"Hei", Tengku Junaidi mengejar langkah kaki Ira yang laju.
"Apa", Ira menaikkan sikit suaranya apabila Tengku Junaidi berdiri di hadapan trolinya. Keningnya berkerut, jelas menunjukkan rasa tidak puas hatinya terhadap mamat yang berdiri di hadapannya itu.
"Saya tak puas lagi berbual dengan awak"
"Do we realy have a good topic to talk about?"
Tengku Junaidi terdiam. Memang betul kata Ira, mereka tiada apa yang hendak dibualkan. Ira mula menolak trolinya ke kanan untuk melepasi Tengku Junaidi.
"Eh eh kejap. Saya nak berkenalan dengan awak je. Salah ke saya tanya pasal bakal mak dan ayah mertua saya", Tengku Junaidi berbicara.
Ira menahan geram di dalam hati.
"Hubungan kita tak lebih dari hanya rakan sekerja. About my parents, it's none of your business. Your future parents in law? Tsk, keep dreaming. Also, aku cam suara kau. Kau yang tadi oncall kaf parking lot tu kan. Aku bukan stalk kau eh, aku terdengar, TER, dah kau oncall buka tingkap. Tadi cakap tengah kerja kan, sila lah tandatangan kertas kerja kau. Cakap kat baby kau tu, aku kirim salam dan tumpang kesian kat dia", ucap Ira panjang lebar. Perkataan 'ter' itu sengaja dia tekan dengan kuat.
Setelah habis berkata-kata, Ira menolak trolinya meninggalkan Tengku Junaidi terdiam seribu bahasa. Tangannya yang dikepal dengan erat.
Egonya tercabar. Dia memberi Ira satu jelingan terakhir sebelum berlalu pergi walaupun Ira tidak nampak jelingannya kerana dia sudah berjalan jauh darinya.
______________
Selepas menyusunkan barangan dapur ibunya ke dalam peti ais dan kabinet, Tengku Junaidi naik ke biliknya untuk membersihkan diri dan berehat.
Tualanya digantung di tempat khas yang terletak di penjuru biliknya sebelum berjalan ke katil dan merebahkan badan.
Selepas dia pulang dari kerja tadi, Puan Intan meminta pertolongannya membeli barang dapur. Puan Intan memberi senarai barang yang hendak dibeli dan Tengku Junaidi pun keluar selepas menukar pakaian.
Ketika dia sedang melintasi lorong-lorong di pasar raya itu, Tengku Junaidi ternampak seorang gadis yang terjengket-jengket kakinya kerana hendak mengambil barang yang berada di rak atas sekali.
Niatnya hanya ingin menolong, tapi dia sendiri tidak menyangka bahawa gadis yang ditolongnya itu ialah gadis yang telah berjaya menarik perhatiannya.
Tengku Junaidi tersenyum seorang diri mengingatkan gadis yang mempunyai rupa yang cantik serta mulut yang pedas itu.
'Pedas gila dia sindir. Muka cantik tapi mulut puaka. Macam mana boleh dia tak jatuh suka kat aku eh'
Lamunan Tengku Junaidi terhenti apabila iPhone miliknya yang berada di meja sebelah katil berdering.
Ikon hijau ditekan kemudian dibawa ke telinga gajet mahal itu.
"Yo bro, busy ke"
"Waalaikumsalam, aku baru je balik lepas beli barang untuk mak aku. Asal ?", sindir Tengku Junaidi. Kedengaran suara ketawa dari hujung talian.
"Sorry, assalamualaikum wahai sahabat ana yang ana rindui serta kasihi, apa khabar anta. Sibuk kah anta di sana ?", tanya si pemanggil bersama slang arabnya yang dia hanya hentam sesuka hati.
"Hah, kan elok macam tu. Waalaikumsalam alhamdulillah sahabat kesayangan ana. Anta jangan risau, ana baik-baik sahaja. Ana tidak sibuk, cuma ingin beristirihat sahaja", Tengku Junaidi turut membalas bersama slang arab yang memang tak boleh blah. Patut lah jadi bestfriend, dua-dua sengal.
Kedengaran gelak tawa si pemanggil di hujung.
"Sengal lah. Ni aku call sebab nak ajak kau lepak mamak sebenarnya. Lama tak lepak dengan kau, tapi aku tak nak lah kacau kau rehat, esok malam kau free kan. Esok je lah", ujarnya setelah tawa reda.
"Macam mana kau tau aku free esok?", tanya Tengku Junaidi kehairanan. Mamat ni stalk aku ke apa.
"Aku dah tanya PA kau awal-awal dah. Esok jam macam biasa, tempat pun macam biasa. Tu je aku sebab aku call kau, chau", dan talian diputuskan begitu sahaja tanpa salam.
Tengku Junaidi tercengang sendirian melihat ke arah telefon bimbitnya yang kini menunjukkan log panggilannya.
Dia hanya menggelengkan kepalanya bersama senyuman nipis sambil meletakkan telefonnya di meja sebelah katil.
Faris, salah seorang rakan karibnya dari sekolah menengah. Faris juga merupakan seorang CEO berjaya di Malaysia, oleh sebab itu mereka jarang berjumpa.
Tengku Junaidi mulai terlelap akibat keletihan selepas merenung ke tirai biliknya buat beberapa minit.
________________
Ira menyusun satu-persatu barangan yang dibelinya ke atas kabinet dengan cermat dan rapi.
Setelah selesai, dia membancuh air coklat panas untuk dirinya.
Sofa ruang tamu dituju, dia air coklat panas diletakkan di atas meja kopi kemudian alat kawalan jauh TV dicapai.
Tiba-tiba dia teringat akan kata-kata Tengku Junaidi yang mengatakan wajahnya memang ada iras Amerika. Dia akui fakta itu, dengan warna matanya yang kuat berwarna hazel coklat serta wajah putih mulus dan hidung mancung, sudah tentu sesiapa sahaja yang melihat Ira pada first glance akan menyangka dia bukan orang melayu.
Keluarga belah ibunya berdarah Amerika, sudah tentu Ira akan mewarisi sedikit sebanyak genes mereka.
Datin Julia dan Dato Nazri adalah rakan sekelas semasa di universiti luar negara. Mereka mula mengenali satu sama lain apabila salah seorang rakan sekelas mereka mengadakan jamuan selepas habis peperiksaan. Mereka berborak dan bergurau sesama sendiri dan dari situ lah mereka kerap berjumpa.
Hinggalah pada satu hari Dato Nazri meminta nombor telefon Datin Julia dan mereka berhubung setiap hari dan mereka menjadi pasangan kekasih dan akhir sekali, pasangan suami isteri.
Mereka bernasib baik kedua-dua pihak orang tua tidak menghalang hubungan mereka hanya kerana perbezaan asal usul.
Namun nasib tidak menyebelahi Ira untuk membesar dengan orang tuanya kerana mereka telah dibunuh pada ketika Ira berusia 12 tahun. Ira kemudian dibesarkan oleh atoknya sehingga lah dia berjaya mewarisi syarikat papanya hari ini.
Lamunan Ira terhenti apabila dia terasa tangannya basah, dia melihat tangannya dan baru sedar yang dia menangis secara tidak sedar mengenangkan orang tuanya.
'Ma, pa, you must have been proud of me of who I am today', Ira tersenyum tawar membisikkan ayat itu.
Air coklat panasnya dihirup sebelum alat kawalan jauh TV dicapai.
Memandangkan semua kertas kerjanya sudah siap semasa di pejabat tadi, Ira bercadang untuk merehatkan dirinya sambil menonton drama pada malam itu.
YOU ARE READING
Mr Sweet-talker vs Ms Heartless
RomanceTengku Junaidi adalah seorang lelaki yang berpengaruh besar dalam dunia korporat. Berbagai projek telah berjaya diusahakannya dan banyak orang-orang berpangkat tinggi telah berurusan denganya serta percaya akan kebolehannya. Sangat berdedikasi dan...