DHIYA ARYANAA
~kau amanah Allah untuk aku jaga~
🌻🌻🌻
"DHIYA, hantar attendance! Semalam aku dah hantar so hari ni, your turn. Kau jangan nak mengelak!" arah Hazman, kertas kehadiran itu dihulur kepada Dhiya.
"Alah Man, kau pergi lah. A-aku ada-... urm aku buzy ni. Ha, semalam Cikgu Faizal mintak aku isi borang SPBT untuk student yang tak dapat buku teks lagi, so kau hantar lah eh. Nanti aku belanja choki choki" Dhiya pura-pura sibuk, malas dia nak keluar ke pejabat.
"Ha kau memang! Hutang choki choki kau tu kalau aku kumpul boleh dapat cadburry sekotak kau tahu!" jawab Hazman, dia melangkah ke tempat duduknya semula. Dhiya hanya tersengeh, dia memang penolong kelas tak bertauliah.
"Weh, subjek first kita apa?"
"Subjek crush kau ar, kerja dia bagi dah ar banyak! Baru seminggu ganti Cikgu Rohaya dah huru-hara" jawab Miera, buku notanya itu dibelek-belek. Dhiya pula tergamam, Sains ada kerja? Sepertinya dia terlupa nak buat semalam.
"Ha kau, asal muka macam tu? Cakap ar tak buat" soal Miera, Dhiya memandangnya.
"Weh yang mana weh, aku rasa-... aku tak buat" buku nota rakannya itu dirampas, helaian demi helaian diselak. Bapak banyak!
"Weh aku ingat dia suruh buat Eksperimen 5.1 ni je do!"
"Otak kau, tu kerja dua hari lepas gila! Semalam dia ada bagi kerja lagi, buat nota bab 5 ni semua" jawab Miera, membuntang biji mata Dhiya.
"Hanat, dia ingat kita robot ke!"
"Kan!"
"Shit, kejap lagi dia masuk. Aku nak sorok mana ni gila!"
"Paklong kau kan pengetua, kau pergilah office tu ajak dia borak ke apa ke. Lagipun, kau kan penolong. Attendance kelas dah hantar belum?" soal Miera, terlakar senyuman di wajah Dhiya.
"Ha bagus otak kau!" matanya melilau mencari kelibat Hazman, namun hampa. Batang hidung pun tak nampak.
"Weh Ziq, Hazman mana?"
"Hantar kehadiran dekat pejabat" jawab Haziq, Dhiya yang mendengar jawapan itu bagai mahu pitam.
"Argh, cipan! Dia ni asal rajin sangat adu!" gumam Dhiya, dia perlu memikirkan alasan lain untuk keluar.
"Tadi dia suruh kau hantar, kau cakap kau buzy. Dia lah yang hantar, lepas tu kau nak angin kat sini?!" marah Miera, Dhiya tersengeh.
"Ok ok, aku salah. Tapi sekarang macam mana, sumpah weh aku tak teringat langsung kerja dia"
"Kau keluar je lah, cakap nak hantar kehadiran. Bukan cikgu tahu pun yang Hazman dah hantar" celah Miera, buat sekian kalinya Dhiya tersenyum.
"Ya Allah Miera, bergunanya otak kau pagi ni! Mesti minum susu lembu kan? Gosh, glad to have you sissie!!! Dah dah aku ciao dulu, kalau cikgu tanya cakap lah aku pergi office. Bye" ujar Dhiya, sempat dia mengambil kertas kehadiran sebelum dia melangkah ke pintu. Alangkah terkejutnya dia melihat Rafeeq yang juga turut berdiri di hadapan pintu untuk masuk, nasib baik tak terlanggar.
YOU ARE READING
Dhiya Aryanaa
Romance>> COMPLETED Kehadiran Rafeeq Adham sebagai guru di situ menarik perhatian Dhiya Aryanaa. Entah bagaimana dia boleh terpikat dengan ketampanan wajah gurunya itu, dia nekad untuk meraih perhatian lelaki itu walau apa jua rintangan. "Saya nak panggil...