Ira sedang menyediakan segala barang keperluannya yang akan digunakan dalam mesyuarat yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Tidak lain tidak bukan, dengan Tengku Junaidi.
Dari semalam dia berfikir tentang cara untuk berdepan dengan lelaki itu. Sudahlah dia terhutang budi dengan lelaki itu.
Ira berdoa agar tiada apa-apa akan terjadi hari ini.
Setelah siap, dia merehatkan dirinya sebentar memandangkan waktu mesyuarat akan bermula dalam 20 minit.
Dia mengeluh sebelum mengurut kepalanya perlahan.
Dengan tanggungjawab yang dipikul di atas bahunya sebagai CEO, tidak mudah baginya untuk bersenang lenang dan berehat selagi tugasnya belum siap.
Dia sempat menguap sebelum pintu biliknya diketuk.
"Masuk", arah Ira, kemudian muka setiausahanya muncul di antara pintu dan bingkai pintu.
"Miss, our clients are here already", beritahu Farah.
Kening Ira kelihatan berkerut sedikit, hairan. Awal pula mereka datang kali ini. Tapi Ira hanya bersangka baik.
"Okay, I'll come in 5 minutes", ringkas jawapan Ira sebelum Farah hanya mengangguk dan mula melangkah keluar kembali untuk melayan clients mereka yang baru tiba.
Tengku Junaidi sudah tersenyum-senyum sendiri di tempat duduknya. Tidak sabar mahu melihat wajah CEO syarikat ini.
Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi tumit tinggi Ira menghampiri.
Serentak semua yang hadir di dalam bilik mesyuarat itu bangkit sebagai tanda hormat kepada Ira.
Tengku Junaidi hanya berdiri dan memerhatikan Ira yang melangkah dengan penuh elegan ke kerusi miliknya.
Kening Tengku Junaidi berkerut sedikit setelah melihat wajah Ira yang nampak pucat.
Selepas beberapa kata pembuka, Ira terus memulakan mesyuarat mereka dan membincangkan tentang projek yang akan mereka usahakan bersama.
Walaupun dia ada terbatuk dan juga bersin sedikit serta merasa kepala berputar semasa mesyuarat itu, Ira tetap gagahkan dirinya untuk menghabiskan mesyuarat hari itu sehingga penghujungnya.
Sesudah habis mesyuarat dan kesemua ahli yang hadir bersurai untuk menikmati jamuan, Ira menarik nafas lega dan menyandarkan badannya ke belakang sambil menutup mata.
Sakit di kepalanya semakin terasa malah semakin berdenyut-denyut.
"Are you okay?"
Tiba-tiba kedengaran suara seseorang dari pintu. Ira membuka kelopak matanya dan susuk Tengku Junaidi menyapa matanya. Lah tak makan ke dia ni.
"I'm fine", Ira lantas bangkit dan mengemas barangnya kemudian berjalan ke pintu keluar.
"Are you sure? You look so pale", tanya Tengku Junaidi lagi sebelum Ira melintasinya.
Ira menghentikan langkahnya seketika dan dia menoleh ke orang di sebelahnya.
"Yes I'm fine Mr. Tengku, now if you don't mind, can I take my leave now and I hope you enjoy the foods next door", ujar Ira. Kesabarannya kian menipis namun dia tetap menjaga etikanya. Orang tengah sakit kepala kau paksa dah kenapa, nak mintak penumbuk gamaknya.
Ira terus melangkah pergi selepas menundukkan sedikit kepalanya kepada Tengku Junaidi. Dia hendak mengemas bilik kerjanya sebelum pulang memandangkan meeting bersama syarikat Tengku Junaidi adalah meeting terakhirnya hari ini dan jarum pun sudah menunjukkan lewat petang.
________________________________
Usai menyemak sebuah lagi file, Ira mula mengemas barang dan meja kerjanya, kemudian dengan perlahan dia melangkah ke pintu pejabatnya dan menutup semua suis elektrik di pejabatnya sebelum melangkah keluar.
Kelihatan semue meja staf-stafnya tidak berpenghuni dan kemas sahaja meja mereka semua, maklumlah dah habis waktu kerja, kalau waktu kerja memang berselerak kertas atas meja masing-masing. Termasuklah Ira sendiri.
Ira dengan perlahan berjalan melalui kawasan pejabatnya yang lengang itu untuk menuju ke lif, denyut kepalanya kian terasa.
Sesampai dia di hadapan lif, punat turun ditekan dan dia menyandarkan tubuhnya pada dinding sisi lif itu.
"Awak okay ke?", tiba-tiba ada satu suara menyapa. Ira menoleh kemudian dia terus berdiri tegak.
"Kenapa tak balik lagi?", tanya Ira senada kepada Tengku Junaidi.
"I noticed you look pale and unwell today so I decided to wait around to make sure you're okay", bicara Tengku Junaidi lembut.
Ting!
Pintu lif terbuka dan mereka berdua masuk ke dalam lif itu kemudian berdiri dengan menjaga jarak sesama sendiri.
"Girlfriend kau semua tak cari kau ke dah habis jam kerja ni", Ira tidak menghiraukan kata-kata Tengku Junaidi sebentar tadi. Dah habis waktu kerja jadi tanpa segan-silunya dia berkau-aku dengan teman bisnesnya itu. Haih Ira..
"I ended things with all of them. Terima kasih sebab sedarkan saya, sekarang saya dah sedar apa yang saya buat tu salah. Saya dah insaf dah sekarang, In Shaa Allah saya akan berusaha jadi lebih baik dan dekatkan diri dengan Allah minta ampun banyak-banyak atas dosa khilaf saya yang lalu", kata Tengku Junaidi ikhlas.
"Alhamdulillah lah kalau macam tu, dah memang hidayah kau sampai lah kot. Teruskan usaha", itu sahaja yang mampu Ira cakap kerana kepalanya memang semakin terasa denyutnya.
Ting!
Tengku Junaidi memberi jalan kepada Ira untuk keluar terlebih dahulu.
Kelihatan ada 2 sekuriti di lobi sedang berbual sesama sendiri. Syif sampai malam lah kut.
Ira dan Tengku Junaidi berjalan beriringan dengan perlahan. Bukan apa, Tengku Junaidi hanya menyaingi langkah Ira.
Semakin lama semakin terhuyung-hayang dia lihat gadis itu. Sampai satu tahap, Ira rebah namun nasib baik dia sempat menyambut tubuh itu dari tersembam ke lantai.
"Allahuakbar! Ira! Ya Allah, pak cik tolong saya pak cik!", laung Tengku Junaidi kepada sekuriti yang ada di situ, kemudian dia memberi kunci keretanya kepada mereka dan mengarahkan agar memindahkan keretanya depan pintu lobi.
Kemudian sekuriti lagi seorang itu membantu membawa barang Ira yang terjatuh tadi.
Tengku Junaidi mencempung tubuh Ira dan dibawa ke keretanya. Kemudian segera dia memecut membelah jalan raya selepas berterima kasih kepada sekuriti tadi. Lampu kecemasan dipasang.
'Almost there almost there', desis hati Tengku Junaidi sendirian dengan cemas.
Ira dengan pantas disegerakan ke wad kecemasan setelah Tengku Junaidi berhenti di depan pintu kecemasan dan memanggil semua doktor dan jururawat yang bertugas.
Tengku Junaidi hanya mampu melihat dengan cemas Ira diusung pantas untuk diusul periksa. Dalam hati tidak henti-henti berdoa agar tiada apa-apa serius yang akan berlaku.
Mundar-mandir Tengku Junaidi di ruangan itu sebelum ada suara wanita menyapanya.
"Edi?"
Pantas Tengku Junaidi menoleh ke arah suara itu.
(so sorry dah lama tak update 😭)
YOU ARE READING
Mr Sweet-talker vs Ms Heartless
RomanceTengku Junaidi adalah seorang lelaki yang berpengaruh besar dalam dunia korporat. Berbagai projek telah berjaya diusahakannya dan banyak orang-orang berpangkat tinggi telah berurusan denganya serta percaya akan kebolehannya. Sangat berdedikasi dan...