8

6.7K 71 2
                                    

Zulaikha masih duduk sendirian di pejabatnya, termenung seketika. Kesihatannya sudah semakin pulih sedikit, walaupun pening-pening kepala tu masih ada lagi. Selera makan masih antara ada dengan tidak. Dia makan hanya untuk dapatkan tenaga, supaya tak lemah. Tu pun kadang-kadang tak menjadi, apa yang masuk dalam perut, ditolaknya keluar balik menjadi muntah.

Emosinya masih lagi terganggu. Fikirannya masih teringatkan Yusuf. Rindu pada lelaki itu begitu mencengkam jiwanya, sampai dia menitiskan air mata tatkala bersendirian.

Tiba waktu rehat disebelah tengahari, Zulaikha keluar dari pejabatnya. Dia berjalan ke arah sebuah taman riadah yang terletak di hadapan bangunan ibu pejabat Iskandariah Prime. Dicari sebuah bangku kosong, kemudian dia duduk sambil melihat orang berjalan, tersenyum melihat burung-burung berkicauan di antara kaki-kaki manusia.

Zulaikha mengambil sebungkusan makanan dari dalam beg kertas yang dibawanya. Diambil sekeping donut yang disalut dengan gula. Kemanisan gula tu dapat mengimbangi rasa air liurnya yang agak pahit, ditambah pula dengan tenaga kalori yang dia perlukan ketika ini. Sambil menguyah donut, dia meminum air kosong dari botol plastik kecil yang diisi semula dari pantry pejabatnya.

Sambil dia menguyah donut, Zulaikha duduk termenung mengenangkan kemelut masa hadapannya. Sesungguhnya dia tidak tahu bagaimana hendak menempuhi hari-hari esoknya. Sesungguhnya dia buntu.

Sambil dia mengelamun, tiba-tiba satu bauan indah menyusuk masuk ke dalam rongga hidungnya.

Jovan Musk.

Tetapi yang mengelorakan jiwanya bukan sekadar bau aftershave berjenama itu, tapi adunan bau feronom dari tubuh seorang lelaki yang pernah menyebabkan dia hilang kawalan diri. Bau seorang lelaki yang pernah menyebabkan dia hanyut di dalam lautan kenikmatan.

Zulaikha tahu itu bau tubuh siapa.

Yusuf.

Zulaikha terus berdiri. Cuba untuk beredar pergi. Walaupun hati sangat merindui, tapi apa guna melayan perasaan yang sedang bertahta di dalam hatinya sedangkan dirinya sudah tidak lagi diingini? Buat apa dia nak berharap pada lelaki ini lagi? Yusuf dah ada pengganti baru dah, kan? Seronok berkepit dengan girlfriend baru masa dekat Changi minggu lepas, kan? Lebih baik lah untuk Zulaikha pergi sahaja membawa diri.

Tapi langkahnya dihalang. Tangan kanannya digenggam oleh tangan lelaki itu, menghalangnya dari pergi. Sentuhan kulit yang sangat biasa pada pandangan orang yang lalu lalang, tapi cukup luarbiasa bagai satu renjatan perlahan yang dirasai mengalir di dalam tubuhnya.

Yusuf memegang tangan Zulaikha erat, tidak mahu melepaskan wanita itu pergi. Dirapatkan tubuhnya dari belakang, sehingga kedua tubuh mereka bersentuhan, walaupun dilapik dengan baju masing-masing.

ʻʻBenci sangat ke you dekat I, Zue? Sampai muka I pun tak mau you pandang langsungʼʼ bisik Yusuf pada telinga Zulaikha.

Oh God. Bau aftershave dan feromon lelaki ini begitu mengasyikkan. Kena pula perubahan yang sedang berlaku pada tubuh Zulaikha kini telah menyebabkan deria baunya lebih peka dari biasa. Zulaikha menutup matanya. Kederatnya tidak cukup kuat untuk menolak aura lelaki ini.

ʻʻYus... please donʼt do this to me. Hidup I merana sejak tiga minggu ni. Jujur I tak boleh nak lupakan you... tak dapat nak buang you dari hati I... please, Yus, donʼt do this. I lemah, Yus. I tak kuatʼʼ rayu Zulaikha perlahan. Memang betul katanya. Jujur diucapkan dari hatinya. Zulaikha sungguh lemah untuk menolak setiap kemaraan lelaki ini pada dirinya. Dia sungguh tidak berdaya sekali untuk melawan.

Tetapi Yusuf tidak mengendahkan rayuan Zulaikha. Dirapatkan lagi tubuhnya sehingga kehangatan tubuhnya dirasai oleh wanita itu.

Tangan kiri Yusuf pula kini memeluk tubuh Zulaikha, menariknya rapat, tangan kanan tadi mencapai lebihan donut yang masih dipegang wanita itu.

Kerana Satu MalamWhere stories live. Discover now