Bab 30

2.4K 195 28
                                    

DHIA AIRISYA menggosok tangannya laju. Ditiup dari mulutnya untuk menghangatkan tangannya yang sejuk macam nak beku dah. Ya Allah sejuk nak mampus kat Korea! Walaupun dia dah memakai sweater yang agak tebal tapi dia masih rasa sejuk! Agak-agak berapa darjah celcius cuaca sekarang kat sini?

Kelakuan Dhia Airisya membuatkan Emir Adden Fattah tersenyum kecil. Tangan Dhia Airisya dipegang membuatkan Dhia Airisya tersentak kecil. "Come here" tangan Dhia Airisya ditarik lantas dia memeluk Dhia Airisya dari belakang. Tangannya menggengam erat tangan Dhia Airisya lalu dimasukkan ke dalam poket sweater Dhia Airisya.

"Abang malulah orang tengok" tutur Dhia Airisya malu apabila beberapa orang yang lalu lalang di depan airport Incheon melihat mereka pelik.

"Don't think about the others perspective. Biarkan je mereka" tutur Emir Adden Fattah tenang dan dengan selamba dia mencium pipi Dhia Airisya.

"Abang!"

Emir Adden Fattah ketawa kecil melihat muka cemberut Dhia Airisya. Pelukan dikemaskan apabila dia juga merasa semakin sejuk. Kereta Hyundai Sonata yang berwarna biru berhenti di depan mereka mengalihkan padangan mereka Terjongol satu kepala lelaki melalui tingkap kereta yang diturunkan. Tersengih lelaki itu membalas renungan tajam dari Emir Adden Fattah.

"Micheosseo? Oro jugeuragoyo?! (Are you crazy? You want us to freeze to death?" Bentak Emir Adden Fattah pada Hae Sung. Boleh pula ambil dia dengan Dhia Airisya lambat. Dia dah pesan awal-awal dah datang sini sejam sebelum dia sampai. Kalau dia tahu Hae Sung datang lambat baik dia suruh orang lain ambil mereka.

"Mianhae. Do palli deuroolkkeyo.( I'm sorry Faster comes in.)" tersengih sekali lagi Hae Sung. Dilemparkan senyuman manis kepada Dhia Airisya yang memandang mereka berbual. Berkerut dahi Dhia Airisya yang sudah semestinya tidak faham apa yang mereka bualkan.

"Jimeul sittta. (Put our luggage)"

"Nega? Honja hae (Me? Do it by yourself)"

"Neo jugullae? (You wish to die?)"

Hae Sung ketawa berdekah melihat reaksi Emir Adden Fattah. Dia turun dari kereta mendekati sepupunya dan isteri sepupunya. Pintu belakang dibuka lalu dia mempersilakan Dhia Airisya untuk masuk ke dalam kereta. Renungan tajam oleh Emir Adden Fattah dibiarkan.

"Come, Airisya. I will handle your beloved husband"

Dhia Airisya tersenyum kecil kepada lelaki yang membuka pintu untuknya itu. Entah namanya apa, mereka masih belum berkenalan. Dia memandang Emir Adden Fattah yang muka cemberut itu. Ketawanya ditahan lalu dia masuk ke dalam kereta.

"Honja hae. Aratjji nan ne namjaga aniya. Buekk (Do it by yourself okay? I'm not your man.)" sempat Hae Sung menjelirkan lidah kepada Emir Adden Fattah sebelum berlari ke tempat pemandu semula meninggalkan Emir Adden Fattah yang masih tercegat bersama luggage.

"Shibal"

Bonet kereta dibuka lalu dia meletakkan luggagenya dan luggage Dhia Airisya dengan geram. Sempat mulutnya terkumat-kamit mengata Hae Sung. Kalau dia tahu jadi macam ni baik dia suruh orang upahannya untuk ambil mereka kat airport. Silap betul balik tak bagitahu harabeojinya. Kalau tak kereta dah berderet datang menjemputnya kat airport.

Jangan dikata luggage tak perlu diletak sendiri ke dalam bonet, nak masuk kereta pun confirm pasang red carpet sepanjang laluan tu. Lagi-lagi dia bawa balik cucu menantu harabeojinya itu. Mahu terbeliak nanti mata mereka semua.

"Boleh pun buat." Ujar Hae Sung yang sedikit fasih berbahasa Melayu.

"Jugyoborilgoya, shibal. (I will kill you)" pintu kereta ditutup kuat. Hae Sung seronok ketawakan sepupunya itu begitu juga Dhia Airisya. Walaupun tidak faham apa yang dikatakan oleh mereka, tapi dia faham apa yang berlaku. Dhia Airisya yang turut ketawakan dia makin memarakkan api yang ada dalam badannya. Sejak bila mereka berdua ni jadi satu geng?

[ C ] Asmara Bulan EMIRDHIAWhere stories live. Discover now