03 : Can We Be a Friend?

48 15 1
                                    

-happy reading and ABAIKAN TYPO!
- jangan malas vote!
.
.
.
.
.

Dyra segera keluar sebaik saja selesai tandatangani kontrak selama setahun di syarikat itu.

Bukan kerana ada urusan mendadak namun pandangan boss barunya itu yang terlihat aneh menurutnya. Lelaki bernama Jay itu tidak henti melirik nya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

Ada kala, bulu roma nya merinding geli. Seram semacam.

Tertutup saja pintu lift, Dyra menghela nafas lega. Nasib hanya dia sahaja di lift saat ini.

Rambut lebat itu dikuak ke belakang. "Kenapa dia asyik pandang saya? Seksi sangat ke dress ni?"

Dyra melihat dirinya dari pantulan di dalam lift. Sambil tangan menyentuh dress hitam paras lutut. Tidak singkat tapi cukup ketat untuk memperlihatkan lekukan pada tubuh langsing itu.

Dyra hanya angkat bahu, mengabaikan segala fikiran negatif. Dia bakal berkerja lama dengan Jay, dia tak mahu menyimpulkan lelaki itu hanya dengan sekali imbasan.

Pintu lift terbuka. Sebaik saja Dyra melangkah keluar, ingatan nya teringat akan seseorang yang tadi datang bersamanya.

Perlahan, tangan cantik itu menepuk kening halus yang tertutup anak rambut.

Segera dia meraba ke dalam beg tangan dan menggapai telefon bimbit. Saat itu, sebuah pesanan ringkas muncul di layar skrin.

Jakey <3
Sayang, saya ada meeting mengejut sampai tak sempat cakap pada awak. Maaf tak dapat teman awak harini. Hati-hati balik kesayangan saya, I love you soon-to-be Mrs Shim <3

Dyra tersenyum lebar. Seketika perut nya bagai dipenuhi ribuan kupu-kupu. Soon-to-be Mrs Shim? Argh! Jake benar-benar membuatnya hanyut dalam keromantisan.

Jake benar-benar manis dan dia yakin pasti banyak wanita di luar sana yang iri akan dirinya yang bisa bersama lelaki seperti Jake.

"You're the most lucky person ever Dyra!" Dyra menjerit kecil. Terlalu teruja dengan kehidupannya.

Dyra berjalan perlahan sambil mengetik layar telefon. Membalas pesanan dari Jake lalu memberinya kata-kata semangat.

Terlalu asyik dengan dunia sendiri sampai gadis itu tidak sedar dengan sekeliling.

Brugh!

Seluruh fail yang dipegang oleh nya terlepas dan kertas-kertas kerja bertebaran di atas lantai. Dyra tersentak tatkala dia terlanggar seseorang dengan agak keras.

Refleks Dyra segera menunduk, mengutip kertas yang bertaburan di atas lantai bersama dengan orang itu. Berkali-kali bibir nya mengucap kata maaf.

Betullah kata orang, jangan terlalu bahagia nanti masalah datang!

Dyra bangkit bersama kertas di tangan lalu dihulur pada orang itu. Dia menunduk, malu atas kelalaian sendiri. "Maaf" cicit Dyra perlahan namun masih samar-samar kedengaran.

Dia tersenyum. "Tak sangka kita jumpa lagi"

Lantas Dyra mendongak. Suara itu benar-benar familiar. Untuk seketika dia terkaku. Tubuh nya seakan mengejang melihat seseorang di depannya saat ini.

Tampan. Dengan senyum yang hangat.

Namun imbasan di saat lalu membuat wajah Dyra berubah datar. Pujian yang ia lontarkan di dalam hati menghilang.

"Awak! Yang rosakkan beg mahal saya tu kan?" Dyra menunjuk garang pada Sunghoon membuat lelaki itu terkekeh.

Tadi, dari kejauhan dia melihat Dyra tersenyum seorang diri namun sekarang? Gadis itu malah menjadi sangat galak dan tidak bersahabat.

THE WORST [ NEW EDITION ]Where stories live. Discover now