Setelah hampir 2 jam bermesyuarat yang dipenuhi dengan pelbagai cadangan, bantahan serta beberapa komen dari pelbagai pihak, akhirnya mesyuarat itu diakhiri setelah kata persetujuan dicapai.
Ira yang sememangnya perasan akan panahan mata Tengku Junaidi yang dari tadi tidak berhenti melihat ke arahnya memang cepat-cepat mahu keluar dari ruang empat segi itu. Sungguh dia lemas dan tidak selesa dengan panahan mata Tengku Junaidi!
"Okay, I think that's all for today. Now I dismiss you all and enjoy the foods prepared next door", ucap Ira sebagai penutup seraya mempelawa semua yang hadir untuk makan di ruang makan yang terletak di sebelah bilik mesyuarat itu.
Kesemua yang hadir pun mula berdiri dan bergerak menuju pintu keluar. Ada yang mengeluh lega setelah mesyuarat habis dan ada juga yang meregangkan badan kerana duduk terlalu lama.
Ira mengemas semua kertas pembentangan serta gajet-gajetnya kemudian bangkit namun terhenti apabila tersedar ada seorang hamba Allah yang masih belum keluar. Malah berdiri di tepi pintu memerhatikan Ira dari tadi.
Ira mengawal reaksi mukanya agar tidak nampak begitu terkejut. Dia menarik nafas sebelum menyapa.
"Yes may I help you Mr Junaidi?", tanya Ira.
"Nothing actually. It's just that.. I want to make sure of something"
"And what is it?"
"We've met before, right?", tanya Tengku Junaidi bersama kepala yang dipalingkan sedikit ke kanan. Sengaja dia menduga jika gadis itu masih ingat akan dirinya atau tidak.
Ira menarik nafas dalam sebelum mengeluh perlahan.
"Maybe yes maybe no. Now if you don't mind, may I excuse myself. I've got a lot if things to do, it's a pleasure to work with you. I hope you can enjoy the foods next door", ucap Ira sebelum tunduk sedikit lalu berjalan keluar melintasi Tengku Junaidi.
Ira mengeluh lega setelah keluar dari bilik mesyuarat itu.
Tengku Junaidi tersenyum nipis melihat gadis itu. Lucu dia rasakan apabila Ira tidak menjawab secara terus terang.
Dia tahu bahawa Ira ingat akan dirinya namun gadis itu sengaja mahu berselindung.
'Out of all of the women I've met, this one is different', bisik hati Tengku Junaidi sebelum dia berjalan menuju ke bilik makan.
________________
Setelah seharian bekerja, Ira pun pulang ke rumahnya.
Dia merebahkan badannya di atas sofa ruang tamu. Sekeliling ruangan rumah itu dilihat. Interior dan exterior design rumah itu langsung tidak diubahnya walaupun kedua-dua orang tuanya sudah tiada.
Dia tidak mahu kenangan bersama ibu bapanya lenyap. Design rumah itu direka sepenuhnya oleh Dato Nazri dan Datin Julia, mama dan papa Ira.
Buat seketika Ira memejamkan matanya agar air matanya tidak turun.
Kemudian dia melihat jam yang tergantung di dinding setelah membuka mata. Pukul 6.
Tiba-tiba Ira terasa lapar dan dia melangkah ke dapur. Setelah melihat kabinet dan peti ais kepunyaannya, Ira menahan diri daripada mengeluh sekali lagi.
Dia terlupa untuk membeli barangan dapurnya kerana kebanyakan barang dapurnya sudah habis.
Memandangkan jam masih awal, dia membuat keputusan untuk keluar membeli stok dapurnya.
Tapi sebelum itu, Ira membersihkan dirinya terlebih dahulu dan menukar ke pakaian yang lebih selesa.
Dia hanya memakai seluar sukan berwarna gray dan hoodie hitam. Rambutnya yang berwarna golden brown dibiarkan lepas. Ira juga memilih untuk memakai selipar Crocs sahaja.
YOU ARE READING
Mr Sweet-talker vs Ms Heartless
RomanceTengku Junaidi adalah seorang lelaki yang berpengaruh besar dalam dunia korporat. Berbagai projek telah berjaya diusahakannya dan banyak orang-orang berpangkat tinggi telah berurusan denganya serta percaya akan kebolehannya. Sangat berdedikasi dan...