mata kabur memandang kosong ke arah siling. nafas teratur kerana sedang membuat percubaan untuk tidur. dimana ianya gagal.
fikiran? tak tahu. melayang yang pasti.
earphone ditelinga memutar kan lagu perlahan. mendayu tapi tidak sedih. hanya nyanyian kosong bagi pendengar.
nafas ditarik dalam seraya mata ditutup. tidur? tidak. mana mungkin seawal ini.
bosan barangkali, otak nya dipaksa untuk memutar kan gear. tangan diseluk ke dalam bantal. telefon dicapai.
jari mengetik papan kekunci menaip setiap huruf sehingga membentuk perkataan kemudian sebuah ayat.
gambaran seorang wanita berdarah campuran menerpa. dibayangi wanita itu melambai ke arah nya.
senyum. benda mudah tapi jarang dilakukan.
6 tahun bukan senang dipertahankan. tapi mereka sukses. again, bukan senang.
" you and me always forever, we could stay all along together "