DA06 🌸

1.8K 75 2
                                    

DHIYA ARYANAA

~kau amanah Allah untuk aku jaga~

🌻🌻🌻

RAFEEQ menuruni tangga setelah selesai membersihkan diri, risau pula dia tinggalkan Dhiya sendirian. Sudah lah dia tak pernah menjaga orang sakit, Dhiya menjadi orang pertama yang mendapat khidmat penjagaan Rafeeq. Langkah diatur ke dapur, Dhiya yang baru sahaja selesai makan ubat itu didekati.

"Feel better?" soalnya, Dhiya mengangguk perlahan.

"Awak rehat kat bilik ye? Kalau ada apa-apa awak panggil saya, saya kat bawah ni. Awak dah makan ubat ni, you might felt sleepy. Saya dah kemaskan bilik awak, minyak angin tu pun saya dah letak atas meja" ujar Rafeeq, Dhiya mengangguk perlahan.

"Terima kasih" wajah pucatnya cuba mengukir senyuman, Rafeeq hanya tersenyum.

"Tak apa lah, at least saya ada experience jaga orang sakit. Tadi saya dah call mama saya bagitahu yang awak sakit, lepas Maghrib baru kita gerak ke sana" ujar Rafeeq, Dhiya mengangguk lagi. Namun jauh di sudut hatinya masih gusar, mereka berdua-duaan di dalam rumah. Mustahil jiran-jiran Rafeeq tak nampak kehadirannya tadi, risau juga.

"Saya naik atas dulu" pamit Dhiya, dia bangun.

"Hati-hati, ada apa-apa panggil saya tau" pesan Rafeeq lagi, Dhiya mengangguk. Haih, dilayan bagai permaisuri. Dia melangkah menaiki tangga, pintu bilik yang terbuka itu dituju. Katil empuk di situ menjadi sasaran, perlahan-lahan dia membaringkan tubuh badannya di atas katil. Mata yang semakin mengantuk cuba dilelapkan, gelap.

Rafeeq melangkah ke ruang tamu, telefon pintarnya dicapai. Nombor Inara didail, rindu pula dia ingin mendengar suara tunangnya itu. Terlalu sibuk sehinggakan lupa bahawa masing-masing sudah bertunang. Panggilan disambungkan, dia tersenyum sendirian. Belum dengar suara lagi dah bahagia, angau betul.

"Hello sayang!" suara Inara menyapa halwa telinga, teruja betul terima panggilan dari lelaki yang dicintai.

"Hello honey, happy je suara tu. Ada apa-apa ke ni, hm?"

"Haha! Tak lah, I happy sebab you call I. Lama dah kita tak borak tau, I rindu suara you"

"Lah sorry lah, I buzy mengajar. Plus, you pun buzy flight sana sini kan. I tak nak ganggu"

"Yaa, masing-masing ada commitment kan sayang... Tak apa lah, yang penting kita saling memahami"

"Betul! Sayang, you free tak hujung bulan ni?" soal Rafeeq, ada perkara perlu dia bincangkan.

"Bulan ni? Sekejap I check jadual flight I" ujar Inara, jadual penerbangannya diteliti.

"Bulan ni tak free lah sayang, I ada flight ke Japan. I'm so sorry" sambung Inara, sebersalah pula. Sudahlah mereka lama tak berjumpa, jadualnya pula semakin padat.

"Oh it's ok lah, tak apa I faham"

"Sorry sayang, tapi kenapa you tanya?"

"Tak, I nak discuss pasal wedding kita. Macam dah lama sangat je kita bertunang, sampai bila?" Rafeeq meluahkan niatnya, dia tak mahu menangguh lagi perkahwinan mereka.

Dhiya AryanaaWhere stories live. Discover now