********
Aku memandang sekeliling ruang tersebut. Pada mulanya gelap gelita tetapi dengan tiba-tiba terdapat satu cahaya yang menyinar. Kenapa aku rasa macam kenal tempat ni?
"Nanti sya dah masuk sekolah belajar rajin-rajin tahu?"
Suara tu! Aku kenal suara tu!
"Buat ramai kawan dekat sekolah, ye sayang?"
Aku terpandang satu wajah yang sedang tersenyum sambil memandangku dari tempat duduk penumpang di sebelah pemandu. Wajah yang aku rindui dan paling aku sayang. Ibu dan Ayah...
Aku cuba berkata sesuatu tapi lain yang aku ucapkan ketika itu.
"Sya nak belajar rajin-rajin lepastu bawak Ibu ayah pergi jalan-jalan"
Tak! Bukan tu yang sya nak cakap! Kenapa? Kenapa aku tak boleh nak bersuara mengikut kehendak aku?
"Alah comelnya anak ayah ni, jadi anak yang solehah ye sayang?"
Aku memandang ayah yang sedang tersenyum sambil memandang ku dari cermin. Rindu...Ya aku rindu Ibu dan Ayah tapi kenapa aku tak boleh nak ucapkan perkataan tu? Aku nak ucapkan yang aku sayangkan diorang.
Ibu... Sya rindu Ibu...
Ayah... Sya nak ayah peluk dan bawak Sya pergi jalan-jalan macam dulu...
Tiba-tiba satu cahaya terang menyuluh kami sekeluarga. Ketika itu aku teringat akan kejadian ini! Aku cuba menjerit untuk abah memutarkan stereng kereta ke bahu jalan tapi tiada suara yang keluar dari mulutku.
Aku cuba bangun untuk memberi amaran kepada abah dan Ibu tapi tiada gunanya. Apa sahaja yang aku lakukan ketika itu seperti tiada guna seolah-olah tangan kaki dan mulut aku terikat.
"Ibu ayah sayang Sya tau?"
DUM!
" Ibu! Ayah! "
Air mataku turun dengan laju dan dada aku berombak kencang.
Aku memegang dadaku yang terasa sakit.
Ya Allah...
Aku rindukan mereka berdua.
Sudah 12 tahun Ibu dan Ayah tinggalkanku menghadap sang pencipta dan selama 12 tahun jugaklah aku mimpikan benda yang sama pada hari yang sama.
Entah kenapa kejadian itu sentiasa berputar-putar di fikiran aku. Kejadian yang perit dan hiba.
Sejak dari kejadian itu juga Tokwan dan nenek menjagaku tapi selepas dua tahun nenek pulak pergi menghadap ilahi yang ada sekarang hanyalah Tokwan dan aku.
Hai! nama Aku Nur Aisyah Ilyana, lebih gemar dipangil sebagai Sya. Umur aku 24, muda kan? Aku berasal dari Kedah. Semestinya aku bujang but Not available. Maksud Not availble tu tak berminat! Pekerjaan aku, lebih kepada Perniagaan ternak ayam dan mempunyai gerai di pasar.
YOU ARE READING
NUH HAZZAR [On Going]
RomanceBila benci menjadi sayang? Klise? Not for them. Takdir ditentukan bila pertemuan tengku Nuh Hazzar dan Nur Aisyah Ilyana di depan bilik air. Tengku Nuh Hazzar yang telah dipaksa oleh papanya untuk duduk berlajar berdikari bersama Tokwan Aisyah itu...