"Apa yang aku nak kena buat ni? Ugh.."
Namjoon kehulur-kehilir, memegang kepala, tidak ubah seperti seekor ibu kucing mencari anaknya.
Sudah hampir 2 minggu Gaeyoung sudah tidak datang ke nurseri ini lagi. Semuanya berlaku selepas Namjoon keluar dan berjumpa dengan wanita itu, Namjoon dengan dia mula menjadi rapat.
Namjoon sudah menjadi gelisah.
Aku terbuat silap ke?
Perbualan 2 minggu lalu diantara mereka berdua, mula bermain dikotak fikirannya semula.
"Kau cuba nak melarikan diri dari aku. Kenapa?" Namjoon menggelengkan kepala, menafikan kenyataan yang benar lagikan betul.
"Habis tu? Kenapa selalu elak dari aku? Kau dah jumpa wanita lain?"
"Bukan--"
"Kalau kau dah ada orang lain pun, aku tetap akan kejar kau. I told you when we first met, you're mine." Ujar Gaeyoung, kali ini dengan nada ton suara yang possessive.
Nafas berat dihela. Memang benar wanita itu takkan berhenti kejarkan Namjoon apatah lagi lepaskan dia kepada orang lain.
"Gaeyoung. Berhenti seksa diri sendiri. Awak tak nampak ke eomma hanya gunakan awak untuk mendapatkan duit?" Namjoon mula bersuara.
Gaeyoung tersenyum suka.
"Kalau itu saja cara untuk mendapatkan kau, aku sanggup beri semua duit aku. You're more worth it than all the money I've saved."
Suasana didalam kedai itu mula berlalu sunyi. Apabila perasan yang Namjoon sudah mula tidak bersuara, Gaeyoung mula mendekati tubuh lelaki itu.
Lengan besar Namjoon dirangkul kemas.
"Joon, it's okay. Kita boleh menjayakan hubungan ni. Seperti dalam lagu kanak-kanak tu. I love you, you love me, we can be a happy family!" Pujuk Gayoung tapi kali ini dengan gaya kebudak-budakan.
"Noona takkan suka awak--"
Lengan besar Namjoon terus dilepaskan. Sempat dia mendecit mendengar ayat Namjoon sebelum kedua belah tangannya mula memeluk pinggang Namjoon.
"Tsk. Siapa kisah fasal dia? Saya nak kahwin dengan adik lelaki dia, bukan dengan dia." Bisik Gaeyoung sambil menyorokkan kepalanya di dada sasa Namjoon.
Namjoon tertawa perlahan, sungguh pandai wanita dihadapan ini menjawab. Apabila perasan Namjoon ketawa pada ayatnya, pinggang Namjoon yang dipeluk erat terus dilepaskan.
"Namjoon, nal bwa. Awak ada dua pilihan." Wajah Namjoon ditarik menghadap wajahnya.
Namjoon sudah terkebil-kebil, tidak faham dengan maksud Gaeyoung. Pilihan apa pula ni?
Gaeyoung mula menjauhi tubuh Namjoon, dua jarinya diangkat tinggi.
"Marry me or die."
YOU ARE READING
Bonsai: Favorite Customer | Namu
Fanfiction"Orkid Cattleya ni pun jual ke?" "Ya." "Ros jepun ni juga?" "Ya.." "Kalau yang ini?" soal wanita itu, sambil menunding jari pada Kim Namjoon. "Pardon?" Copyright © 2021 by pottaetto | COMPLETED