ZAMAN PERSEKOLAHAN
“Pstt..Psttt..Wey Daniel.Tolong la aku selesaikan soalan ni.Aku tak faham apa Cikgu Ruhaya terangkan tadi.Wey Daniel cepat la tolong aku.Eish dasar manusia bisu,sombong riak,takbur.Herghhh!!!”Hafya suda seperti cacing kepanasan bila Cikgu Ruhaya memanggil dia untuk menjawab soalan Matematik.Tangannya yang sedang memegang whiteboard marker diketuk-ketuk pada papan putih itu.Ha gelabah kau.
Daniel seorang yang introvert dan hanya bercakap dengan orang yang dia rasa selesa sahaja.Dia ni kaya dan goodlooking disebabkan itulah dia ramai peminat dan ada sesetengah pelajar sahaja tidak suka akan sifat Daniel.Berbeza pula dengan sikap Hafya yang banyak cakap seperti tiada hari esok.Habis semua orang yang lalu-lalang dia tegur.Terlalu peramah dan ceria selalu.
“Hafya!Lama lagi ke kamu nak selesaikan soalan tu?Dari tadi saya tengok tak bergerak-gerak pon tangan awak tu”
“I’m done”Mendatar sahaja suara Daniel.Dia berjalan melepasi Hafya yang menayangkan muka macam beruk.Hodoh.
Hafya tercengang.Bapak laju dia buat.Soalan ni KBAT kot takkan dah siap.Dia makan ape do kecik-kecik dulu.Tinggi tu takyah cakap la.Aku yang tinggi 160 pon kena dongak bila nak cakap dengan dia.Apatah lagi readers kan HAHHAHAHA.
“Astagfirullah Hafya.Kamu termenung apa lagi tu cepat selesaikan.Dengar sini semua pelajar.Minggu depan awak dah nak exam tapi soalan macam ni pon awak tak boleh buat.Ada sesiapa nak bantu Hafya?”
Daniel bangun semula dan bergerak ke arah Cikgu Ruhaya tanpa segan silu.Semua mata tertumpu ke arah Daniel yang semakin hampir dengan Hafya dan Cikgu Ruhaya.Ada yang terkejut kerana Daniel tidak pernah suka akan perempuan.Aippp dia bukan gay ye anak-anak cuma dia rasa kurang selesa dengan perempuan.
“Alhamdullilah ada juga yang nak bantu”senyum Cikgu Ruhaya.
“Saya nak pergi toilet”tanpa menunggu jawapan CIkgu Ruhaya,dia terus berjalan ke arah pintu kelas.Cikgu Ruhaya malu sendiri.Pelajar lain hanya mampu berdiam sahaja kerana keluarga Daniel mempunyai pengaruh besar di sekolah itu.Hafya bagaikan terkedu bila lelaki itu langsung tidak berniat untuk membantu dia.
Tiba-tiba…
Daniel menoleh semula ke arah Hafya dan berjalan pula ke arah perempuan mulut kepoci itu.Setapak demi setapak ,akhirnya Daniel berdiri betul- betul dihadapan Hafya.Oh jantung jangan la meletup.Nafasnya bagai tersekat-sekat.Hafya teru melangkah setapak kebelakang tindakan refleks.
“A-apa kau nak buat ni?”sejak bila pulak kau gagap ni Hafya oi tadi bukan main berani tengking Daniel.Daniel mebongkokkan sedikit tubuh nya untuk menyamai tinggi Hafya.Susah la jadi orang tinggi ni haih.Daniel memegang tangan pen marker yang berada di dalam tangan Hafya sekali gus menarik sekali tangan Hafya.Daniel memusingkan badan Hafya menghadap papan putih itu dan mula menulis jalan kerja.
“So,I’m arrorgant hah”ternaik sedikit hujung bibir Daniel.Hafya hanya patuh diam tak bersuara.Speechless.Tak pernah mana-mana lelaki menyentuh nya kecuali ayah Hafya dan sekarang Daniel menjadi orang kedua.
Eh dah bisu pulak ke minah kepoh ni.Tadi beria sangat suruh tolong,sekarag orang dah tolong diam pulak.Dia perasan muka Hafya mula berona merah sejak dia memegang tangan Hafya.Nampak je innocent tapi tah ape la dia fikir.
“Siap”Daniel terus melepaskan tangan Hafya yang bagai tidak cukup oksigen tu.Lama jugak la mereka berada dalam keadaan sebegitu.
“Er t-terima kasih tolong a-aku”Kau ni dah kenapa Hafya nak blushing bagai.Mamat ni dah la kerek.
“No problem,sweetheart”kata Daniel sambil pekej kenyit mata sekali.Kau ada?takda kan sebab kau single HAHAHAHAHA.ok sorry jangan marah Daniel hehe.Daniel terus keluar kelas untuk ke toilet.
Pelajar didalam kelas hanya meng’uwu’ apabila muka Hafya merah padam.Kecuali seseorang.
“soon you’ll be mine”seperti seorang pyscho.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sejak kejadian tempoh hari,semua pelajar di sekolah itu mula berasa cemburu dan iri dengan Hafya yang mendapat layanan istimewa daripada Daniel.Mana tak nya,setiap kali waktu rehat,Daniel pasti akan memberi Hafya coklat Cadbury.Daniel hanya menghiraukan pandangan semua orang.Adakah saya peduli?Oh tentu tidak.
“Nah” kata Daniel sambil duduk dihadapan Hafya
“Thanks.Kau tak rasa lain ke orang pandang kita macam kita ni couple?”
“Buat apa nak couple kalau boleh halalkan.Zina namanya kalau couple-couple ni.”
“hahahaha pandai kau buat lawak eh.Taknak aku kawin dengan kau.Mamat beku tahap kutub selatan.”
“we’ll see one day sweetheart”Daniel bangun dan terus meningalkan Hafya seorang diri.
“Eh jangan la tinggalkan aku sorang-sorang kat sini gilaa!!”besar kemungkinan Hafya pernah tertelan speaker masjid masa zaman kanak-kanak.
“Baru tinggal sekejap dah takut heh” hanya dia sendiri sahaja yang dengar.
“Eish kau ni suka tinggalkan aku sorang-sorang.Taknak kawan dengan kau lagi hmphhh!” Hafya memeluk tubuh seperti ingin merajuk.Dia tahu sia-sia je merajuk sebab Daniel takkan pujuk dia.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pada harii esoknya,Hafya masuk ke kelas dalam keaadan ceria.Tak sabar rasanya nak jumpa Daniel.Yahooo!
Kelas 2 Bestari itu tidak pernah sunyi.Ada sahaja mulut-mulut yang buat kelas itu bising termasuk dia.Namun,dia tidak kesah semua itu yang penting dia mahu mencari Daniel hehe.
“Wey dengar cite Daniel dah pindah”
“‘Dia pergi Itali kan”
“Ayah dia nak dia belajar uruskan syarikat nanti”
“Eh tapi kan,Hafya tau tak bende ni?”
Semua memandang ke arah Hafya yang terang-terang tidak tahu apa-apa.Hafya yang perasan akan renungan itu terus mengakat kening menandakan ‘apa dia’.Tak pernah-pernah pulak ajak aku membawang.
“kau tanya la dia”Hanis menolak siku Ain.
“eh kau la”
“kau la”
“kau”
Ha sudah bergaduh pulak budak dua orang ni.Belum sempat salah seorang dari mereka bertanya,ada suara lain yang mencelah.Mikayla.
“Kau tak tau ke yang Daniel kesayangan kau dah pindah pergi Itali?Tantah dia tak tahan dengan perangai gedik kau ni.” angkuh sahaja suara Qistina.Bukan Hafya tak tahu Qis benci akan diri nya.Salah ape pon dia tak tahu.Eh jap.Dia tak salah dengar kan?Daniel?Pindah?Italy?
Tuhan je la tahu perasaan Hafya sekarang ini.’Kenapa Daniel tinggalkan Hafya sorang-sorang lagi?Jauh pulak tu.Daniel dah tak nak kawan dengan Hafya lagi ke?Teruk sangat ke Hafya ni Daniel?Kan Daniel dah janji taknak tinggalkan Hafya sorang-sorang.Apa semua ni Daniel?Hafya tak dapat pon jumpa Daniel’
Automatik tubir mata Hafya terasa panas dan akhirnya jatuh juga air matanya.Dia rasa terkilan dengan Daniel.
YOU ARE READING
MRS. DANIEL MATTHEW
Romance[ON-GOING] DANIEL MATTHEW || HAFYA NATASYA Hafya Natasya,periang,ceria dan sentiasa bersemangat.Namun,sikap Hafya mula berubah apabila dia dapat berita yang mengejutkan.Sungguh tak diduga perkara itu akan berlaku. Daniel Matthew, lelaki kacukan Ital...