CP 1

4 1 0
                                    

Kakinya setia melangkah laju. Setitis demi setitis darah masih lagi mengalir dari luka-luka yang diterimanya. Namun, itu semua tidak lagi dia peduli. Yang penting dia harus selamatkan diri. Semua orang di dalam istana ini sudah gila! Nyawa mereka yang tidak bersalah diragut dengan kejam di hadapannya. Harapkan pagar, pagar makan padi!

Srek...skrekk.

Dia tergamam. Bunyi derapan tapak kaki semakin mendekat. Tanpa berfikir panjang, dia terjun ke dalam semak-samun berdekatan. Jantungnya seperti ingin meletus.

Air mata yang terus mengalir dibiarkan sepi tanpa dikesat. Dia pasrah dengan riwayat hidupnya. Matanya dipejam rapat. Semoga sahaja berlaku keajaiban yang dapat menyelamatkan kerajaanya, negara Albania.

.....

BEBERAPA BULAN KEMUDIAN

Bunyi lagaan pedang sudah menjadi kebiasaan dan rutin pagi penghuni di rumah itu. Peluh dingin yang menitis laju di baju langsung tidak dipedulikan pasangan pemedang tersebut. Lagaan demi lagaan pedang semakin laju dan mampu membuatkan penonton teruja melihatkan perlawanan pedang itu.

Skringgg!

Salah satu daripada pedang itu tercampak jauh dari tuannya. Si pemedang terduduk. Dia berdecit geram dengan kekalahannya. Nampaknya dia akan kehilangan duitnya lagi hari ini. Tawa pasangan lawannya mulai kedengaran. Seperti kebiasaannya.

"3-0! Fred, kemas barang. Ar belanja sarapan!" laung si lelaki. Tangan kanan dihulur kepada Arden yang masih terduduk menerima kekalahannya tiga kali berturut-turut pada pagi itu.

Arden menyambut tangan kasar milik rakannya tanpa banyak soal.

"Ini kali kelima untuk minggu, Alex. Give me a chance dude!" rungut Arden geram.

"Nah, siapa suruh kau lembap sangat," jawab Alex mudah. Tangannya mengutip pedang miliknya dan Arden.

"Simpan baik-baik. Pergi bersiap sana. Kejap lagi nak pergi breakfast." Arden mencebik. Ya, breakfast tapi pakai duit aku.

Tanpa membuang masa kakinya melangkah masuk ke rumah. Alex hanya diam memerhatikan susuk tubuh tersebut sehingga hilang di sebalik pintu.

"You've grown stronger, princess." Loket di lehernya dipengang kemas. I'll take care of her, Your Majesty.

.....

Suasana di pasar pagi itu hiruk-pikuk dengan peniaga dan pelanggan yang datang. Masing-masing sibuk dengan barang jualan. Para pedagang dan penjual tersebut masing-masing berasal dari seluruh pelosok dunia. Meskipun kerajaan Albania masih belum kukuh sepenuhnya dari segi politik kerana krisis kuasa yang berlaku namun ekonomi di negara ini masih berjalan dengan baik.

Arden memerhatikan sekelilingnya. Suasananya masih seperti biasa. Tidak kurang dan tidak lebih. Dia lega dengan situasi ini. Senyuman nipis terlakar di sebalik mask hitam yang dipakainya. Namun kelegaan tersebut tidak berpanjangan.

"Hey! Kenapa ni? Tuan tak sepatutnya buat macam ni dekat saya!" suara nyaring milik wanita separuh abad itu menyentap hati kecik Arden. Kelihatan barang-barang jualan wanita itu bersepah di atas lantai. Bungkusan-bungkusan kuih yang dijual Wanita itu turut dipijak oleh kedua-dua manusia kejam tersebut. Kelakuan biadap kedua-dua lelaki tersebut sangat membakar hati Arden tatkala ini.

"Tak bayar cukai tak boleh jual!" Notis cukai dilempar tepat ke muka wanita itu. Wanita itu terkesima.

"30% hasil jualan perlu diberi kepada kalian? Tak masuk akal! Keluarga kerajaan tidak pernah mengeluarkan apa-apa notis cukai kepada peniaga setakat ini. Kamu semua mesti menipu!" marah wanita itu lantang.

Arden terpempan. 30%? Mahalnya! Setakat jualan kuih dan makanan begitu banyak mana sahajalah untung yang wanita itu peroleh? Sungguh kejam!

"Not my problem. Kau em tak korang semua perlu tahu, ini tanah Tuan William! Mulai hari ini mana-mana peniaga yang gagal membayar cukai akan dihalau. Tak boleh bayar tak boleh berniaga!" lantang lelaki biadap itu bersuara.

Wanita tadi terduduk lemah. Siapa yang tidak kenal Charles William, bangsawan yang amat taksub dengan pangkat dan kuasa semata-mata tanpa mengira kebajikan rakyat dibawahnya. Sudah banyak khabar angin dan cerita buruk tentang dirinya yang kejam terhadap rakyat dan pekerja-pekerja di bawah seliaannya.

Urat-urat tegang kelihatan di dahi putih Arden. William tak guna! Dari dahulu dia selalu cari pasal dan membuat onar. Bahkan telah berkali-kali diberi amaran oleh keluarga diraja dan pihak berkuasa namun tiada langsung tindakan undang-undang yang berjaya diambil terhadap salah lakunya. Mungkin kerana dia menyuap peguam-peguam dan para atasan yang terlibat dengan kes nya. Siapa tahu?

"Oh lagi satu. Keluarga kerajaan? Mereka wujudkah? Setahu aku mereka semua sudah mati. Malu untuk hidup agaknya." Hilai ketawa mereka menyakitkan telinga Arden. Tangannya digenggam kemas.

Baru sahaja dia hendak melangkah untuk memberi pengajaran kepada kedua-dua lelaki biadap itu, tangannya terlebih dahulu ditarik oleh Alex dan Fred. Senyap-senyap mereka melangkah pergi dari kerumunan manusia di situ. Tanpa Alex dan Fred sedari, sepasang mata hijau menyabung mata dengan mata hazel milik puteri Arden, sambil memerhati derap langkah kaki mereka sebelum mata hijau itu menghilang di sebalik manusia-manusia di situ.

"Hijau? Mungkin kah?" 

PRINCESS OF ALBANIAWhere stories live. Discover now