Jack

9 0 0
                                    

💅🏻

Yang di tinggalkan cuma masa lalu,

Bukan kenangan lalu..

.

.

.

Aku memandang dia yang baru sahaja menapak masuk ke dalam rumah miliknya. Entah sudah sedar akan kehadiran seseorang di dalam rumah ini ataupun tidak.

"Senang bertemu lagi, Jack." Ucapku bersama nada suara yang sedikit meninggi. Bukan apa, dulu masa aku menyamar tu, nada suara aku macam ni. Pitch tinggi. Dan kedengaran gembira semacam je sepanjang masa.

"Urya?" Dengan laju dia berpaling melihat arahku. Aku yang sedang duduk di atas sofa miliknya. Jelas dia kelihatan terkejut melihat kehadiranku di dalam rumahnya.

"Masih dengan cara hidup yang lama?" Aku menyoal dia.

Jack yang sepertinya kebingungan, perlahan menapak mendekati aku. Beg hitam di bahu, dia biarkan meleret jatuh ke atas lantai. Mata masih memandang wajahku sedari tadi.

"You look different, Honey." Ucapnya lembut seraya melabuh punggung betul-betul di sebelah kiriku. Aku bergerak sedikit ke kanan, mencipta ruang antara kami.

"But you still the same." Dia tertawa kecil melihat tindakanku menjauhinya. Ya, dia selalu berusaha untuk memeluk atau bermesraan secara fizikal denganku. Dan aku akan selalu mengelak atau menjauh. Untungnya aku, dia tidak pernah cuba untuk memperkosaku. Or did he? Tapi, dia pernah menumbuk dan mencekikku sehingga hampir mati.

"Jack. Aku tahu kau tahu siapa aku." Ujarku sambil mata merenung anak matanya dalam. Dia tersenyum tipis mendengar ayatku.

"Tak sangka, bekas kekasih aku seorang anak Tan Sri yang terkenal. Pertama kali bila aku dapat tahu tu, memang aku baran. Aku ingat kau tinggalkan aku sebab kau malu ada boyfriend yang kurang kaya daripada kau. Tapi, bila fikir punya fikir.. Nope. Bukan itu sebabnya. Kan?" Dia kini berdiri dan mula berjalan kecil menuju belakang sofa.

"Dah berapa lama kau tahu?" Aku menyoal tenang. Tidak tergugat sedikit pun akan dirinya yang kini berada di belakang sofa, betul-betul di sebelahku.

"Urya honey... Sebulan selepas kau tinggalkan aku, entah kenapa.. Aku rasa macam, aku nak cari kau. Aku nak dapatkan kau balik. Kemudian, aku siasat. Pertama tu, memanglah semua maklumat yang aku jumpa maklumat diri kau yang palsu. But then, honey... You know how da*n smart I am." Walau tanpa melihat wajahnya, aku tahu Jack tengah tersenyum sinis sekarang.

"Aku pergi dekat alamat yang kau letak dalam maklumat palsu tu.The thing was.. No one there knows you. Daripada situ, aku dah dapat agak. Kau bukan Urya yang aku kenal selama ni. Then, aku siasat lagi dan lagi. Sampai lah aku nampak muka seseorang yang agak mirip dengan Urya yang aku kenal. Dalam televisyen. Bila aku selongkar lagi dalam. Boom! Honey, it is you! It was you all the time. Anak perempuan kesayangan Tan Sri Kamil. Nur Intan Raisha. My Urya." Semakin panjang penjelasannya kini. Aku sekadar mendengar tanpa ada niat ingin menyampuk.

"Macam aku cakapkan tadi, aku marah. Aku ingat kau tinggalkan aku sebab aku tak sekaya kau. Kau malu ada boyfriend macam aku. Tapi  selepas beberapa hari aku berfikir, nope. Kau mesti ada sebab kenapa kau approach aku. Yelah. Sejak daripada mula lagi kau dah palsukan semuanya pasal kau. Right from your name to all of your life. Aku cuma ada satu pertanyaan saja, honey. Why did you seduce me? Why did you make me fall for you?" Entah sama ada aku yang salah tafsir atau memang betul ketika ini Jack tengah beremosi.

The Bad GuyWhere stories live. Discover now