epilogue : can't escape you.

4.8K 664 376
                                    

" mereka bilang syukurilah saja,
padahal rela tak semudah kata."

.・。.・゜✭・.・✫・゜・。

— epilogue [ fin ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

— epilogue [ fin ].

—————————————————————————-

"Aya! Ya Allah kau bersiap ke buat rumah? cepatlah sikit!" jerit Sya dari dapur. Aya yang sedang mengoles bibir dengan lip gloss berwarna pink cair terhenti. dikerling jam bulat yang tergantung kemas di dinding.

7;40 pagi.

Aya membulatkan mata, cepat cepat disimpan lipgloss dan mengelap kasar calitan comot di tepi bibir.

"lambat, lambat, lambat.." gumamnya, panik. Aya memandang sekeliling bilik, ingin memastikan dia tidak tertinggal apa apa barang. maklumlah, masuk University macam pindah asrama masa form 1.

setelah pasti dia cukup semuanya, mata Aya tertangkap topi hitam Izz di bucu katil. hatinya tersentak seketika.

berjalan menuju ke katil, Aya meraih topi itu dan tersenyum. dipakai kemas di kepalanya, menjeling sekilas ke cermin untuk melihat biasan diri.

"nasib baik aku tak lupa pakai. Izz, aku dah nak masuk U tau. kau doakan aku dari sana okay?" ucapnya. jiwanya bergetar saat diungkap kata kata tersebut.

this is it, a new life.

tidak mahu membuang masa, Aya mengheret suitcase dan beg sandang keluar dari bilik. ditutup rapat pintu, Aya masih ragu ragu untuk melepaskan tombol pintu lelaki yang disukainya.

"tenung apa tu? dah siap ke Aya?" sampuk Asy dari belakang. Aya terkedu, serta merta memusingkan badannya dan bertemu dengan mata hitam si ayah angkat.

"dah." balasnya pendek.

"okay, barang semua ada? stok maggi, stok makanan, barang mandi, detergent, sabun cuci pinggan, baju, seluar, periuk nasi mini, kuali—"

"kau nak suruh dia bawah satu rumah ke pergi U? rilek la Sya. masuk U je bukan nak berperang." Asy berjalan ke arah isterinya, memeluk bahu Sya. Sya mendengus perlahan.

"bukan apa, sejak dia pindah masuk rumah kita, aku dah jadi..sayang dekat dia. lepastu tiba tiba, nak tinggal aku." suara Sya sedikit pecah. mungkin menahan sebak di dada.

Aya yang menyedari hal itu tergelak kecil. dilepaskan pegangan di tombol lalu berlari ke arah Sya, memeluknya erat.

"terima kasih, aunty. sudi jaga saya." kata Aya di dalam pelukan. Sya tidak mampu bertahan lagi, dilepaskan tangisan saat membalas pelukan Aya.

"kau..jaga diri dekat sana okay? apa apa call aunty. aunty sayang kau.." ujar Sya. Aya mengangguk.

saat melepaskan pelukan, Aya menunduk sopan ke arah Asy.

sejarah | [izzaya] Where stories live. Discover now