Solat tahajud ❤

38 14 2
                                    

Cara Solat Tahajjud beserta bacaan doa dan niat

Sebagai seorang muslim, pasti semua sedia maklum bahawa selain daripada ibadah wajib, terdapat banyak ibadah seperti membaca al Quran dan ibadah sunat yang dapat dilakukan sebagai cara untuk meningkatkan amalan dan menambah pahala, sekaligus mengurangkan nisbah dosa seseorang itu. Antara ibadah sunatyang dapat diamalkan adalah solat Tahajjud (sembahyang tahajjud)

Buat makluman semua, Rasulullah SAW serta para sahabat tidak pernah meninggalkan solat sunat tahajjud sepanjang hayat. Meskipun baginda adalah insan mulia yang dijanjikan syurga, namun Rasulullah SAW tetap gigih mendirikan solat sunat Tahajjud setiap malam hari sehingga kedua-dua kaki baginda meninggalkan kesan-kesan bengkak

Allah berfirman dalam surah Al-Isra’ yang bermaksud: “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah ‘sembahyang tahajud’ padanya sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan engkau pada hari akhirat ditempat yang terpuji”

Apa itu Solat Tahajjud? 

Tahajjud merupakan sembahyang sunat yang didirikan setelah (dilakukan selepas) terbangun daripada tidur malam meskipun tidur itu hanya sebentar saja. Hukum solat sunat Tahajjud adalah sunat muakkad yang bermakna amalan ini merupakan amalan sunat yang amat digalakkan oleh Allah SWT

Panduan Lengkap Cara Solat Tahajjud Ringkas Serta Bacaan Doa

Waktu Solat

Boleh dilakukan pada waktu malam selepas terjaga daripada tidur selepas waktu isyak sehingga subuh. Lebih afdhal didirikan pada tengah malam selepas satu pertiga malam (lebih kurang jam 3 pagi)

Bilangan Rakaat

Solat sunat Tahajjud dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat (dua rakaat) dengan satu salam dan boleh dilakukan sebanyak mungkin (2, 4, 6, 8, dan lebih lagi) mengikut kemampuan masing-masing

Lafaz Niat Solat Tahajjud

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat tahajjud 2 rakaat kerana Allah ta’ala

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat tahajjud 2 rakaat kerana Allah ta’ala

Tatacara Menunaikan Solat Sunat Tahajjud

Rakaat Pertama

Dimulakan dengan takbiratul ihram dengan menyebut lafaz Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati

Membaca doa iftitah

Membaca surah Al-Fatihah

Membaca surah Al-Kafirun

Membaca surah Al-Kafirun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Dear Allah,please hear me outWhere stories live. Discover now