Bab 10

3.1K 256 23
                                    

CCTV yang memaparkan Dhia Airisya sedang berlatih self defence bersama Michaela dipandang dengan punuh minat melalui laptop ribanya. Sudah 2 minggu isterinya mempelajari seni mempertahankan diri. Boleh dia katakan yang Dhia Airisya seorang cepat belajar.

"Woi usya isteri lah tu"

Emir Adden Fattah memberi renungan tajam pada Razul yang berdiri di depannya itu. Entah bila masuk. Razul baru sahaja semalam tiba di Malaysia. Kepalanya digeleng-geleng memandang Razul yang selamba menghampiri sofa lalu duduk di sofa officenya itu. Sudah la masuk tak bagi salam lepastu main terjah orang.

"Bro kau dah bagitahu ke kat wife kau?"

Emir Adden Fattah memandang semula screen laptopnya yang memaparkan Dhia Airisya sedang berlatih. Helaan nafas dilepaskan sebelum dia memandang Razul semula. "Belum" tuturnya lalu menyandarkan belakang badannya pada kerusinya yang empuk itu.

"Esok dah bro nak bertolak."

"Nantilah aku bagitahu dia"

Razul menggelengkan kepalanya. Nak bagitahu tentang itu pun susah. Bagitahu je lah bukannya dia suruh Emir Adden Fattah ajak perang dengan isterinya.

"Alex macam mana? Kau dah dapat kesan lokasi dia?" Soalnya mengubah topik mereka. Malas dia mahu berbahas tentangnya dan juga Dhia Airisya. Pandai-pandailah dia bagitahu pada Dhia Airisya nanti.

"Still no. Pandai betul dia menyorok. Bro aku ada idea"

Razul tersenyum penuh makna memandang Emir Adden Fattah sambil keningnya dijongket-jongket. Dia dah lama fikirkan idea ini tapi tak tahu lah Emir Adden Fattah akan setuju atau pun tidak.

"What?"

"Kita gunakan Airisya as a bait untuk tangkap Alex" tuturnya dengan nada mendatar.

"Hell no! Kau gila ke? Alex tu berbahaya." Bantahnya kuat tidak setuju dengan idea gila Razul. Memang tidak akan sesekali dia jadikan Dhia Airisya sebagai umpan untuk menangkap Alex. Masih banyak lagi rancangan lain yang boleh dilakukan. Kenapa rancangan itu juga yang Razul tuturkan?

"Aku bagi idea je. Tak payah lah marah-marah"

Emir Adden Fattah menjeling tajam Razul. Mana dia tak marah kalau rancangan yang difikirkan oleh Razul itu akan membahayakan Dhia Airisya?

"Saya setuju dengan Zul"

Emir Adden Fattah dan Razul berpaling memandang pada seorang perempuan yang berdiri di muka pintu. Terlihat Dhia Airisya sedang berdiri di muka pintu officenya. Emir Adden Fattah bangun daripada kerusinya dengan bengang. Tangan dicekak di pinggang memandang bandar Kuala Lumpur yang gah itu.

"No aku takkan benarkan"

"Alaa awak lagi cepat awak tangkap Alex lagi bagus kan?" Tutur Dhia Airisya untuk menyakinkan Emir Adden Fattah. Dia rela kalau dia digunakan sebagai umpan untuk menangkap Alex. Kalau itu boleh membuatkan Alex ditangkap dengan cepat, lagi dia senang hati.

"But not use you as a bait, Airisya" bangkang Emir Adden Fattah.

Dhia Airisya menghela nafas panjang. Dihampiri Emir Adden Fattah yang tampak sangat berapi itu. Tangannya meraih tangan Emir Adden Fattah. Renungan tajam Emir Adden Fattah dibalas dengan renungan lembutnya.

"Saya belajar self defence sebab saya nak tolong awak n please give me a chance to help you. At least, there is something that i can do for you" tutur Dhia Airisya lembut cuba menghapuskan api yang ada dalam badan Emir Adden Fattah. Senyuman diukirkan pada bibirnya. Dia bukan sewenang-wenangnya belajar self defence, tapi dia setuju untuk belajar sebab dia nak tolong Emir Adden Fattah. Tolong Emir Adden Fattah untuk tangkap Alex

[ C ] Asmara Bulan EMIRDHIAWhere stories live. Discover now