💅

Aku yang pada itu menanti mati,

Bersinar kembali saat kau mendekati.

.

.

.

Aku menggosok mata perlahan.

Pedih gila mata aku.

"L." Suaraku yang serak membuatkan aku berdehem laju membersihkan saluran kerongkong.

"Milady." Dia bergerak menghampiri katilku.

"Tan Sri?" Risau juga kalau-kalau Tan Sri tiba-tiba ikut tangan dalam hal ini. Dia tak tahu aku ada penyakit takutkan gelap ni.

L seorang sahaja yang tahu.

"Aku kata kau mabuk, Milady." Itu jawapannya. Dan aku tidak terkejut. Kesian L. Terpaksa menipu kerana aku.

"Dan dia percaya?" Soalku lagi. Mustahil. Lelaki tua itu terlalu licik dan keji.

"Aku terpaksa tumpahkan sedikit minuman keras pada baju kau, Milady. Maafkan aku." Tahu dengan kebencianku terhadap minuman keras dan memabukkan, L menunduk perlahan.

Aku benci minuman arak sebab tu minuman kesukaan Tan Sri. Lagipun, aku lihat apa yang minuman mengkhayalkan itu buat dekat orang sekeliling aku.

Mereka menjadi orang bodoh. Ketawa sendiri. Marah sendiri. Tak pasti apa yang di fikirkan. Jijik aku melihat.

"Takpe. That's the only way." Ujarku. Tubuh kemudiannya aku sandarkan pada kepala katil. Wajah L aku pandang lama.

"Cepat juga kau datang semalam." Aku kagum dengan ketangkasannya. Sebelum aku menyedari sesuatu.

"Ataupun. Kau memang dah ekori aku daripada awal?" Soalku tajam. Aku tidak suka di ekori dalam diam. Selalunya, L yang akan menjagaku. Melindungi aku jikalau ada mata-mata musuh ataupun mata-mata Tan Sri yang mengekoriku.

L menggeleng tenang.

"I was told not to bother you, Milady. Kecuali jika kau menginginkanku atau memerintahku." Tuturnya pula. Keningku berkerut hairan.

"Siapa suruh? Tan Sri?" Tekaku.

L mengangguk sekilas.

"Tan Sri told me not to bother you. He gave you the freedom that you want, right?" Soalnya penuh prihatin.

Aku diam lama sebelum dengan perlahan sekuntum senyuman terukir di bibir. Kebebasan sementara, L. Sebelum aku masuk ke dalam jurang permainan dia yang paling dalam.

"I get the freedom that I want, L." Tuturku bagi menyenangkan hatinya.

"Kau pergi mana semalam? If you don't mind me asking, Milady." Aku terdiam mendengar soalannya. Nak jawab jujur ke eh? Tapi nanti dia salahkan Mika pula. Padahal, Mika tak tahu pun pasal ni.

And in this whole story, he's innocent.

Oh. Mungkin itu juga sebabnya kenapa dia menjadi target yang sesuai untuk permainan aku.

Permainan.

Huh.

Rai, you sound like your Tan Sri.

"Kenapa mengeluh, Milady? Did my question burden you? I apologise, Milady." L menunduk lagi.

Aku menggeleng laju.

The Bad GuyWhere stories live. Discover now