Bab 7

3K 254 16
                                    

DHIA AIRISYA menyelimutkan tubuhnya sehingga paras ke kepala. Seharian suntuk hari ini dia dibebel. Sudahlah masuk bilik kena bebel dengan Emir Adden Fattah pula. Kesian akan telinganya yang terpaksa menadah sahaja bebelan keluarganya. Kakinya yang agak teruk terseliuh turut dikesian kerana terpaksa menanggung sikapnya yang keras kepala.

"Nasib sebelah je. Kalau kedua-dua belah? Berkerusi roda lah kau"

Dhia Airisya mengetap bibirnya. Tidak habis-habis Emir Adden Fattah memberikan ceramah percuma padanya. Dari tadi lelaki itu ingin cari pasal dengannya. Dia pula hanya diam, malas nak menjawab apa-apa. Tahu dia penat? Penat kerana menangis dari tadi di sebalik selimut itu.

Tak sangka yang kaki terseliuh pun sakit juga ye. Sudahlah nak jalan pun susah.

Ishh kalau dia tahu dia tak buat dah macam tu.

"Nasib baik aku sempat tarik kau. Kalau tak kau tu dah ada kat hospital dah sekarang. Terlantar kat situ. Nak sangat bunuh diri kan?"

Pegangan pada selimut semakin dieratkan. Ya, dia mengaku semua salahnya. Dah nak jadi nak buat macam mana? Nasi sudah jadi bubur. Kakinya pun dah selamat lebam. Nasib sekadar lebam dan tak ada patah kat mana-mana.

"Kau dengar tak aku cakap ni? Lepasni kau nak buat apa pulak? Terjun bangunan sebab protes aku pergi kerja?"

Dhia Airisya menahan sabar. Bila agaknya suami itu mahu habis berleter? Telinga dia dah tak sanggup nak mendengar dah ni.

"Woi"

Selimutnya yang ditarik itu sehingga mendedahkan separuh badannya membuatkan dia bengang. Dia bangun daripada baring lalu memandang Emir Adden Fattah.

"Saya minta maaf. Saya janji tak buat lagi" tuturnya perlahan dengan kepala ditundukkan. Tidak berani berlawan mata dengan Emir Adden Fattah yang kelihatan sangat berapi itu. Air matanya yang sedari tadi mengalir dikesat kasar.

Bang

Bunyi hentakan pintu bilik membuatkan bahu Dhia Airisya terhinjut. Kepala didongak memandang bayang suami yang sudah keluar. Bibirnya digigit. Marah sangat ke suaminya itu?

SUDAH hampir seminggu sejak kejadian kakinya yang lebam itu, sampai kini Emir Adden Fattah masih tidak taknak bercakap dengannya. Nampak muka dia je mengelak walaupun mereka duduk sebumbung. Penat dia mencari jalan untuk memujuk suaminya itu.

Baru je kahwin tapi dah gaduh.

Kalau macam ni, dia rela dibebel oleh Emir Adden Fattah sampai ke esok pun tak apa daripada dipalau oleh suami sendiri. Sakit dipalau suami sendiri terasa sehingga ke lubuk hati. Sakit lagi dipalau berbanding sakit kakinya itu.

Dhia Airisya menghela keluhan kecil. Dia hanya memandang dari jauh Emir Adden Fattah yang sedang menghadap laptop di luar rumah. Sejak daripada kena bebel, suaminya itu tidak lagi keluar pergi bekerja dan hanya bekerja dari rumah.

Langkahnya diatur perlahan-lahan ke dapur. Nasib ada tongkat yang dapat membantunya berjalan. Nak diharapkan suami memang tak la. Suaminya itu sudahlah masih marah dengannya.

"Yee Icha nak apa?" Soal Kak Siti yang merupakan ketua pembantu bibik rumah parents angkatnya. Dhia Airisya berjalan menghampiri Kak Siti yang sudah berumur 40-an tahun. Kata ibu angkatnya, Kak Siti merupakan bibik yang paling lama sekali bekerja di rumah ini.

"Tuangkan susu dalam gelas"

"Okay"

Dilabuhkan punggung di kitchen island. Dhia Airisya hanya memerhati sahaja gelagat Kak Siti yang menuangkan susu full cream Dutch Lady ke dalam gelas. Setelah itu diberikan kepadanya.

[ C ] Asmara Bulan EMIRDHIAWhere stories live. Discover now