Nur Qahirah atau nama glamornya Ira sedang menunggu sahabatnya datang sambil menghirup kopi suam yang dipesannya tadi.
"Mana Lily ni, lambat lah!" , Ira yang memang agak panas baran itu mula merengus sendirian. Kemudian tak lama selepas itu, Lily pun datang dan duduk di hadapan Ira sambil tercungap-cungap lalu meminta maaf atas kelambatannya.
"Kenapa kau lambat ? Beruban aku tunggu kau. Nasib baik kau datang cepat kalau tak memang aku dah blah dah sekarang" , marah Ira sambil menjeling Lily dengan tajam. Lily hanya tersengih seperti kerang busuk, mempamerkan barisan giginya yang cantik tersusun dan putih.
"Sorry lah. Ada apa kau nak jumpa aku?", tanya Lily.
"Takde lah, aku saja ajak kau keluar. Nak release tension. Pening lah asyik duduk kat office", ujar Ira.
"Sebab tu je ? Aduhai suspen betul lah kau ni"
"Eh, dah kira okay lah ni aku ajak kau keluar minum, karang tak pasal-pasal kau cop aku lupa kawan"
"Ya tak ya juga kan. Jarang kau ni nak ajak keluar. Biasa duk memerap je dalam office tu. Asal aku ajak keluar mesti banyak alasan kau, baca report lah apa lah", Lily yang sudah lali akan kesibukan sahabatnya itu mula membebel.
"Tau pun! Dah berhenti lah membebel macam mak nenek. Pergi lah order air, aku belanja. Ni aku nak pergi toilet jap", kata Ira sambil mula berdiri untuk pergi ke bilik air.
"Okay", balas Lily sambil tangannya melambai memanggil pelayan kafe.
Sedang Ira dalam perjalanannya ke toilet yang berada di bahagian belakang kedai itu, ada seorang lelaki baru bangun dari mejanya untuk beredar sambil bermain telefon dan sebelah tangannya memegang secawan kopi panas yang dipesannya.
Oleh sebab mata Ira hanya fokus kepada papan tanda 'toilet' dan lelaki itu yang sibuk dengan telefon, mereka berdua berlanggar secara tidak sengaja dan malang tidak berbau, kopi lelaki itu tumpah ke atas pakaian kasual yang dipakai Ira.
"Astaghfirullahal' azim", Ira memejam mata sambil membisikkan istighfar, cuba menahan diri daripada marah dan juga rasa panas air kopi yang kini meresap ke kulitnya.
"Oh no! I'm so sorry, I didn't mean to- I didn't saw you coming from behind me just now. I-", kata-kata lelaki itu berhenti apabila Ira mengangkat tangannya menyuruh berhenti.
"It's fine. My bad too", bicara Ira bersama pandangan kosong. Dia mula meminta diri untuk berlalu ke tandas. Namun belum pun Ira melintasi lelaki itu, langkahnya terhenti apabila lelaki itu bersuara lagi sekali.
"Miss, please ring me anytime for compensation on your cloth. I'm Tengku Junaidi by the way", sekeping kad bersaiz kecil diserahkan kepada Ira.
Ira memandang Tengku Junaidi dan kad itu silih berganti. Senyuman manis jejaka di hadapannya itu tidak dibalas dan kad itu hanya dipandang sepi. Tangannya menolak perlahan kad itu.
"No thanks. I'm very sure I'm fine", kali ini Ira terus berpusing dan melangkah ke tandas.
Manakala Tengku Junaidi hanya berdiri statik di tempatnya. Dia cuba untuk memproses apa yang baru sahaja terjadi. Ini adalah kali pertama perkenalannya ditolak.
Pandangan staf yang menyaksikan kejadian itu tidak diendahkannya kemudian dia terus menuju ke muka pintu.
'Does she not know who am I? Huh'
Sambil berjalan menuju ke keretanya, Tengku Junaidi kembali terbayang wajah gadis yang dilanggarnya tadi.
'She's emotionless. I wonder if the coffee I accidentally spilled on her wasn't actually hot'
Kemudian Tengku Junaidi tiba-tiba tersenyum sumbing sendiri.
'Hoping to see you again next time, beautiful'
________________
Ira sedang berusaha sedaya upaya untuk mencuci kesan kopi yang ada pada baju yang baru dibelinya 3 hari lepas itu.
Segala maki hamun kepada lelaki tadi cuba disimpannya dalam-dalam. Setelah digosoknya menggunakan tangan, Ira membasuh tangannya pula. Pantulan dirinya di dalam cermin direnung. Nafas panjang ditarik sebelum dihembus perlahan. Badan dipusing sebelum langkah diatur keluar.
"Kau basuh toilet ke ?", gurau Lily setelah Ira sampai di meja mereka.
"Ha'ah", Ira menjawab malas bersama loyar buruknya.
"Tadi ada mamat tertumpah kopi kat baju aku, tu yang aku lama", kata Ira sambil ketawa kecil apabila Lily merenungnya tajam.
"Oh, patutlah pelik semacam aku tengok baju kau"
Ira tidak memberi reaksi.
"Weh kau ada dengar cerita tak pasal Tan Sri yang kena bunuh tu", Lily mula membuka cerita.
"Tan Sri mana?", soal Ira kemudian menghirup kopinya.
"CEO kat Champ Holdings", jawab Lily.
"Kenapa dia kena bunuh?"
"Entah, kes dengki lah mungkin. Dia kan kaya"
Dan mereka bertukar-tukar cerita berjam lamanya.
A/N
Sorry for lenyap tiba-tiba
dalam tempoh yang agak lama
tapi author tak berniat nak buat
readers tunggu lama, just hilang
motivation and nak edit sikit. Enjoy <3
Also, for readers lama yang dah baca description
sebelum ni, feel free to re-read it because
I changed it. Thank you 🥰
YOU ARE READING
Mr Sweet-talker vs Ms Heartless
RomanceTengku Junaidi adalah seorang lelaki yang berpengaruh besar dalam dunia korporat. Berbagai projek telah berjaya diusahakannya dan banyak orang-orang berpangkat tinggi telah berurusan denganya serta percaya akan kebolehannya. Sangat berdedikasi dan...