Penulis: Augustinetkd
Setiap 1 September menjadi hari yang tidak mudah untuk rakyat Poland kerana mereka harus mengenang kembali luka lama dari lubuk terdalam hati mereka. Dimana pada 82 tahun yang lalu, mereka diserang tanpa belas kasihan oleh dua gergasi besar eropah ketika itu iaitu Jerman dan Kesatuan Soviet. Harapan mereka musnah apabila pertolongan yang dijanjikan tidak kunjung tiba sehinggalah negara yang menjadi identiti dan kebanggaan mereka betul-betul diranapkan bersama bangunan yang musnah di Warsaw.
Hari ini, di tahun 1939, Hitler telah bersedia dengan rancangan nya untuk membahagi Poland bersama kesatuan Soviet. Selama bertahun-tahun Hitler meneriakan propaganda yang sama keatas kerajaan Poland dengan menuduh mereka melakukan penaniayaan dan penindasan keatas ethnik Jerman di Poland, berharap agar komuniti antarabangsa melihat seolah-olah Poland yang sedang memprovokasi Jerman. Padahal, Hitler hanya ingin mendapatkan wilayah yang hilang daripada perjanjian Versailles sekaligus memperbesarkan empayar Jerman untuk menambah populasi kaum Aryan.
Melalui operasi Himler yang dijalankan oleh pasukan perisik Jerman dan sayap bersenjata dalam parti Nazi, Schutzstaffel (SS). Mereka melakukan beberapa seri propaganda dan serangan palsu yang terancang untuk mengkambing hitamkan Poland. Namun, peristiwa saya nak sampaikan ialah serangan dan sabotaj keatas stesen radio Jerman di Gleiwitz pada malam 31 Ogos 1939 yang menjadi antara justifikasi untuk Jerman menceroboh Poland.Â
Pada malam itu, atas perintah daripada Reinhard Heydrich dan Heinrich Muller iaitu ketua polis rahsia Nazi atau lebih dikenali sebagai Gestapo, pasukan sabotaj yang diketuai oleh oleh Pegawai SS, Alfred Naujocks dan beberapa tahanan dari kem konsertrasi Dachau berpakaian seperti orang Poland dan bertindak merampas stesen Gleiwitz. Mereka kemudian melakukan siaran radio yang bersifat anti-Jerman dan provokatif di dalam bahasa Poland untuk memperlihatkan seolah-olah bahwa serangan dan siaran radio pada malam itu dilakukan oleh warga Poland untuk menyemai sikap anti-Jerman.
Untuk melihatkan keadaan lebih menyakinkan, Gestapo membunuh Franciszek Honiok yang merupakan warganegara Jerman dan seorang petani yang tidak berkahwin serta diketahui juga bahawa beliau sering bersimpati kepada orang Poland. Dia ditangkap sebelum penyerangan di Gleiwitz lalu dipakaikan baju seolah-olah beliau ialah orang Poland. Lalu beliau dibunuh menggunakan suntikan maut dan ditembak. Jasad beliau ditinggalkan dikawasan stesen radio bagi menunjukan seolah-olah Franciszek mati semasa merampas stesen radio Jerman tersebut. Manakala tahanan yang terlibat dalam peristiwa di Gleiwitz daripada kem konsentrasi Dachau pula diberi dadah dan ditembak mati lalu wajah mereka dirosakan agar identiti mereka tidak dapat dikenal pasti.
.
Lalu pada pagi 1 September, Hitler berpidato di parlimen Jerman yang dikenali sebagai Reichstag. Dia mendeklarasi perang keatas Poland setelah berjaya mengkambing hitamkan kerajaan Poland melalui operasi Himler termasuk peristiwa di Gleiwitz. Namun Hitler tidak menyebut peristiwa Gleiwitz semasa deklarasi perang dinyatakan sebaliknya dia mengumpulkan semua peristiwa propaganda dan serangan palsu operasi Himler dalam ucapan dia sebagai justifikasi pengistiharan perang kepada Poland dan mendakwa bahawa Jerman hanya bertindak defensif dalam menghadapi provakasi dan serangan Poland. Lalu pasukan Jerman pun menyeberang sempadan dan menceroboh Poland diikuti Kesatuan Soviet beberapa hari kemudian.
Tarikh diterbitkan: 1 September 2021Terakhir kali dikemaskini: 1 September 2021
YOU ARE READING
Peristiwa Gleiwitz 1939 dimana Poland dikambing hitamkan
Historia CortaSebaik sahaja parti Nazi menguasai Jerman pada 1933, mereka membawa fahaman melampau yang mampu mengugat kedaulatan negara serantau di Eropah termasuk negara muda Poland. Propaganda dan serangan palsu dilancarkan bagi menjustifikasikan tindakan Nazi...