BAB 20

13 1 0
                                    

Faris menyambung perbualannya untuk memberitahu tujuannya berjumpa dengan Farissa pada malam itu.

"Em..Farissa,pertama sekali saya nak minta maaf saya tahu awak baru jer keluar dari hospital dan awak mungkin masih trauma dengan kejadian yang berlaku pada awak baru-baru ni.tapi saya nak bitahu perkara jujur yang selama saya berkawan dengan awak dan jadi partner business awak, saya banyak belajar perkara dari awak..dan saya tak tahu kenapa setiap malam saya asyik pikir pasal awak..mungkin perasaan saya saja tapi bila saya jumpa awak saya rasa hidup saya dan hari saya lengkap bila bertemu dengan awak Farissa.. Farissa saya ikhlas nak jaga awak, lindung awak..jadi..

Faris mengeluarkan kotak yang berisi cincin emas sambil berkata..

"Farissa sudi tak awak jadi isteri saya yang sah?"

Farissa yang masih dalam keadaan terkedu dan tergamam dengan lamaran dari Faris hanya terdiam lalu berkata..

"Em tapi Faris tak terlalu awal ke..kita baru berapa bulan kenal..saya takut untuk buat pilihan awal..jadi boleh tak awak beri saya masa 3 hari..saya akan beri jawapan pada awak bila saya dah bersedia dan bila saya dah ada jawapan."

Farissa meminta waktu kepada Faris kerana dia takut tersalah buat pilihan dan dia perlukan masa untuk dia berpikir..Faris yang masih setia menunggu jawapan dari Farissa setelah mendengar jawapan dari Farissa mengangguk tanda faham sambil tersenyum..

"Baiklah..awak amiklah masa berapa banyak mana pon yang awak nak tapi jangan lama sangat tau..saya faham situasi awak.."

Malam tersebut dilalui dengan makan malam bersama dan mereka pulang ke rumah setelah selesai menjamu selera.

----

Pada keesokan harinya, Farissa masih termenung di beranda rumah sewanya  memikirkan jawapan apa yang perlu dia berikan pada Faris. Dia ada baki cuti 1 hari lagi sebelum dia mula kerja semula. Husna melihat kawannya termenung terus berjumpa dengan Farissa..

"Hoi Farissa.."sergah Husna dari belakang.

Farissa yang terkejut dengan sergahan Husna terus melatah.

"Ya Allah.!!kau ni terkejut akuu lah..nasib aku takde sakit jantung"..

"Yelah sori-sori aku tengok kau termenung tu aku sergah..kau ni mana elok anak dara termenung jer..kau pikir pasal apa..cuba shared kat aku.. hari ni aku masuk kerja lambat sikit sebab nak tengokkan kau tau tak..punya risau aku dengan kau.kau ok tak??"

Farissa melihat kawan baiknya yang sudi dengar ceritanya langsung menarik Husna ke sofa untuk bercerita..

"Ok beb..aku nak tanya pendapat kau lah..kalau ada seorang laki dia cakap dengan kau dia nak kawin dengan kau kan tapi kau baru berapa bulan kenal dia..kau setuju tak?"soal Farissa..

"Kalau akulah kan..kalau dia betul-betul dah bersedia nak jaga aku nak bimbing aku dan cukup syarat kawin..aku terima jer ..kejap..cara kau cakap ni macam kau ada apa-apa jer ..kenapa ada orang lamar kau eh..siapa??"tanya Husna ingin tahu..

"Faris..dia lamar aku malam tadi..tapi aku mintak masa.."jawab Farissa perlahan.

"Oh..malam tadi kita jumpa tu dia lamar kau.."

"Aah..tapi kan Husna aku tengah pikir nak bagi jawapan apa kat dia.."

"Kalau kau tanya aku la kan..baik kau setuju jer Farissa sebabkan aku pon nak  nikah hujung bulan ni..nanti takde sapa pulak temankan kau sorang-sorang kat rumah."

"Hah..awalnya kata lagi dua bulan"

"Em .tulah family Haikal mintak awalkan sebab parents Haikal nak pergi umrah bulan yang kitorang rancang tu..jadi terpaksa awalkan.."

"Oh macamtu ...tapi Husna betul jugak cakap kau aku pulak sorang-sorang tapi betul ke keputusan aku tu nanti."

Farissa masih ragu-ragu dengan pilihan yang harus dia pilih ..

Husna menyarankan kepada Farissa untuk buat solat istikarah mintak petunjuk dari Allah..

"Cuba kau buat solat istikharah..manalah tau kau jumpa jawapan kau tu."kata Husna.

"Ok..terima kasih Husna.."

LUAHAN HATI SI GADISWhere stories live. Discover now