02: She's a Different Person

46 14 2
                                    

-happy reading and ABAIKAN TYPO-
.
.
.
.
Langkah kaki dibuka laju, mencari sekujur tubuh yang tidak dilihat nya  semenjak bangun tidur. Resah. Itu adalah sebuah ungkapan untuk suasana hati nya saat ini.

Terbuka saja sepasang mata itu, tiada sesiapa lagi di samping. Hanya dirinya yang ditinggalkan dalam keadaan tubuh dibalut selimut.

Seorang pembantu rumah mendekat tatkala melihat si tuan yang menurun tangga dengan langkah cepat, seakan mencari sesuatu.

"Tuan Jake, apa yang tuan cari?" Jake menoleh.

"Bibi Sora! Bibi ada nampak Dyra? Saya tak jumpa dia di tingkat atas, call pun tak dapat"

Bibi Sora tersenyum melihat raut Jake yang tampak begitu cemas dan risau. Baru sekejap wanita bernama Dyra itu keluar tapi tingkah Jake seolah Dyra menghilang diculik orang.

"Bibi kenapa senyum saja ni? Mana Dyra? Bibi tahu dia kemana?"

Hening. Tiada jawapan dari bibi Sora.

Jake mengeluh kesal lalu kembali ke tingkat atas, meninggalkan bibi Sora di tangga.

Belum lama, Jake kembali lagi bersama telefon bimbit, tak lupa dengan raut wajah yang masih cemas. Nombor seseorang didail lalu telefon dilekap kemas pada telinga.

"Helo Tuan?"

"Tolong cari bu—" belum sempat Jake menjawab, iris hitam itu menangkap figura seorang gadis yang baru melangkah ke dalam mansion.

Dyra.

"Erm, Tuan—ppip!" Tanpa basa basi, Jake langsung mematikan panggilan secara sepihak.

Dengan langkah seribu, lelaki berhidung mancung itu menerpa ke arah Dyra yang sedang kesusahan membuka kasut tumit bertali nya. Didekap erat lalu dikucup sayang.

Rasa cemas dan risau nya bagai hilang dibawa deruan angin.

Dyra yang dipeluk dengan penuh tiba-tiba, berkerut, hairan.

"Jake, are you okay?" Dyra berbisik pelan.

"Kemana awak pergi? Saya bangun tidur je tak nampak awak. Saya ingat awak kena culik dengan bunian, hampir nak laporkan awak hilang dekat detektif Taehyun" Jake menjawab dalam keadaan yang masih memeluk Dyra.

Perlahan suara kekehan terdengar. Dyra melepas pelukan hangat Jake sebelum kedua pipi Jake ditangkup.

"Jake sayang, saya takkan hilang lah. Tadi saya keluar jalan-jalan sekejap. Tak pergi manapun, so don't worry babe, I love you" pipi Jake dikucup laju.

Hal itu membuat Jake menarik senyum lebar. Walau sederhana, namun cukup membuat hatinya menghangat.

Dyra.

Gadis itu ibarat nama nya. Rumah dan hati. Dia ialah rumah dan hati bagi Jake. Gadis yang tiba-tiba hadir dan mengisi kekosongan di hati. Gadis yang menjadi rumah disaat dia merasakan dunia berlaku tidak adil.

"Tak cukup!"

Alis kiri Dyra meninggi. "Apa yang tak cukup?"

"Kiss me more and here princess, on my lips" Jake menjilat bibirnya nakal. Membuat Dyra seketika meremang.

"Hey, don't be silly! and now please take a bath!" Dyra melepas kan tangannya dan berura-ura mahu ke dapur.

Namun belum sampai dua langkah, Jake kembali memeluk nya dari belakang. Jelas saja Dyra terkejut, sudahlah bibi Sora melihat adegan mereka dengan senyuman yang sukar diteka.

"Hey! Jangan peluk saya, dahlah belum mandi. Nanti melekat bau busuk awak dekat saya"

Jake terkekeh. Dengan laju, tubuh ramping itu dipusing dan tanpa dijangka, bibir Dyra dikucup pantas sebelum dia berlari ke tingkat atas. Meninggalkan Dyra yang sudah memerah di tempatnya. Kalau dia masih menunggu di situ, pasti telinganya akan ditarik.

Dyra menatap ke arah bibi Sora lalu menghadiahkan senyum janggal. Bibi Sora sekadar menggeleng dan berlalu ke dapur.

Dyra menyusul, kebetulan dia berniat mahu membuat sarapan hari ini.

"Erm bibi?" Panggil Dyra setelah berdiri tepat di samping bibi Sora yang masih fokus memotong sayur.

"Ya Dyra?"

"Boleh tak bibi rahsiakan pasal tadi? Jangan beritahu dekat mommy and daddy"

Bibi tersenyum lalu melirik Dyra sekilas. "Dyra jangan lah risau. Bibi dah biasa tengok Dyra dengan Jake bertingkah macam tu, tapi bukankah family Dyra dengan Jake dah biasa dengan semua ni?"

"Actually dah, tapi still juga malu lah bibi"

Bibi Sora hanya terkekeh. Diikuti tawa malu dari Dyra.

"Bibi suka tengok Jake dengan Dyra. Bahagia je selalu walau banyak masalah. Bibi doakan kamu berdua bahagia sampai syurga"

Dyra tersenyum lebar. Kepala diangguk yakin.

"Herm, tentu! Kami akan hidup bahagia dan bina keluarga besar" tangan Dyra ikut peranan. Mendepa lebar sambil membayangkan hubungan mereka di masa depan.

Sekali lagi bibi Sora tertawa. Semangat Dyra kali ini terasa sungguh besar.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"No! Saya cakap tak boleh, maksud nya tak boleh! Awak tak boleh membantah, full stop!" Tanpa menunggu balasan, Jay langsung mematikan panggilan sebelum telefon bimbit itu dibaling kasar ke atas meja.

"Erm itulah, dulu dah bagus-bagus ada isteri baik dan sopan, last-last perempuan yang bawa bala juga kau pilih. Itulah orang kata, karma" Jungwon tertawa kecil. Mengejek.

Jay menoleh. Adik tirinya itu sedang turun dari tangga membawa sindiran yang begitu menusuk.

Jay terdiam tatkala mereka saling bertatapan. Dingin dan tak berperasaan. Itulah apa yang Jay lihat dari sorot mata tajam milik lelaki 26 tahun itu.

"Jungwon, sudah nak ke universiti ke?" Puan Yang, ibu tiri Jay mendekat. Membuat kedua lelaki itu menoleh serentak.

Jungwon hanya sekadar berdehem lalu melangkah pergi tanpa berpamitan dengan kedua manusia itu.

"Jay sabar ya? Mungkin dia tertekan dengan assignment" Jay sekadar tersenyum menanggapi ucapan si ibu tiri.

Begitu lah Jungwon selama 2 tahun setelah kepergian kakak ipar tersayang. Bagi Jungwon kematian Heebin adalah salah terbesar yang Jay lakukan.

Kebencian nya pada Jay tidak ada hujung. Semua salah diletak pada bahu Jay tanpa pernah terfikir apa yang lelaki yang bergelar suami Heebin itu sendiri rasakan.

Ego. Ego yang berkuasa dari segala apapun didunia.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tuk! Tuk!

"Masuk"

Seseorang melangkah mendekati Jay yang masih fokus pada layar komputer. Bersama senyuman manis, dia menegur.

"Jay Hyung! Dia dah sampai!" Suno tersenyum lebar. Terlalu teruja untuk bertemu dengan seseorang yang akan berganding dengan nya dalam hal kerja.

Jay mendongak. "Sampai? Siapa?"

Langsung mati senyum Suno dan ditukar dengan putaran bebola mata, malas. "Model baru yang saya cakap haritu lah! Takkan hyung dah lupa?"

Jay mengangguk perlahan. "So dia dekat mana?"

Suno kembali tersenyum. "Luar! Hyung baca dulu dokumen ni sementara saya jemput dia!"

Tanpa menunggu lama, Suno berjalan keluar untuk memanggil seseorang.

Dokumen yang diletak kemas oleh Suno tadi digapai. Kertas diselak satu persatu.

"Kenapa tak ada gambar? Perempuan ni hodoh ke? Tapi nama dia sedap" gumam Jay perlahan. Kerutan di dahinya sebentar menghilang.

Pintu kembali terbuka dan terdengar jelas ditelinga Jay bunyi gelak tawa Suno dan seseorang. Pasti dia.

Jay bingkas bangun, mahu menyapa model yang dipindahkan ke syarikat nya. Butang kot dibutang sambil berjalan ke arah Suno.

"Selamat datang cik Dy—Heebin?"

Jay terdiam tatkala gadis tinggi itu menoleh, menatap tepat ke arah matanya. Apakah dia baru bermimpi bertemu dengan Heebin?

Jika ya, tolong jangan pernah bangunkan!
.
.
.
.
.
TBC

Korang rasa ni reinkanasi cinta ulang atau memang Heebin masih hidup?

votement juseyoo! ♥️

THE WORST [ NEW EDITION ]Where stories live. Discover now