Susahlah bangun Waktu Subuh!

27 8 2
                                    

Tak suka bangun Waktu Subuh? Malas nak solat awal pagi?

PERASAN atau tidak, apabila menjelangnya waktu subuh, kepala kita akan terasa berat. Mata pula bagaikan 'digam-gam' seolah-olah sukar hendak celik. Badan pula terasa malas hendak bangun dan meninggalkan bantal dan selimut.

Barangkali situasi itu pernah berlaku pada diri kita. Ya, itulah 'ikatan' syaitan yang cuba menghasut manusia supaya tidak bangun awal pagi dan solat Subuh.


Namun, kita sebagai hamba-NYA perlu melawan segala belenggu itu untuk menunaikan kewajipan kepada Sang Pencipta. Mereka yang berjaya berbuat demikian layak digelar sebagai 'pejuang subuh'.

Sebenarnya, bangun awal pagi bukan sahaja untuk memudahkan segala urusan kerja dan rutin harian kita, malah ia dituntut dalam agama Islam. Rahmat ALLAH SWT dan keberkatan pagi akan turun buat hamba-NYA yang bangun awal pagi.

Sebab itulah kita selalu dengar orang kata: Jangan tidur lepas Subuh, nanti rezeki tak masuk.

Rupanya kata-kata itu memang ada perkaitan rapat dengan keberkatan pada waktu pagi.

Kenapa waktu awal pagi begitu signifikan dalam Islam? Bilakah waktu yang terbaik untuk kita memperoleh keberkatan pagi dan rahmat ALLAH SWT?

Doa Rasulullah SAW

Jelas beliau, perkara itu ada disebutkan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW. Baginda berdoa: Ya ALLAH, berkatilah umatku pada pagi mereka(Riwayat at-Tirmizi)

Baginda SAW mendoakan setiap pekerjaan yang umat baginda lakukan pada pagi hari sama ada perniagaan, pertanian, penternakan, nelayan dan pekerjaan lain agar mendapat keberkatan.

Apakah itu keberkatan? Ia bermaksud kebaikan yang melimpah ruah kepada seseorang. Antara kebaikan berkenaan adalah dari segi fizikal. Bila kita bangun pagi dan mandi, badan rasa segar, katanya.

Bilakah sebaik-baik waktu untuk bangun awal pagi? Kata Ustaz Fauzi, sebaik-baik waktu ialah pada waktu sahur sepertimana yang biasa kita lakukan ketika bulan Ramadan.

Ujar beliau, mereka yang bangun awal pagi juga akan mendapat rahmat ALLAH SWT dalam bentuk peruntukan masa bersama Sang Pencipta yang sedia mendengar masalah hamba-hamba-NYA.

Di dunia ini, hendak dapat waktu berjumpa dengan raja mahupun pemimpin bukan mudah. Namun, untuk kita 'berjumpa' ALLAH amat mudah asalkan kita bangun awal pagi iaitu sebelum Subuh yang dipanggil waktu sahur.

Pada masa itu, mengadulah kepada ALLAH apa masalah dan hajat kita pada-NYA kerana DIA sedang 'melayan' kita pada waktu itu, katanya.

Sabda Rasulullah SAW: Tuhan kita turun ke langit dunia setiap malam ketika tinggal satu pertiga malam terakhir lalu berfirman: Sesiapa meminta kepada AKU, AKU akan tunaikan permintaannya. Sesiapa beristighfar kepada AKU, AKU akan mengampuni dosanya(Sahih al-Bukhari dan Muslim)

Tokoh agama itu berkata, secara logiknya, orang yang bangun lambat akan mengejar masa, selain masanya juga akan dirasakan seolah-olah kurang.

Katakan kalau kita bekerja di Kuala Lumpur. Apabila bangun selepas Subuh, kemudian mandi, solat, gosok baju dan pergi kerja, kita akan stres dengan jalan yang sesak. Keberkatan pagi sudah tiada.

Bila sudah lambat, minta kawan tolong 'punch in' (mengetik kad perakam waktu) di tempat kerja. Jadi, sudah hilang keberkatan kerana ada unsur penipuan dalam kerja kita. Sebab itu asasnya ialah bangun awal pagi kerana ia merupakan satu terapi dan memang dijanjikan keberkatan pada kita iaitu kebaikan pada umurnya, katanya.

Jelas tokoh agama itu, ALLAH SWT menghantar malaikat bertugas siang dan malam untuk mencatat segala amalan kita. Mereka ditugaskan pada syif malam dan siang. Pertukaran syif itu berlaku menjelang subuh.

Apabila kita bangun pada awal pagi, kita akan dapat menutup buku catatan harian dengan ibadah tidak kiralah sama ada dengan zikir, istighfar dan sebagainya.

Apabila malaikat syif siang datang, kita dapat membuka buku catatan harian kita juga dengan ibadah iaitu berjalan ke masjid dan solat Subuh, katanya.

Bukan itu sahaja, apabila kita solat Subuh berjemaah di masjid atau surau, ujar Ustaz Fauzi, pahalanya sangat besar. Apatah lagi, jika kita berpeluang menunaikan solat Isyak berjemaah pada waktu malam sebelumnya, pahalanya umpama kita menunaikan qiamullail sepanjang malam.

Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang solat Isyak berjemaah, maka pahalanya seumpama dia qiamullail separuh malam. Dan jika keesokannya dia berjemaah lagi untuk solat Subuh, maka pahalanya seumpama dia qiamullail sepanjang malam(Riwayat Ibnu Majah)

Bangun awal pagi juga sebenarnya menyebabkan kita ada masa untuk solat sunat qabliyah dua rakaat sebelum solat fardu Subuh. Pahalanya sangat besar, katanya.

Terdapat banyak lagi contoh kebaikan Subuh....Indahnyaa Subuh..

Korang suka Subuh tak( ꈍᴗꈍ)ಡ ͜ ʖ ಡ



Dear Allah,please hear me outWhere stories live. Discover now