Baru saja kaki mahu bergerak mendekati wanita itu, tapi niatnya terbantut saat namanya dipanggil seseorang.
"Joon?"
Namjoon pantas berpaling kebelakang, hanya untuk melihat wanita yang dicarinya kini sedang selesa memakai baju tidur Spongebob, rambut kusut masai, dan muka masam seakan baru saja bangun dari tidur.
"Namjoon?" Namjoon sudah terkebil-kebil. Gaeyoung yang perasan akan perubahan atmosfera dan mata-mata yang kini melihat drama tidak berbayar mereka di dalam ruang tamu rumah itu itu, terus ada niat untuk menarik Namjoon keluar dari rumah itu bersamanya.
Lebih mudah, bincang secara peribadi. Ada privasi.
Baru saja ingin menarik lengan Namjoon, niatnya terus terbatal saat Namjoon tiba-tiba melutut dihadapannya.
YOU ARE READING
Bonsai: Favorite Customer | Namu
Hayran Kurgu"Orkid Cattleya ni pun jual ke?" "Ya." "Ros jepun ni juga?" "Ya.." "Kalau yang ini?" soal wanita itu, sambil menunding jari pada Kim Namjoon. "Pardon?" Copyright © 2021 by pottaetto | COMPLETED