Bismillah
Maafkan miss sebab delete CTDD cuma banyak penulisan yang miss kurang gemar dalam cerita tersebut jadi sis delete cerita tersebut.
NUH HAZZAR ialah salah satu karya yang terlintas di pemikiran sis ketika CTDD masih on going. Entah kenapa cerita ini buatkan sis agak yakin bahawa jalan cerita NUH HAZZAR agak baik berbanding CTDD.
MissLatte berharap korang akan memberi sokongan terhadap NUH HAZZAR.
Dan Miss Latte berterima kasih juga pada sahabat Miss Latte yang telah memberi sokongan penuh kepada Miss Latte untuk teruskan berkarya. Walaupun banyak kekurangan dalam penulisan Miss Latte, dia sentiasa membantu. Terima kasih lagi sekali sahabat.
Dengan ini bermulalah Kisah NUH HAZZAR.
************
PROLOG
Aku memeluk patung beruang sambil baring di atas katil itu. Mata kecil aku itu melihat sekeliling bilik yang aku tidak kenali itu.
Dahi aku yang berbalut dengan kain putih itu aku sentuh dengan jari kecil aku itu. Wajah aku menunjukan aku keliru.
"Sya?"
Aku berpaling kepada wajah tua yang sedang memandang aku itu. Air mata di tubir mata berwarna kelabu tua itu sedang jatuh.
"Nek...sya dekat mana? Ibu dengan ayah mana?" Soal suara kecilku itu.
Wajah tua itu sedang menahan sebak.
"Sya kuatkan? Sya kena terima takdir sayang"
"Nek cakap apa ni? Sya tak faham lah"
Aku memeluk erat patung beruang yang dihadiahkan oleh Ayahku itu.
"Sya, mak dengan ayah dah tak ada..."
Mata aku itu bertukar merah. Aku mengeleng-geleng kepala kecilku itu berkali-kali.
"Sya nak ibu ayah"
Aku mula meronta-ronta.
"Sya nak ayah! Sya nak ibu!!!"
"Ibu!!"
"Ayah!!!"
"Sya jangan macam ni sayang" pujuk nenek sambil memeluk tubuh kecil ku itu.
Aku menangis teresak-esak. Mana mungkin aku faham dengan apa yang telah terjadi ketika usiaku itu belum matang.
Tangan nenek mengusap perlahan badan belakangku itu untuk menenangkan aku.
"Sya dah sedar? Alhamdulillah" tegur seseorang. Aku mengalih pandangan ke arah pintu masuk wad tersebut. Tokwan sedang memandang ke arah ku sambil tersenyum.
"Tokwan, Ss..sya...Nak...ib..ibu...aayah" kataku tersedu-sedu.
Tokwan menghampiri ku dengan perlahan lalu duduk di sisiku. "Sya, Allah lebih sayangkan ibu ayah. Allah nak ibu dengan abah di sisi Dia"
"Tapi Sya pun perlukan ibu ayah, Sya nak bawak diorang pergi jalan-jalan" kataku sambil memandang tokwan dan nenek.
"Sya kena kuat, Allah uji Sya sebab dia sayang sangat dengan Sya. Allah tak pernah tidur. Kalau Sya rindukan ibu dan ayah, Sya doa dekat Allah sampaikan rindu Sya kepada mereka ye sayang?"
Aku memeluk nenek ku itu sambil tersedu-sedu menangis.
Ibu, orang yang lahirkan aku di dunia ni dah tiada. Ayah, yang mencari rezeki untuk aku dan ibu pun sudah tiada.
Aku dapat rasakan pelukan erat dan usapan nenek ku itu.
Tiba-tiba pintu wad di tolak kasar.
"Mana budak tak Guna tu!!" Jerit maksuku itu . pintu wad ditolak dengan kuat. Ditepi maksuku itu kelihatan sarah yang sedang memeluk anak patung yang agak berbeza berbandingku.
"Astaufirullah, kamu ni dah kenapa? Salam tak diberi. Mana adab kamu?" Tegur nenek kepada maksuku itu.
"Mak jangan nak nasihat idah! Ni sebab budak tak guna ni lah punca kakak idah mati!!" Jerit maksuku itu sambil menunding jari kearahku.
"Allahu akhbar, bawak mengucap idah! Ni semua takdir! Kamu kena terima ketentuan Allah! Mana iman kamu?! Budak ni tak ada kena mengena dengan apa yang dah jadi!"
YOU ARE READING
NUH HAZZAR [On Going]
RomanceBila benci menjadi sayang? Klise? Not for them. Takdir ditentukan bila pertemuan tengku Nuh Hazzar dan Nur Aisyah Ilyana di depan bilik air. Tengku Nuh Hazzar yang telah dipaksa oleh papanya untuk duduk berlajar berdikari bersama Tokwan Aisyah itu...