prologue

75 15 4
                                    

-happy reading and ABAIKAN TYPO

PLAKK

Suasana di rumah besar itu yang awal nya riuh dengan bunyi teriakkan serta merta hening. Para pembantu rumah yang menyaksikan drama percuma keluarga Park itu terdiam. Terkejut dengan tindakan Tuan mereka. Padahal mereka melihat apa yang sebenarnya terjadi.

Heebin terkaku. Pipinya terasa hangat dan begitu perih. Memang, Jay memang selalu sampai tangan tapi tidak pernah sesakit ini!

Perlahan air mata menitis jatuh. Wajah merah padam Jay dilirik dari ekor mata.

"Apa salah saya? Kenapa awak tampar saya?" Nada Heebin masih melembut. Sama seperti selalu.

Dia terlalu tidak sampai hati untuk sekadar tinggi suara.

"Kau tanya aku? DAH JELAS-JELAS KAU TOLAK HAEUN DAN LEPASTU TANYA APA SALAH KAU PULA?!!" Jay kembali menengking. Tidak peduli sama sekali jika banyak yang melihat.

"SAYA TAK TOLAK DIA JAY! DIA YANG JATUH SENDIRI!!"

"Baby, dia tipu tu. Tadi dia tolak I, sakit tau tangan I calar" Haeun kembali berdrama. Tangan yang sedikit terluka itu ditunjuk disertakan wajah yang seakan ingin menangis.

Jay yang melihat tangan Haeun yang mengeluarkan darah langsung laju mendekat ke arah Heebin. Rambut panjang hitam berombak milik Heebin ditarik.

"HEY PEREMPUAN! AKU TERIMA KAU JADI ISTERI AKU SEBAB ORANG TUA KAU YANG TAK GUNA TU!! KAU TAKDA HAK NAK SAKITKAN PEREMPUAN YANG AKU SAYANG! KAU CUMA PEREMPUAN YANG COVER HIDUP AKU! TAK JAUH BEZA DENGAN ALAS MEJA! TAK BERGUNA LANGSUNG!!" Setiap perkataan ditekan dalam. Sengaja menyebut kembali status Heebin di rumah itu.

Heebin kesakitan. Sebelah tangan memegang tangan Jay yang mencengkam kuat rambutnya. Sakit sampai kulit kepala rasa macam mahu tercabut sama. Tapi tidak boleh dibandingkan dengan hatinya yang terluka parah.

Siapa tidak patah hati bila disebut sebegitu oleh suami sendiri? Jika dia tidak mencintai Jay sesungguh nya mungkin perasaan nya tidak sesakit itu. Namun sayang, hatinya terlalu dalam untuk Park Jongseong.

Dia dihina, dimaki, dipukul tanpa belas kasih tapi tetap sabar. Kerana Heebin tahu bahawa Jay adalah syurganya. Lelaki yang ia yakini untuk memimpin nya sehingga ke syurga.

Seteruk apapun Jay dia tetap lelaki yang bergelar suami untuk Yoon Heebin. Dan Heebin menerima Jay apa adanya.

"Saya minta maaf Jay, tolonglah lepaskan rambut saya. Sakit Jay" lirih Heebin dengan isakan. Sumpah, dia tidak berbohong.

Para pembantu rumah yang melihat itu hanya mampu simpati pada Puan mereka. Jay memang melampau tapi apa yang mampu mereka lakukan?

"Sakit herm? Rasanya ini belum cukup menyakitkan. Mari aku tunjuk pada kau macam mana rasa sakit yang sebenar"

Heebin diseret dalam posisi Jay yang masih mencengkam erat rambutnya. Heebin terpaksa akur, jika dia memberontak mungkin kepalanya akan benar-benar botak tengah.

Dalam tangisan Heebin mengikut langkah kaki si suami yang entah kemana membawa nya pergi.

Tanpa alas kaki atau jaket tebal, Heebin diseret ke luar rumah lalu menuju ke pagar besar.

Tanpa perasaan tubuh kecil yang masih berbekas lebam tempoh hari dilempar keluar.

"Kau duduk dekat situ sampai pagi esok. Jangan berani minta maid buka pintu!" Tanpa buang waktu, Jay langsung menutup pagar automatik itu, membiarkan si isteri meringkuk di luar dalam cuaca yang begitu sejuk.

Heebin langsung menangis. Tubuh nya menggigil, dia kesejukan. Sudahlah dia memakai gaun putih tipis.

Bukankah setidaknya Jay memberi nya kasut?

Setiap teriakan nya memanggil Jay tidak pernah dipedulikan. Seakan jeritan dan rayuan Heebin hanya angin lalu. Lelaki itu pergi dengan damai ke dalam rumah untuk kembali bersama buah hatinya selepas berlaku kejam pada isteri sendiri.

Hati Nurani Park Jongseong sudah tidak ada. Atau mungkin lelaki itu lahir tanpa hati Nurani.

Tiada apa yang Heebin mampu lakukan selain berdoa pada Tuhan.

'Ya Tuhan, selamatkan lah hamba MU ini. Jika mati adalah jalan terakhir untuk keluar dari segala kesakitan ini, maka hamba redha tapi tetap lah ampuni dosa suami ku ya Tuhan, aku mencintainya setulus hati'

Heebin duduk di sisi tembok. Kedua tangan nya memeluk tubuh, mencuba menghangatkan tubuh yang semakin hebat menggeletar.

Malam akan datang dan cuaca akan semakin sejuk. Mampu kah Heebin bertahan sampai esok pagi?

Saat mata hitam berkilau itu melihat sekeliling. Tiba-tiba saja matanya menangkap seorang kucing berbulu putih yang terlihat comot dan ingin melintasi jalan besar. Namun kucing terlihat seperti susah berjalan.

Heebin segera bangun dan berniat untuk mengambil anak kucing itu. Risau jika ada kereta yang lalu dan melanggar tubuh kecil itu.

Dengan perlahan Heebin melangkah sambil mata melihat kiri kanan.

Kucing itu diambil dan dipeluk erat. Sekali lagi iris hitam itu menangkap sesuatu. Dahi Heebin berkerut.

"Aigoo kasihan nya kamu. Siapa yang sanggup luka kan kaki haiwan secomel kamu?" Hati kecil Heebin merasa hiba melihat haiwan yang bermata bulat itu terluka.

Pasti sakit, detik hati Heebin.

Baru saja Heebin mahu melangkah, bunyi hon yang begitu kuat mengejutkan dirinya. Refleks tubuh itu berbalik.

Mata Heebin membulat, sebuah kereta hitam melaju ke arahnya sambil terus menekan hon.

Dengan detak jantung yang semakin melaju, gadis itu melempar sekuat tenaga kucing tadi ke tanah seberang tanpa dirinya berganjak sedikit pun. Seolah dia redha dengan takdir saat ini. Mungkin Tuhan mendengar doa nya barusan.

Kereta itu semakin mendekat sehingga—

BRUKK!

Tubuh kecil itu terpelanting dengan kuat bertentangan dengan kereta itu. Sehingga tubuhnya bergeseran dengan jalan tar, terseret agak jauh dari kediaman suaminya.

Pandangan Heebin kabur tapi dia sempat mendengar suara seseorang menjerit namanya. Tubuhnya terasa sangat remuk dan hancur.

Darah mengalir deras, dari mulut dan kepala Heebin yang terhantuk sangat kuat. Perlahan bibir itu tersenyum tatkala bayangan Jay berlari ke arahnya.

Setidaknya dia masih melihat Jay di saat akhir nafasnya walau mungkin Jay bahagia melihatnya begini.

'Semoga bahagia Jongseong, aku mencintai mu', air mata menitis jatuh sambil perlahan kelopak mata itu tertutup rapat.

Dia bahagia meninggalkan kesakitan yang sudah dia rasai selama 3 tahun namun tetap terbit perasaan sedih, dia harus meninggalkan cinta hatinya. Selamanya.

- end prologue -

Hi! Ini adalah kisah Jay dan Heebin, hampir semua watak di cerita the worst satu lagi memang ada di sini cuma peranan mereka lain-lain. Ini edisi baru, saya ubah hampir keseluruhan jalan cerita namun ending nya akan tetap sama dengan kisah lama. So stay tune!

THE WORST [ NEW EDITION ]Where stories live. Discover now