02 | dari mata

8.6K 859 185
                                    

"i like her eyes."

.・。.・゜✭・.・✫・゜・。.

・✫・゜・。

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

— two.

————————————————————————-

[ ❤️‍🩹 ]

hai. aku Izz.

bukan Izzara Aisyah, bukan Izzue Islam. literally kalau ada sorang panggil aku Izzara Aisyah aku sepak kau sampai Thailand. takpun aku jual dekat pasar tani belakang surau bapak aku.

as you guys may know, yes, aku anak lelaki sulung dan mungkin tunggal buat selama lamanya milik  Asyraf Naufal dan Qaleesya Nayla.

"cepat betul kau dah form five—"

diam, bangang. sekarang tahun 2035, for your information. segila  gila korang boleh fikir, aku lagi takboleh brain. macam mana aku boleh survive covid 19 tu Allah yang tahu. let me tell yall, time ni virus bongok tu dah takde. mungkin berhijrah di planet lain. aku tak pasti.

so hello, 2021 readers. this is your future character speaking.

hidup aku tak pernah ada masalah. apa aku nak, semua aku dapat. anak tunggal kan? mak aku paling sayang aku, lebih dari bapak aku. sampaikan ayah aku selalu cemburu aku asyik berkepit dengan mak aku 24 jam sehari.

apa boleh buat? aku manja.

tapi sebab manja aku la....hidup aku terus tertunggang terbalik.  dari utara sampai selatan, timur sampai barat, 360 darjah sampai 90 tegak.

and tanpa aku sedar, because of kecuaian diri aku, this whole thing happen. chaos. hancur.

semua sebab aku nak pass Sejarah.
bukan sebab masa depan aku, bukan sebab mak bapak aku.
dan bukan juga sebab aku nak jadi the next parameswara yang bina Melaka pada tahun 1262 Masihi.

semua sebab dia.
semua sebab aku nak tawan hati perempuan tu.

hati Nur Alayya Maisarah bt Shansudin.

——————————————————————-

12 Januari 2030
- 5 tahun lalu

"kau kalau berjalan, pakai mata! ini pakai lidah ke apa? kau ingat murah ke baju aku?" jerit Aya, ditenung wajah lelaki di hadapannya dengan tajam.
berbakul-bakul sumpah seranah dihadihkan kepada jejaka itu di dalam hati kecilnya.

"lah? siapa kata dekat siapa? kau tu yang tak nampak aku jalan!" balas Izz semula. pantang sekali dicabar orang, tambah tambah dengan kaum hawa sendiri. Aya mendengus.

"dengar sini eh, kau manusia paling annoying, paling menyusahkan aku pernah jumpa!" ujar wanita itu ganas. usai itu, diteruskan langkahnya sebelum sengaja melanggar bahu Izz, kasar. Izz menayangkan muka meluat.

"beban." bisiknya perlahan. dilarikan pandangan ke arah kopi yang tertumpah di atas lantai serta cawan plastik yang kini kosong di tangannya. Izz menghelakan nafas yang panjang.

sedang Aya berjalan, dia terhenti. diramas kasar rambut panjangnya sebelum meraup wajah. dia memejamkan mata, mula menyalahi diri atas insiden sebentar tadi.

"great, Aya. so much for the first day as a teenager." wanita itu menjeling. diliarkan anak matanya sebelum tertangkap mesin layan diri di tepi kelas. mengeluh buat sekian kalinya, Aya menghampiri mesin itu dan membeli secawan kopi latte.

usai membeli, dia mencari cari lelaki tadi. meskipun sangat berat untuknya, Aya gigih menjejak Izz. setelah 10 minit mencari, wanita itu putus asa. dia kembali ke kelas sebelum tertangkap jejaka yang dilanggarnya tadi, duduk di tepi tingkap.

Izz membiarkan mp3 nya berada di volume yang penuh. dia merenung ke luar jendela, memerhati langit biru serta pohon yang bergoyang. perasaan tenang menguasai dirinya, lantas, Izz menguntumkan senyuman kecil di hujung bibir.

Aya berdehem kecil sebelum menuju ke meja Izz.

"kau." panggilnya.

tiada respon.

"woi." ujarnya lagi, lebih deras.

kehadiran Aya tidak disedari sedikitpun oleh Izz. malah, lelaki itu siap bernyanyi nyanyi lagi.

Aya menjulingkan matanya sebelum menunduk sedikit, menarik salah satu earphone Izz. lelaki itu tersentak lalu menoleh. tanpa disangka, kedua duanya bertemu mata masing masing.

Aya bingkas berdiri tegak, meletakkan kopi yang dibeli di atas meja Izz.

"aku dah ganti rugi kopi kau tadi. sorry, aku tengking kau." katanya, separuh ikhlas. Izz tidak menguturkan apa apa selain memandangnya pelik.

"kau siapa?"

demi Allah, aku rasa dia salah letak gula dalam kopi tu, mungkin dia letak semut.

"kenalin. Alayya. panggil Aya." cuba beramah mesea, Aya melambaikan sedikt tangan tanpa secolet senyuman.

"kok, orang Indon?" soal Izz, bingung. Aya tidak menjawab, lantas membuka tin kopi itu dan menyuakan ke arah Izz.

"nah. lepasni, jangan kacau aku." katanya sesudah tin itu disambut oleh Izz. tidak mahu lama lama, Aya memusingkan badannya. sebelum dicekup pergelengan tangan oleh Izz.

dia menoleh semula.

"baju..kau?" ditanya Izz. Aya menjeling sekilas ke arah uniform nya yang dipenuhi kesan kopi.

"takpe. aku boleh urus sendiri." ujar wanita itu. perlahan lahan, Izz melepaskan genggamannya.

"oh."

Aya memandangnya sekali lagi sebelum beredar. Izz memerhati wanita itu meluru ke mejanya.

dan mulai saat itu, aku, Izz Rayhann, jatuh hati dengannya.

_________________________________

test test hidup lagi ke pembaca aku ni

sejarah | [izzaya] Where stories live. Discover now