keluar dari bilik Air.

"Sekejap saya turun ambil Air" kata Amira

"Kenapa dengan Mark ?" tanya Ian yang sedang duduk di sofa itu.

"Entahlah tiba tiba je, nak kata masuk angin dia dah makan tadi" kata Amira.

Ian hanya menangguk sahaja. Dia menyambung menonton tv.

Mark turun kebawah lalu berjalan ke Arah Ian, Rian, Noah, Hans dan Ariq yang sedang menonton tv.

"Kau ni asal ?" tanya Rian.

"A-aku nak kek batik boleh tak" tanya Mark tiba tiba.

Rian dan Noah yang sedang minum itu tersedak.

"Sejak bila kau makan kek batik, tu kan coklat" tanya Ian pelik.

"Haah weh, kau kan tak boleh telan coklat" balas Noah pula.

"Aku cakap nak nak lah, aku nak ma..." belum sempat Mark menghabiskan kata katanya, tiba tiba tekaknya terasa mual, dia berlari ke arah sinki di dapur.

"Uwekk..." Amira menggosok belakang badan Mark lembut.

"Amira cuba bawak Mark pergi klinik, takut dia keracunan je or salah makan" kata Ariq.

"Awak kita pergi klinik ye check" kata Amira.

"Hm" Mark hanya membalas begitu sahaja.

Noah dan Amira membawa Mark ke klinik.

Sampai sahaja di klinik mereka duduk sambil menunggu giliran.

"You duduk lah tak apa I boleh berdiri" Noah mempelawa Amira duduk.

Amira mengangguk sahaja. Mark melentokan kepalanya pada bahu Amira.

"Encik Mark Hendreson" panggil seorang jururawat.

"Saya" Amira menyahut panggil jururawat itu.

"Sila duduk ye Puan dan Encik" kata Dokter perempuan itu.

"Sebenarnya suami saya kenapa ?" tanya Amira.

"Suami puan tiada apa apa masalah dia okey" kata dokter itu.

"Habistu kenapa dia muntah muntah ?" tanya Amira.

"Ini disebabkan Puan mengandung dan effect tu datang pada suami puan, tahniah puan, anda mengandung sebulan" kata dokter itu.

Amira dan Mark terkejut.

"Betul ke dokter ?" tanya Mark kembali.

"Iya, selepas kami buat ujian darah ternyata Puan Amira mengandung" kata dokter itu.

Mark bersyukur dia bakal jadi ayah tak lama lagi.

"Jadi pesanan saya jangan lakukan kerja berat ye puan sebab kandungan puan masih muda dan satu lagi elakkan dari makan nenas ye" pesan dokter.

"Baik dokter" kata Amira, kemudian dia dan Mark berlalu keluar dari bilik itu.

"Macam mana ?" tanya Noah.

Mark dan Amira tersenyum.

"Aku tanya bukan suruh senyum" kata Mark.

"Balik rumah aku bagi tau" kata Mark.

Noah mengeluh.

"Iya lah" kata Noah.

"Sebelum balik, jom cari kek batik" rayu Mark.

THE DEVIL ANGEL ©Where stories live. Discover now