*don"t forget to vote and comment dear readers hehe ^_^
8 TAHUN BERLALU…
Selama 9 tahun itu jugak lah Hafya cuba untuk cari Daniel walaupun dia tahu usahanya itu hanya sia-sia sahaja.Italy dengan Malaysia kau ingat dekat ke nyah.Kalau Hafya kaya,dah lama dia pergi ke Italy untuk berjumpa Daniel.Bila teringat balik memori yang mereka cipta bersama,automatik air mata Hafya ingin mengalir.No Hafya,kau kena kuat, lupakan dia dan buka buku baru.Dia menggeleng sendirian sambil senyum nipis.
“Wey Hafya,kau ok tak ni.Kejap geleng kejap senyum.Keeeee…..teringat buah hati kau?”Lea sudah senyum macam cempedak busuk.Lea adalah kawan sejak dari zaman sekolah menengah lagi dan sekarang mereka duduk bersama di rumah sewa.Maklum la student universiti kan.Duit pon cukup-cukup makan je.Kena la kongsi dan berjimat-cermat.
“Kau tu yang ok ke tak.dah macam beruk je senyum tu.Takda maknanya buah hati.Buah anggur ade la.Ha ambik kauu!”Hafya menyumbat 7 biji anggur yang sudah dibasuh ke dalam mulut Lea.
“Kau ni kalau aku tercekik tadi macam mana.Heish dasar tak sayang kawan.Bla la kau sana jangan duduk dekat dengan aku”Penuh mulut Lea mengunyah anggur-anggur itu.
“Tak tercekik pon kan hak eleh kau nak berdrama pulak.Aku pelik la asal kau tak pilih aliran lakonan drama eh?Kau punya drama,gajah pon bole terbang hergh”
“Eee dah la kau, malas aku layan lawak bodoh kau yang tak masuk akal ni”Lea terus melangkah ke dalam bilik dengan wajah cemberut dan menghempas pintu sekuat hati.Menyakitkan hati je melayan Hafya sorang tu.Sapa ada kawan macam tu mesti penat kan nak layan.Sian eh sian.
“Ha hempas pintu tu biar togel bilik kau takda pintu!”Hafya sudah bercekak pinggang persis seorang mak-mak.Hafya turut melangkah ke biliknya untuk tidur.Esok dia perlu bergerak awal ke Kuala Kangsar kerana ada ‘pengumuman penting’oleh kakak sulung nya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Mr.Daniel”kata salah seorang pengawal rumahnya sambil menundukkan sedikit kepala tanda hormat.
“Hm,Danish ada kat dalam?”
Pengawal itu terus mengangguk kepala dengan pantas.Karang tak pasal-pasal kena maki free dengan Mr.Daniel.Dahla tak geti nak senyum,tegur?lambertt lagi.Sempat kau eh mengutuk seround boss sendiri.Kena pecat baru tau.Merempat la kat tepi jalan sana.
TIT TIT TIT..
Eh tu bukan bom tau tu bunyi orang tekan password
Daniel melangkah masuk kedalam rumah setelah pintu rumah itu terbuka dengan sendiri.
“Yow wassup bro.Lambat balik”tegur Danish selepas melihat susuk tubuh abangnya.
“Banyak kerja tadi kat office aku kena siapkan harini jugak”
Mesti korang pelikkan kenapa Daniel dah bekerja padahal umur baru 23.Ada syarikat sendiri pulak tu.Semua pewaris anak lelaki The Matthew wajib untuk belajar selok-belok tentang syarikat.Wajib ye saya ulang wajib.Pada umur 22,mereka perlu mengambil alih kesemua syarikat The Matthew.Begitu juga dengan adik Daniel iaitu Danish.Umurnya sekarang sudah melonjak 22 tahun.Tradisi ini sudah dimula sejak nenek moyang The Matthew lagi.Disebabkan itulah mereka jarang meluangkan masa bersama keluarga.
“Mommy suruh balik Malaysia lusa.Both of us”kata Danish yang sedang elok duduk di sofa empuk ruang tamu itu.
“Whatt!?Kau gila ke apa hah?Kerja aku dekat sini sapa nak tolong tengokkan bongok?Takkan syarikat kat Malaysia takda orang nak jaga?”Bertubi-tubi soalan diajukan ke Danish.
“Wo wo wo slow down la.Tak rilek lah kau ni.Meh aku jawab satu-satu.First,aku masih waras dan yang kau cakap gila tu patutnya kat mommy bukan aku.Second,Ethan yang akan jaga syarikat kat sini sebab dia tu mana geti nak cakap melayu.Aku dah ajar banyak kali pon still bodoh.Third,kan si tenuk tu dah nak kawin takkan la dia nak angkut anak bini dia nanti bawak pergi office.Sebelum kau tanya lagi,si tenuk tu abang sulung kau,Darwin Matthew.So,takkan kita tak balik pulak”panjang lebar Danish menerangkan pada abang keduanya itu.
“Fanculo.Asal aku taktau apa-apa ni.Ha ye la kita balik guna PJ je senang”
“Ay ay woof woof”Sumpah sebiji macam anjing menyalak.Eh anjing menyalak kan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Otak kau bawak 5 luggage!KIta nak balik Malaysia je la bukan nak pergi bercuti la setan”Dia ni dah gila ke apa nak bawak luggage banyak-banyak macam nak pindah.Macam la kat rumah tu takda baju.Pening kepala Daniel tengok adiknya itu.Tak mengaku aku tu adik aku.Tah anak sapa mommy kutip ni haih.
“Eh biar la aku nak bawak berapa banyak sekali pon.Kacau kau ke takkan takkan.Wey geng ini luggage bapak dia punya ke?Takkan takkan.Abe jamal betul la jebon ni”Entah apa dia merepek pon dia tak tau.Ni semua salah author la buat aku nampak bodoh.
“Lantak kau la.Dah jom nanti lambat sampai, mommy membebel baru tau”
“Eh sapa yang nak tolong aku angkat semua ni woi beruk!”
Daniel hanya menunggu adiknya di dalam kereta.Baik aku duduk sini sejuk sikit.Layan dia sampai kiamat la tak sampai Malaysia.
“Woi cepat la setan aku tinggalkan kau kang”
Danish membawa kelima-lima luggage menuju ke arah kereta Daniel.Macam mana dia bawak semua tu?Jangan tanya sebab author pon taktau hahahahaha.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
DI RUMAH KELUARGA TUAN SHAMSUL..
“Wah,tak sangka akak dah nak kawin.Lepasni mesti akak lupakan kitaorang kan hm” sayu Harith berkata.Harith la satu-satunya anak lelaki dalam keluarga Tuan Shamsul.
“Akak nanti tolong la cari kawan-kawan bakal suami akak tu yang single mingle tringle tauu hehe”Hayra memintal hujung baju kakak sulungnya itu.
“Korang ni banyak sangat la tengok drama Melayu.Korang ingat akak lepas kawin terus lupa keluarga ke?Cubit sorang-sorang nanti baru tau.”Haylina sudah bersedia dengan ‘sepit ketam’.
“Hafya harap nanti kak Lina boleh la bagi anak buah comel-comel,hensem-hensem,cantik-cantik
kat Hafya”Hafya sudah senyum miang.Walaupon dia tidak kenal siapa ‘bakal suami’ kakaknya itu,tapi dia percaya lelaki itu dapat menjaga kakaknya sebaik mungkin.
Bila la aku nak kawin pulak.Dah la single takda calon pulak tu.Hm redha je la.
Mereka berempat ketawa bersama-sama.Tanpa mereka sedar,Tuan Shamsul dan Puan Husna hanya jadi pemerhati di tepi pintu bilik Haylina.Untungnya mereka mempunyai anak-anak yang sentiasa sokong sesama sendiri.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
jeng..jeng..jeng..agak-agak kak Lina nak kawin dengan sapa lah tu ya 🙈
ha Daniel ingat lagi tak Hafya ni hm hm
*thank you baca hehe
YOU ARE READING
MRS. DANIEL MATTHEW
Romance[ON-GOING] DANIEL MATTHEW || HAFYA NATASYA Hafya Natasya,periang,ceria dan sentiasa bersemangat.Namun,sikap Hafya mula berubah apabila dia dapat berita yang mengejutkan.Sungguh tak diduga perkara itu akan berlaku. Daniel Matthew, lelaki kacukan Ital...