DHIYA ARYANAA
~kau amanah Allah untuk aku jaga~
🐝🐝🐝
TANGAN Encik Khairi disalam, wajah bapa mertuanya itu dipandang penuh pengharapan. Setelah apa yang telah dia lakukan, sungguh dia berharap keluarga itu masih mampu menerimanya sebagai menantu. Baju Melayu yang dipakai ketika majlis tadi juga belum sempat ditukar, dia hanya sempat menunaikan solat Zohor di masjid saja dan terus ke rumah itu untuk mencari isterinya.
"Kamu nak apa ke sini Feeq?" soal Encik Khairi, Rafeeq menghela nafas.
"Abi, Feeq mintak maaf atas apa yang jadi. Feeq tak ada niat nak malukan sesiapa tapi Feeq ikhlas cintakan Dhiya abi, Feeq betul-betul menyesal abaikan Dhiya"
"Baguslah kalau kamu dah sedar, betulkan apa yang silap. Abi tak salahkan kamu, manusia semua buat silap kan?" pujuk Encik Khairi, bahu menantunya itu ditepuk perlahan.
"Abi, Dhiya mana? Izinkan Feeq jumpa dia abi, Feeq nak bawak Dhiya balik. Feeq nak tebus semua dosa Feeq pada dia, mana isteri Feeq?" rintih Rafeeq, Encik Khairi hanya tersenyum tipis. Berat mulutnya ingin membenarkan lelaki itu bertemu anaknya namun apakan daya, Rafeeq berhak untuk bertemu isterinya sendiri.
"Dhiya ada kat atas, kamu pergilah tengok" ujar Encik Khairi, Rafeeq mengangguk laju.
"Thanks abi" kaki diatur menaiki tangga, Aina yang hendak turun tangga itu memandangnya.
"Kak Aina"
"Ha, ada apa datang sini?" soal Aina, kalau setakat nak sakitkan hati adiknya lagi baik balik je lah!
"Kak, Dhiya mana?"
"Nak buat apa cari dia? Akak tak rasa dia nak jumpa Feeq" balas Aina, kakinya menuruni tangga.
"Kak tolong kak, Feeq nak jumpa Dhiya. Feeq nak jumpa isteri Feeq, Feeq janji Feeq akan tebus semua silap Feeq pada dia. Tolong kak, Dhiya masih isteri Feeq yang sah... Feeq nak bawak dia balik, Feeq nak jaga dia baik-baik" kata-kata Rafeeq menghentikan langkah kakak iparnya itu, Aina menoleh. Keluhan berat dilepaskan, lelaki itu masih berhak ke atas adiknya.
"Pergilah, Dhiya ada dekat balkoni. Dari tadi termenung, akak tengok dia pun dengan akak sekali murung" jawab Aina, dia sebagai kakak juga pening dengan rumah tangga adiknya itu.
Rafeeq mengangguk, laju kakinya diatur ke balkoni rumah. Benar kata Aina, isterinya itu sedang termenung jauh. Mungkin memikirkan nasib yang menimpa diri, entah apa penghujungnya.
Dhiya pula masih tidak sedar kehadiran Rafeeq, rumah banglo Encik Khairi di hadapan Taman Rekreasi. Sedikit sebanyak kanak-kanak yang bermain di taman itu menenangkan hatinya, dia perlukan masa untuk terima apa yang jadi.
"Sayang" panggil Rafeeq, Dhiya tersentak.
"Awak buat apa dekat sini Rafeeq?" tegas soalan dilontarkan, kehadiran Rafeeq langsung tidak disangka.
"Sayang, abang-"
"Jangan dekat dengan saya!" Dhiya memberi amaran sebaik saja Rafeeq melangkah mendekatinya, langkah suaminya itu terhenti.
"Ya Allah sayang..."
"Awak nak apa datang sini?"
"Abang nak bawak hak abang balik"
"Tak ada apa lagi milik awak dekat sini Rafeeq, awak baliklah" jawab Dhiya, terpempan Rafeeq dibuatnya.
"Sayang tolonglah jangan macam ni, abang sayangkan Dhiya tolonglah maafkan abang" rayu Rafeeq, dengan harapan isterinya itu terbuka hati.
"Awak ingat lepas apa yang awak buat, saya boleh terima awak ke Rafeeq? Tak, awak silap besar. Saya tak kan terima awak" tegas Dhiya bertutur, hatinya masih sakit.
"Allahuakbar... Dhiya, abang sayang Dhiya. Tolonglah, maafkan abang. Abang janji abang akan tebus segala silap abang pada Dhiya, tolonglah" rayu Rafeeq buat sekian kalinya, mata Dhiya yang bertakung itu menatapnya. Mata yang penuh penderitaan, penuh dengan rasa kecewa.
"Awak baliklah Rafeeq, balik. Tak ada apa untuk awak dekat sini, hati saya untuk awak dah mati. Baliklah, tak guna awak merayu dekat sini lagi" menitis airmata Dhiya menuturkan kata, akal dan hatinya tidak sehaluan.
"Dhiya tolonglah fikir dulu, abang tahu Dhiya masih sayangkan abang. Abang tahu masih ada lagi cinta untuk abang, tolonglah maafkan abang. Jangan ikutkan hati, nanti Dhiya sendiri yang terseksa"
"Sebab saya terlalu ikutkan hati lah hidup saya terseksa macam ni, alangkah baiknya kalau kita tak pernah kenal. Saya tak tahu kenapa saya bodoh sangat hancurkan hati saya demi menjaga hati orang lain yang... sikit pun tak kisah pasal saya" balas Dhiya, Rafeeq menunduk.
"Awak baliklah Rafeeq, saya dah tak ada hati nak tengok muka awak. Lepas apa yang awak dah buat, saya tak boleh terima. Hati saya hancur, jadi biarlah saya sendiri yang ubat hati saya. Saya tak ada jaminan yang saya akan bahagia kalau terus hidup dengan awak, awak baliklah. Kalau awak sayangkan saya, pergilah balik. Pintu hati saya untuk awak dah lama tertutup, cinta saya pada awak dah lama padam.
Kalau betul awak sayang saya awak balik lah Rafeeq, jangan rendahkan harga diri awak merayu pada orang yang dah tak nak dekat awak. Awak pergilah balik, kedatangan awak ke sini hanya mengeruhkan keadaan. Kalau awak sayang saya, berhenti cari saya. Biarkan saya hidup sendiri, kalau tak bayang saya pun awak tak kan dapat kesan" ugut Dhiya, tajam matanya menikam Rafeeq yang sudah tergamam dengan setiap tutur katanya.
Rafeeq mengangguk lemah, airmata yang gugur diseka perlahan. Dia mengangkat wajah, senyuman tipis diukir seolah-olah dia tabah menerima keputusan isterinya itu.
"Abang akan pergi, tapi abang tak kan lepaskan Dhiya. Abang nak Dhiya tahu yang abang betul-betul menyesal dengan apa yang abang buat, abang nak tebus segala silap abang. Abang cintakan Dhiya, abang nak hidup dengan Dhiya. Kalau abang diberi peluang sekali lagi untuk bahagiakan Dhiya, abang tak kan lepaskan peluang tu. Percayalah Dhiya, hati abang sayangkan Dhiya sorang" pujuk Rafeeq lagi, Dhiya hanya memalingkan wajah. Sungguh keras hati, dia betul-betul benci akan Rafeeq.
"Abang pergi dulu, Dhiya jaga diri. Walau apa pun jadi abang tetap sayangkan Dhiya, abang tetap tunggu Dhiya balik ke pangkuan abang sampai bila-bila pun. Dhiya fikirlah masak-masak, abang cintakan Dhiya. Abang cintakan isteri abang, Dhiya ingat tu..." ujar Rafeeq lemah, airmata diseka sebelum dia melangkah pergi. Tidak sangka Dhiya benar-benar bencikannya, dia perlu tabah menerima kifarah.
Dhiya terduduk di situ, terketar-ketar tubuhnya menahan tangisan. Teresak-esak dia menangis sambil berpeluk lutut di situ, semakin lama dia hidup dengan Rafeeq dia bakal sakit. Jadi lebih baik dia mengundurkan diri, keputusan itu mungkin terbaik untuknya di kemudian hari.
🌸 B E R S A M B U N G 🌸
.
.
.
.
.
V o t e
&
C o m m e n tnurhanaaaaa
YOU ARE READING
Dhiya Aryanaa
Romance>> COMPLETED Kehadiran Rafeeq Adham sebagai guru di situ menarik perhatian Dhiya Aryanaa. Entah bagaimana dia boleh terpikat dengan ketampanan wajah gurunya itu, dia nekad untuk meraih perhatian lelaki itu walau apa jua rintangan. "Saya nak panggil...