CP 2

2 2 0
                                    

"Urgh, lepaskan aku! Alex, Fred. Auch sakitlah!" bentak Arden geram. Habis pergelangan tangannya memerah. Ini semua mereka berdua punya pasal!

"Ops, maafkan aku Ar. Sakit sangat ke?" Pergelangan tangan Arden yang merah itu ditiup lembut oleh Fred.

Arden mengangguk perlahan. Perwatakan Fred yang melayan Arden dengan lemah lembut dan penyayang membuatkan Arden lebih manja dengan Fred berbanding Alex yang berhati batu dan tiada perasaan itu.

"Sorrylah. Kitorang tak sengaja. Lain kali jangan terikut-ikut sangat perasaan tu. Cuba kawal sikit baran kau tu." leter Alex geram. Mujur dia sempat tahan tuan puterinya itu. Kalau tidak, memang malang nasib lelaki-lelaki biadap tadi.

"Macam mana aku tak bengang! Alex, dia hina keluarga aku! Lepas tu, dia ingat William tu siapa sampaikan boleh buat peraturan ikut sedap kepala dia. Itu tanah kerajaan bukan tanah milik sesiapa. Orang tua tu dah melampau, Alex!" hambur Arden tak puas hati.

"Keluarga kerajaan dah mati? Dalam mimpi dia lah." Arden merentap tangannya yang masih dipegang oleh Fred. Kakinya melangkah jauh dari Alex dan Fred. Dia perlukan masa untuk bersendirian.

Alex merengus geram. Sikit-sikit merajuk. Macam perempuan.

"Dude, give her some space, kau tahu dia macam mana kan?" Fred menepuk bahu Alex.

"Yes, I know. Tapi sampai bila dia nak hadap baran dia tu? Dia kena move on. Fikir jugak perasaan orang lain di sekeliling dia," luah Alex kesal.

"Sabarlah bro. Mesti lama-lama dia dapat adapt dengan semua benda ni,"

"I hope so. Eh, Fred dia pergi arah mana tadi? Kenapa lama sangat dia pergi?" Fred dan Alex terus berdiri. Mata mereka meliar mencari susuk tubuh Arden yang sudah tidak kelihatan.

"Cari princess cepat. Nyawa dia keutamaan kita." Fred mengganguk. Mereka berpecah mencari kelibat Arden yang hilang.

.....

Arden berjalan ke lorong-lorong pasar yang sunyi. Entah bila kakinya boleh melangkah jauh sampai kesini. Kepalanya masih memikirkan perkataan yang keluar dari mulut Alex tadi.

"Alex tak pernah cuba untuk faham aku. Semua yang aku buat salah! Urgh, masalah betul lah!" bebel Arden geram.

Belum sempat dia teruskan bebelannya, sekelompok lelaki berpakaian tentera elit berjalan melintasinya. Dia tergamam. Lencana itu. White Eagles! Kelompok tentera elit kerajaan Albania. Apa yang mereka buat di pasar ini dengan lengkap pakaian bersenjata?

Tanpa banyak soal, kakinya mengikut jejak langkah tentera elit tersebut.

"Cari dan tangkap dia! Pastikan dia tak terlepas." arah seorang lelaki yang berpakaian agak berbeza dari tentera lain. Mungkin ketua kepada pasukan tentera elit itu.

Dia? Siapa dia? Kenapa target kepada pasukan tentera elit boleh lari sehingga ke tempat awam? Siapa target mereka?

Klang..

Muka Arden berubah pucat. Tin besi yang baru sahaja disepaknya dipandang cuak. Matilah dia!

"Siapa tu? Keluar atau kami tembak!" Muka Arden memucat.

"3"

"2"

"1" Senapang diangkat ke arah Aden yang berada di sebalik dinding konkrit. Damn!

"Okay aku keluar. Letak senjata dulu!" jerit Arden. Masak kena marah dengan Alex dan Fred selepas ini.

"Siapa kau?" Sepucuk senapang diacukan di belakang aku. Arden mendesis kecil. Besi di hujung senapang yang diacukan itu mensiat kulit belakang aku.

PRINCESS OF ALBANIAWhere stories live. Discover now