TDA : 48

986 65 11
                                    

Harini Hannah sudah boleh pulang ke rumah kembali. Sampai sahaja di rumah Ariq terus membawa Hannah ke dalam biliknya.

"Abang jangan banyak banyak gerak tau" pesan Amira.

"Iya sayang" kata Mark yang sedang mencium Marissa.

Amira turun ke bawah dan berjalan ke arah dapur.

'Kau dah sentuh suami aku, jangan harap kau boleh terlepas perempuan !' desis Amira dalam hati.

Setelah siap memasak Amira memanggil semua untuk makan tengah hari.

"Ian mana ?" tanya Amira

"Dia keluar tak tau lah pergi mana" kata Rian

Amira diam.

"Korang makan lah dulu, Mira nak tengok Marissa sekejap" kata Amira.

Amira berjalan Naik ke atas.

"Aduhh apa pulak budak ni nak buat, jangan lah dia bunuh perempuan tu, aku suruh dia awasi je" bebel Amira lalu mencapai telefon bimbitnya.

"Hello Ian"

"Hello ha kenapa ?" tanya Ian.

"Awak buat apa dekat perempuan tu ?" tanya Amira cemas.

"Kau suruh awasi je kan, aku tengok je lah" kata Ian.

Amira menghelah nafas lega.

Amira mengangguk lalu walaupun tidak di lihat Ian lalu menamatkan panggilan.

"Marissa tidur ke ?" tanya Mark.

Amira mengangguk lalu dia makan bersama mereka semua.

Ariq memandang Amira dengan perasaan yang sukar di tafsir.

"Aku nampak Amira macam pelik je" kata Ariq.

"Apa yang peliknya ?" tanya Mark.

Ariq diam.

"Tak ada apa lah" Ariq keluar dari mansion itu menuju ke gazebo di luar Mansion.

Mark mengerutkan dahinya.

Di luar Ariq hanya termenung sendirian, hanya hujan renyai renyai yang menemaninya saat ini.

Ariq mengeluarkan sijil kematian mamanya yang telah di cetak. Dia memandang surat itu dengan sayu.

"Mama, Ariq rindu mama" Tiba tiba sahaja air matanya jatuh berlinangan.

Dia melihat ke arah pasu yang tertanam satu bunga ros berwarna merah  di sebelah gazebo itu.

Itu lah satu satunya tanaman yang di tinggalkan oleh mamanya.

-flashback-

"Ariq Amira jangan lari lari nanti jatuh" kata Tengku Haliza.

"Sini dekat mama"

Ariq dan Amira ke arah Tengku Haliza.

"Ni bunga apa mama ?" tanya Ariq.

"Ni lah bunga Ros, mama nak Ariq jaga bunga ni boleh ?"

"Boleh" Ariq tersenyum manis.

"Mira pun nak juga mama" Amira memuncungkan bibirnya.

Tengku Haliza tersenyum kecil seraya mencium pipi Amira.

"Mira tolong abanv Ariq jaga bunga ni sekali tau"

"Okey"

-end flashback-

Ariq mengesat Air matanya lalu berjalan masuk ke dalam mansion.

THE DEVIL ANGEL ©Where stories live. Discover now