eps - 8 : Apa Jadi? {Pt. 1}

362 33 14
                                    

Pukul 12.45

Diorang sampai kat tujuan yang dituju, lepastu diorang langsung turun dari jet.

Boboiboy dan kawan - kawan dia turun dari jet diikuti Rizwan dari belakang tanpa ada yang berminat tuk bercakap.

Boboiboy melihat rumah Aunty Syah yang masih sama persis macam kali terakhir dia ada kat sini.

Rupanya rumah ni tak berubah.

Entah berapa saat dia berdiri kat situ, tanpa sedar kawan - kawan dia dah berjalan lagi dahulu.

Lepas sedar dirinya tertinggal dia pon langsung berjalan mengikuti kawan - kawan dia yang dah semakin dekat ngan rumah tu. Setiap langkah membuat jantungnya semakin berdetak laju, rasa nak copot ke jantung ni?

Rizwan yang berada di paling depan berjalan mendekati pintu rumah lalu mengeluarkan sebuah gadget MATA untuk membuka pintu tu.

Selepas pintu tu terbuka diorang pon masuk kat dalam rumah kecuali Boboiboy. "Oi oi kenapa dia tak buka pintu tu ngan kunci je? Apasal guna alat pulak" Bisik Gopal pada Fang.

"Ish mane aku tau, kau tanyalah sendiri" 

Gopal menggeleng. "Tak nak ah! Kau jelah!!" 

Fang tak setuju. "Asal aku pulak? Kau yang bagi soalan asal aku yang tanya?"

Rizwan yang berdiri tak jauh dari diorang menjeling. "Tu sebab korang datang tak diundang" 

Memanglah tak diundang, tak diundang oleh pemilik rumah maksudnya.

Lepas diorang semua dah masuk Rizwan mula menatap Ejen Elemental yang masih menjadi patung kat luar rumah.

Rizwan mengangkat kening dia lepastu terus datang menyapa Boboiboy.

Boboiboy terdiam. Dia rasa berat sangat nak injakan kaki kat dalam rumah tu.

Dah lama dia tak datang kat sini, jantung pon dah berdetak semakin laju dia pon dah mula rasa panic. Dah mula overthingking lah tu.

Apa yang patut dia buat bila tiba - tiba adik dia teringat masa - masa kelam tu? Apa yang patut dia buat bila berjumpa ngan Aunty Syah kat sini?!?

Dia menggigit bawah bibir dia. Rasanya dia dah buat keputusan yang salah.

"Kau oke?" Soal Rizwan tetiba ada disampingnya. Tapi memang tak akan dijawab oleh dirinya.

Melihat Boboiboy yang nampak tak perduli ngan kehadiran dia membuat Rizwan mengeluh.

"Rileks je tak payah nak overthinking" kata Rizwan tepat sasaran.

"Tak payah nak risau, adik kau dah selesai dari masa penyembuhan dia" sambung Rizwan membuat hati Boboiboy lega sikit.

"Aunty kau pon takde kat sini, dia ada urusan kat negara tetangga untuk beberapa saat" sambungnya lagi.

Mungkin sebab tu dia datang berjumpa Tok Aba. Nak pamit rupanya.

Tapi kemudian dia berasa pelik. 

Macam mana dia boleh tau pasal semua ni? Boboiboy tau Rizwan ni Ejen MATA, suatu Agency yang dapat menyerap info begitu cepat. Tapi dia rasa janggal sikit.

Bukan ke Aunty Syah dah halang MATA dari mengakses info tentang kehidupan diorang? Apatah lagi Aunty Syah dah tak pernah lagi berhubungan ngan MATA, jadi macam mana Rizwan boleh tau?

Tiba - tiba suatu fikiran dengan tanda tanya terbesar muncul kat kepala dia.

Kemudian lelaki tu menggelengkan kepala dia.

Little Sister {EA and BBB fanfiction}Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang