Bab 2

3 1 0
                                    

Aku memandang cermin di hadapanku itu lalu mengikat bengkung hijau di pingang ku itu. Setiap bengkung yang dipakai pasti ada peringkat dan alhamdulillah berkat usaha dan tunjuk ajar tokwanku itu, aku berada di peringkat pelangi hijau.

semua tahap pencapaian pelatih Gayong diperlihatkan daripada bengkung yang diperoleh. Setiap bengkung yang diperoleh merupakan petunjuk kepada pencapaian kemahiran.

Bengkung terdiri dari pada hitam (kosong), awan putih, pelangi hijau, pelangi merah, pelangi merah timggi (cula 1-3), pelangi kuning, pelangi kuning tinggi (cula 1-5), Harimau pelangi cula sakti 6 (cula 1-6) dan Harimay pelangi cula sakti 7 hanyalah Hak Dato meor Abdul Rahman sahaja.

Tokwan ialah guru silat ku dari aku kecil lagi. Pada mulanya, aku melawan tidak mahu belajar tapi lama kelamaan setiap malam aku melihat tokwan ku mengajar, aku jadi tertarik dengan setiap pergerakan silat. Bagi aku ianya begitu berseni dan langkah-langkah bunga silat membuatkan aku terpegun.

"Sya cepat sikit"

"Iya Sya turun ni!"

Aku bergerak turun dari rumah mengikuti jejak langkah Tokwanku ke belakang rumah. Kalau nak tahu Tokwan mengajar aku dan anak muridnya di belakang rumah sahaja. Nak dikatakan kawasan rumah tokwanku itu luas.

Dari jauh aku dapat melihat Idham dan rakannya yang lain sedang bersembang. Idham memandang ke arahku lalu melambai, memangil aku untuk ke arahnya.

Aku melangkah ke arahnya.

"Sya, kau tahu tak soal latihan harini?" Soalnya.

Mungkin berharap yang aku tahu mengenai latihan pada hari ini.

Aku mengeleng. "Idham aku pun anak murid tokwan aku. Kau ingat tokwan akan bagitahu aku?" Kata ku kepadanya.

"Manalah tahu Tok anjang bagitahu kau" katanya lagi.

Tok anjang ialah pangilan buat tokwanku dari anak murid orang kampung di sini. Anak murid tokwan aku seramai 30 orang.

Semuanya berlainan jantina dan umur. Aku bersyukur ada segelintir budak muda yang ingin belajar warisan dari turun temurun agar tidak dilupakan.

Bak kata tokwan, tak ramai budak muda zaman sekarang ingin belajar bersilat kerana sibuk dengan duniawi.

Bagi aku apa yang tokwanku katakan benar kerana ramai budak muda sekarang leka dengan zaman IT hingga lupa akan tradisional bangsa melayu dan terutamanya agama.

Silat yang di ajar oleh tokwanku itu ialah silat gayong.

Setiap ahli gayong akan diserapkan dengan ilmu persilatan dengan beberapa tahap bermula dari asas hingga ke peringkat yang tertinggi. Kalau aku cerita asas asas silat gayong ni memang sampai ke bila tak habis.

"Bismillah, latihan hari ni macam biasa. Selepas latihan tok ada sesuatu nak beritahu" kata Tokwanku itu.

Idham dan aku saling berpandangan. Kami berdua tertanya-tanya apa yang ingin diberitahu oleh tokwanku itu.

Selepas sahaja latihan aku duduk bersila di atas tikar yang disediakan. Aku memandang tokwan yang sedang duduk di tangga rumah itu. Idham datang duduk bersila disebelahku itu.

Idham ialah salah satu pelajar yang agak cemerlang. Jadi rata-rata murid dan penduduk kampung agak kagum dengannya.

Apabila pertandingan silat di adakan pasti dia orang pertama yang akan pulang membawa trofi kemenangan. Aku sendiri pun agak kagum dengan Idham.

Sebelum itu, aku kenal Idham sejak kecil lagi. Jadi bagi aku dia seperti keluarga aku atau lebih tepat abang. Jadi aku agak selesa dengannya. Mungkin disebabkan aku anak tunggal yang sentiasa keseorangan selepas arwah ibu dan ayah aku meninggal.

NUH HAZZAR [On Going]Where stories live. Discover now