Bab 3

5 1 0
                                    

Aku memotong ayam mentah itu kepada ketulan yang berbeza lalu menimbang ayam yang telah dipotong itu.

"Nah makcik limah, semuanya 10 ringgit" kataku sambil menghulurkan bungkusan yang berisi ayam itu.

"Terima kasih Aisyah, ayam kau ni semua murah-murah harga. Aku doa semoga kau murah rezeki lah Aisyah" ucap Makcik limah kepadaku.

Aku hanya aamiin-kan sahaja apa yang dikatakan oleh makcik limah itu. Iya memang betul harga ayam yang aku jual itu agak murah berbanding gerai ayam lain. Sampaikan pekerja aku pun tegur, harga ayam yang aku jual itu terlalu rendah.

Tapi bagi aku rezeki itu tak salah alamat. Tak ada masalah pun kalau harga ayam yang aku jual itu murah sebabnya aku ada ladang sendiri bukannya aku ambil ayam dari pembekal lain.

Sedang aku melayan pelanggan aku. Terdengar riuhan orang kampung di pintu masuk.

"Uish esah! kau tengok kereta tu! Orang bandar ke?"

"lawanya kereta!"

"Siapa tu?"

Aku hanya melihat sekilas lalu kembali membuat kerja bersama budak-budak ku yang lain.

Aku ni bukannya jenis yang suka amik tahu hal orang. Mungkin orang bandar yang datang untuk bercuti atau berjumpa dengan saudara.

Setelah selesai memotong ayam, aku membasuh tanganku itu.

"Kecoh betul bila orang bandar masuk kampung kita ni" kata salah satu pekerja aku.

"Alah acap kau macam tak tahu orang kampung kita ni, ada sahaja nak jaga tepi kain orang" kata pekerja aku lagi.

"sama ja korang dengan orang kampung, bergosip jugak" kataku sambil menyarungkan beg selempang di bahu.

Lelaki bergosip lagi teruk dari perempuan. Macam mana aku boleh tahu, tengok jelah pekerja aku semua lelaki.

"Eh mana ada Sya, kami berdua ni baik. Mana lah nak main gosip murahan ni semua"

"Ha betul tu! aku dengan azim main gosip mahal je"

"Mangkuk Hang!" kata Azim sambil menampar belakang kepala Azim.

"Oii sakitlah bangang!"

Kepala aku tergeleng-geleng melihat kelakuan pekerjaku itu. Tak habis-habis bergaduh diorang ni.

"Sudah! Layan korang dua ni, tak balik aku. Nanti korang kemas gerai" pesan aku.

"Aip aip Captain" kata Acap dan Azim serentak sambil menabik ke arahku.

Aku memutarkan mata ku itu. Malas aku layan peragai budak-budak diorang ni. Aku berjalan ke arah motorsikal ku itu. Aku memandang kereta berjenama BMW itu berlalu. Aku memakai topi keledar ku itu lalu berangkat ke warung.

Sampai sahaja di warung aku menanggalkan topi keledar ku itu lalu menyarungkan topi di kepala. Dari jauh aku nampak Jihah sedang berborak dengan kawannya itu sambil memandangku. Langsung tak tegur aku. Memang lah tak tegur kalau dah benci aku.

Aku berjalan ke arah meja yang kosong lalu duduk di atas kerusi yang disediakan.

Aku mengeluarkan telefon bimbit yang berjenama nokia itu. Kalau orang lain mesti telefon berjenama tapi aku sekadar Nokia 20 sen. Bukannya aku ada benda lain hendak di buat pun kalau pakai telefon mahal-mahal.

Sekadar simpan nombor telefon tokwan, pekerjaku dan kenalan yang lain. Lagipun aku tak menghadap telefon bimbitku selalu sekadar untuk hal penting sahaja.

Sedang aku leka bermain permainan snake di dalam telefon bimbitku itu sambil menunggu pesanan ku siap. Idham dengan selamba duduk di depanku.

Aku memandangnya sekilas. "Tak kerja ke? mana-mana je nampak muka kau idham"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 17 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

NUH HAZZAR [On Going]Where stories live. Discover now