03 | the beginning of nothing

6.2K 748 217
                                    

"life sucks."

.・。.・゜✭・.・✫・゜・。.

 — three

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

— three.

————————————————————————

[ ❤️‍🩹 ]

"berapa skor quiz sejarah tadi?"

Aya tersentak. dihentikan langkahnya, terkaku di tempat dia berdiri. Aya langsung membatalkan niatnya masuk ke dalam bilik.

"m-mana mama tau ada quiz?" jawab Aya, sedikit tergugat. dialihkan pandangannya sekilas ke arah Puan Naura yang sedang memerhati anak daranya tajam.

"tadi Cikgu Alia bagitahu. mama dengar kamu dapat 17/20?" soalnya sekali lagi. Aya menelan air liur, pahit. dihelakan nafas panjang sebelum mengangguk kepalanya perlahan.

"ya. tapi ini bukan quiz—"

"tak payah tipu. mama tahu quiz ni take part 10% untuk png kamu." ujar wanita dalam lingkungan 40 an itu. Aya mengulum bibir bawah.

"...ye tapi...soalan dia susah.."

"soalan susah ke kau yang tak study? 17/20? seriously Aya? aku hantar kau pergi belajar untuk dapat keputusan teruk macam ni ke? tak kisah la quiz apa pun, kenapa kau takboleh dapat 20/20? otak kau dah bengap sangat ke?" marah Puan Naura, intonasinya lebih tinggi daripada sebelumnya. Aya menunduk.

"kalau quiz macamni pun kau teruk..macam mana SPM nanti? trial lagi enam bulan. kau yakin ke boleh 10A dengan perangai sambil lewa macam ni? itu la kau, tidur lambat, main phone sampai tak ingat dunia." sambung mamanya.

main phone? mama taktahu ke aku belajar sampai rasa nak mati sebab kurang tidur?

"sorry, ma. Aya tahu Aya salah." pohon si dara, lemah.

itu lah kau, Aya. lembik. penakut. pengecut. benda benar tanak tegakkan. ikut kepala orang je, macam lembu kena cucuk hidung.

Puan Naura menjeling Aya. melangkah setapak demi setapak, mamanya menghampirinya. dahi Aya ditunjal kasar.

"last warning. sekali lagi kau buat perangai macam ni..tahu kan apa akan jadi?aku akan suruh papa pukul kau lagi teruk." matanya melirik ke arah kesan lebam di tangan Aya yang semakin memudar.

Aya mendiamkan diri. ditahan air mata dari menitis sambil mengangguk perlahan.

"dah lama tak kena pukul sebabtu makin bengap." bisik Puan Naura sinis sebelum berlalu pergi. sang puteri menggigit bibir bawah sehingga darah mula terasa di lidah. tanpa membuang masa, Aya meluru ke arah biliknya, ditutup pintu dengan perlahan sebelum menyandar pada dinding.

wanita itu memeluk kakinya lalu menangis. dicuba sehabis baik tidak mengeluarkan apa apa bunyi kerana dia tahu akibatnya. dia tahu apa akan jadi sekiranya mamanya tahu dia menangis.

lembik.
bodoh.
anak tak guna.
hidup pun bawak sial jela.
kenapa aku ada anak macam kau?

dan air mata Aya semakin deras mengalir di pipi.

di mata orang, Aya seorang yang bijak, pandai. aset sekolah. anak harapan guru. kesayangan semua.

kebenaran tentang keadaan dia di rumah terkubur sepi bersama impian keluarga yang bahagia. hidup macam tak hidup. terlalu dikongkong dan tertekan dengan kehendak ibu bapanya. almaklumlah, kedua duanya seorang pakar archeology  yang berjaya, dikenali ramai. malu la kan kalau ada anak tak score akademik? tambah tambah sejarah.

di kala malam sunyi yang hanya bertemankan bunyi cengkerik, Aya menangis lagi.

__________________________________

| private chat |
haz lurus

you
HAZ
wey should i or should i not

haz lurus
kau gila ke apa jantan
nak apa bodo orang tido pukul 11 malam ni

you
adu kau kenapa mana ada orang tido puku 11

haz lurus
ada
aku
the world revolves around me 🤬

you
ok lurus
tak sekarang ni patut tak aku chat Aya

haz lurus
buang tebiat ke nak chat Aya

you
bukan buang tebiat
aku um
ALA AKU EKSAITED LA HARINI DIA REPLY CHAT AKU AKSBKSSJPWIDSPKDX

haz lurus
ko bangang ke apa itu kan group wassap
dah terang terang dia kena reply chat semua org

you
KAU NI TAK FUN SIOT
DAHLA AKU MESEJ QAS JELA

| private chat |
qas member

you
hai awek

qas member
nak kena maki ke Izz
pahal

you
patut tak aku chat Aya

qas member
atas sebab?

you
ala macam saja saja
takboleh ke

qas member
takpayah la
dah malam tah tah dia tido

you
YA ALLAH
SIAPA JE TIDO PUKUL 11

qas member
ADA
AKU
THE  WORLD REVOLVES  AROUND ME

you
......
kawen jela dengan haz

qas membe
APAHAL PULAK
TANAK AKU JANTAN TU
GAKMAU GAKSUKA GELAYY
seen.

qas member
ELOK LA TU SEEN AKU
bangang
bye bebal aku palau kau do
seen.

qas member
k izzara aisyah

you
aku headshot jugak karang

kembali ke homescreen, mata coklat Izz menatap contact name Aya dalam diam. berdebat dengan apa yang akan jadi, lelaki itu akhirnya mengambil keputusan untuk mematikan telefon. diraup wajahnya dengan sebelah telapak tangan.

Izz mengeluh, merenung telefon di dalam genggamannya, utuh.

Aya, kau dah jampi aku ke?

___________________________

im so sorry if any of yall can relate, even author sendiri pernah experience benda ni. tbh aku buat cerita ni sebab nak reflect diri je, tapi tambah romance sebab aku tengah cari reason nak hidup. i hope yall will bare with me ok <3

also sorry update lambat, banyak assignments masya Allah 😭

sejarah | [izzaya] Where stories live. Discover now