01 : New Life

52 14 0
                                    

Kaca mata dibuka laju. Semakin lama dia meneliti fail-fail itu, rasanya Jay akan benar-benar juling. Tulisan kecil yang tersusun rapi di atas kertas putih itu membuat kepalanya pening.

Bahu disandar lelah. Baru setengah hari tapi terasa seakan sudah dua hari dia berkerja tanpa henti. Pelipis diurut perlahan sebelum keluhan kecil terdengar.

Tuk! Tuk!

Jay menoleh ke arah pintu kaca kamar kerjanya, melihat figura seseorang melangkah masuk.

"Jay, jom lunch sama" Lelaki tampan berambut red brown itu menyeluk poket sambil bibir menguntum senyum tipis.

Lee Heeseung, salah seorang pengarah di syarikat Jay sekaligus teman rapat lelaki itu.

Jay mengangguk kecil. Segala peralatan diatas meja disusun kembali.

Sambil menunggu, Heeseung meneliti sekeliling pejabat Jay. Lama sudah dia tidak ke situ. Tidak terlalu banyak perubahan.

Sedang asyik dia meneliti kamar itu sehingga mata nya jatuh ke arah sebingkai gambar di atas meja Jay.

Laju saja tangan panjang itu mencapainya.

"Heebin..." Gumam Heeseung. Iris hitam itu tidak lepas dari memandang sebingkai gambar wanita cantik yang dalam diam ia rindui kehadiran nya.

Jay mendongak tatkala mendengar Heeseung seakan berkata sesuatu.

"Ada apa Heeseung hyung?" Soalan itu menyentak Heeseung.

Dia melihat ke arah Jay yang sedari tadi menatapnya. Heeseung tersenyum kecil seraya meletak perlahan bingkai itu ke tempat nya kembali.

"Heebin...isteri kau tu sangat cantik, dia ibarat dewi bulan"

Jay melirik ke arah gambar Heebin. Lelaki itu menarik senyum tawar.

"Erm, dia sangat cantik, terlalu cantik sampai bidadari pun cemburu" Jay tertawa kecil namun terdengar begitu hiba di telinga Heeseung.

Lelaki itu tahu bahawa Jay masih dalam fasa patah hatinya.

Tangan Heeseung naik lalu menepuk perlahan bahu Jay. "Jay, jangan lah sedih, dah takdir macam ni apa lagi kita boleh buat kan? Doakan lah Heebin bahagia, ya?...Hyung tunggu di luar" Heeseung tersenyum lembut lalu melangkah ke luar.

Jika dia berlama disitu, yang ia dapatkan hanyalah suara tangisan Park Jongseong nantinya.

Jay masih diam. Iris hitam itu menatap lekat wajah si isteri. Hatinya benar-benar diruntun rasa sedih dengan beribu kesalan yang tidak boleh diungkapkan hanya dengan satu kata.

'Heebin, maaf kan aku'
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Hyung!" Jay tersentak tatkala Kim Suno menepuk kuat meja makan mereka. Langsung saja lelaki itu mendongak.

Jangankan Suno, Heeseung dan Sunghoon juga turut melihat ke arah dia dengan tatapan yang berbeza dan pastinya sulit ditafsirkan.

Suno mendengus, dia sedang asyik berbicara tapi Jay pula malah melamun. "Ya Suno, kenapa?"

"Hyung ni kenapa? Asyik termenung saja! Macam mayat hidup tahu?!" Suno memeluk tubuh. Dia sakit hati bila seseorang tidak fokus padanya.

Jay menggaru belakang tengkuk nya. Suasana seketika berubah janggal menurutnya apabila ketiga orang lelaki itu masih menatap nya.

"Tiada apa, memang nya Suno tengah cakap pasal apa?"

"Suno cakap pasal model baru dari Sydney yang akan tandatangan kontrak dengan kita lusa" Heeseung bersuara. Dia tahu sangat jika Suno yang kembali bersuara pasti lelaki itu akan sedikit menengking.

"Model baru?"

Heeseung mengangguk.

"Takkan kau tak tahu?" Sunghoon mengangkat tinggi alisnya.

Jay hanya menggeleng. "Aku baru masuk kerja manalah aku nak tahu"

Hening. Tiada sesiapa berbicara setelah itu. Hanya sekadar aksi saling berpandangan dan hal itu seakan menjemput angin kejanggalan antara mereka.

"Erghhh... Jay, boleh aku tanya sesuatu?" Sunghoon bersuara kembali. Mencuba mencairkan suasana.

Dan hanya dibalas anggukan kecil oleh Jay.

"Bila Haeun nak kembali lagi? Dah dua tahun kau hantar dia ke tempat orang selepas Heebin meninggal"

Tersentak. Jiwa raga lelaki itu seakan dihentam batu besar. Kenapa? Kenapa mesti topik itu yang Park Sunghoon utarakan saat ini.

"Erm, aku tak pasti...maybe Haeun akan duduk di sana untuk dua tahun lagi. Itu lagi baik untuk masa ini" Jay bernada setenang mungkin walau jantung nya kian berdetak hebat.

Dia harus kekal terlihat seperti Jay yang dulu. Jay yang keras kepala dan penuh keseriusan walau sejujurnya, diri nya benar-benar hancur selama dua tahun ini.

"Bro, aku harap kau tak hantar Haeun ke tempat orang untuk lampiaskan rasa marah kau. Kau sendiri tak percaya Heebin masa tu, pukul dia dan seret dia keluar rumah cuba sebab hal remeh. Lagipun, kalau Heebin tak kena langgar, aku yakin dia tetap akan mati kesejukan, yelah sampai pagi kan kau larang dia masuk. Bagus lah Heebin pergi, setidaknya tak adalah suami dia yang tak guna itu sakitkan dia lagi. Kau memang tak layak jadi suami Heebin, Jay. Kalau dulu aku tahu, tak akan pernah aku dengar pujuk rayu kau! Dasar sial tak tahu untung!" Sunghoon bingkas bangun usai berbicara. Meninggalkan mereka bertiga.

Kalau dia masih disitu dan melihat wajah menyedihkan Jay, dia benar-benar akan naik hantu. Selama dua tahun ini, Sunghoon masih bersabar. Itu pun kalau bukan Heeseung yang meminta dan memberi Jay peluang.

Sunghoon keluar dari restoran lalu berjalan sendirian. Sekadar ambil angin untuk menenangkan fikiran sebelum kembali menguras tenaga di pejabat.

Sedang asyik lelaki itu dengan fikiran nya sendiri, bahu nya terlanggar seseorang dengan agak keras sampai orang itu terjatuh.

Lantas lelaki itu menunduk, melihat seorang gadis bergaun merah tipis sedang menepis kotoran pada tangannya.

"Hey, are you okay?" Tanya Sunghoon risau. Tangan dihulur tepat di depan si gadis namun laju ditepis kasar.

"Tak payah lah!" Dengan pantas dia kembali berdiri menghadap lelaki yang kini memandang nya dengan mata yang kian membulat besar. Seakan lelaki itu melihat berlian yang tercicir di jalanan.

Dengan pantas tubuh kecil itu masuk ke dalam pelukan hangat Sunghoon sehingga membuatnya terkejut besar. Sekuat tenaga tubuh besar itu ditolak menjauh.

Dia cemberut seraya membetulkan kembali rambut coklat berombak nya. "Hey! Mata you tu jaga sikit eh! Tak pernah nampak perempuan ke? Dah lah peluk orang sebarangan! Dasar miang!" Herdik nya garang.

Serentak itu Sunghoon tersedar dari lamunan singkat nya. Dia terkejut. Kenapa gadis ini berbicara sangat kasar?

"Erghhh...maafkan saya cik" Sunghoon masih menatap lekat gadis itu. Dia seakan terpukau. Kenapa wajah itu sangat sempurna?

"Arghhhh!! Beg I calar! Ni semua salah you jantan! You tau tak beg ni hadiah dari future husband terchenta I? Direka khas oleh designer terkenal and now tercalar sebab you?! I nak you ganti balik!"

Perlahan bibir Sunghoon menarik senyum lebar. Comel dengan pipi nya memerah menahan amarah. Cuaca sedang sejuk namun menghangat hanya kerana gadis di depannya ini.

"Okay, berapa harga dia? Saya bayar balik" Sunghoon berura-ura mahu mengeluarkan dompet namun mendengar decihan gadis itu niat nya terbatal.

"Tak payahlah! Kalau you jual company pun belum tentu lunas!"

Sunghoon tertawa. "Wow, mahal sangat ke?"

"Tch, sudah lah, ketepi! Buang masa emas I je layan you!" Tubuh Sunghoon yang menghalang jalannya ditolak ke sisi.

Sunghoon masih tertawa kecil sambil melihat gadis itu berjalan pergi sambil menghentak kakinya geram.

Namun perlahan senyum itu memudar. Mata nya mula layu.

"Heebin..."
.
.
.
.
.
TBC

THE WORST [ NEW EDITION ]Where stories live. Discover now