BAB 11

20 2 0
                                    

Faris dan Farissa keluar bersama untuk berbincang mengenai projek syarikat yang dimeterai bersama.mereka berbincang di salah satu restoran makanan berdekatan tempat Farissa bekerja.

Semasa perbincangan kerja dijalankan faris curi-curi memandang wajah farissa yang khusyuk membelek failnya itu.perbuatan faris itu seperti dia sudah jatuh cinta dengan gadis tersebut.siapa tak cair dengan gadis tersebut.sudahlah bertudung ayu mempunyai tingkah laku yang sopan persis gadis melayu terakhir memang menjadi idaman jejaka malaya.

Selepas selesai berbincang hal projek kerja mereka.faris seperti ingin bertanya sesuatu kepada farissa.

"Farissa lepas nihh awak ada nak pergi mana-mana ke?"soal faris.

"Ada,saya nak kena pergi supermarket,nak beli barang dapur dah habis dah.kenapa awak tanya?"

"Takda apa kalau awak tak kisah boleh saya tolong hantarkan,takdela nanti awak susah naik teksikan."

Memang rutin Farissa dia untuk pergi ke kedai keknya dengan menaiki teksi atau grab kerana dia trauma untuk bawak kereta sendiri selepas kejadian dua kali kemalangan ngeri berlaku dalam hidupnya.

Farissa terdiam seketika..

"Takpe faris saya dah biasa dah,lagipon saya pergi sana dengan kawan saya."

"Owhh kalau macam tu,hati-hati ye awak."

"Okayy,saya pergi dulu.."

Farissa bangkit dari tempat duduknya lalu beredar dari situ.

Faris tersenyum melihat Farissa keluar dari pintu masuk.Disitu,hatinya tekad untuk mendekati gadis tersebut.

Faris terus mengikuti gerak-geri Farissa dari arah belakang secara senyap-senyap.bagi dirinya dia tidak ingin Farissa mengetahui akan kehadirannya kerana dia mahu mengenali lagi perwatakan gadis tersebut.

Ketika dalam perjalanan,Farissa yang berada di dalam teksi tidak menyedari faris mengikuti dia dari arah belakang dengan keretanya.

Tiba di depan supermarket,Farissa keluar dari teksi tersebut menuju ke pintu masuk utama.ketika ingin masuk ke pintu dia melihat ada seorang wanita tua duduk di sebelah pintu masuk sedang menjual tisu.kelihatan keadaan wanita tua itu agak uzur.

Wanita tua itu berkata:"cik,tisu cik,mak cik dah 3 hari tak makan.cik belilah tisu mak cik nihh.."kata wanita tua itu kepada farissa dengan nada suara yang agak sayu.

Farissa yang terkejut disapa makcik tersebut terdiam seketika.Hatinya tersentuh melihat wanita tua itu.baginya dia kasihan sangat dengan keadaan wanita itu kerana masih lagi bekerja walaupun dalam keadaan kesihatan yang kurang baik.

Lantas,Farissa duduk di sebelah wanita itu sambil memberikan wang bernilai Rm100 sambil peluk wanita tersebut.dia menangis melihat wanita tersebut karna baginya dia rindu dengan pelukan ibunya sendiri.

"Makcik saya beri duit tu supaya makcik makan ye.duit lebih tu makcik beli ubat untuk kesihatan makcik.maaf yer makcik kalau saya tanya,anak makcik tak de ke?"

Mendengar soalan dari gadis tersebut,air mata wanita tua itu terus mengalir laju.dari riak wajahnya seperti begitu merindui dengan anaknya.

Lantas,wanita tua itu menjawab..

"Anak makcik semua dah ada kehidupan masing-masing..makcik faham mereka semua terlalu sibuk dengan kerja sehinggakan tidak ada masa tuk jenguk makcik kat sini..mereka mungkin juga sudah lupakan makcik sebab makcik dah lama tinggal sendiri di rumah."kata wanita tua itu.

Farissa yang setia mendengar luahan hati wanita tua itu mula menenangkan keadaan.dia terus mengusap-usap badan makcik itu sambil memberikan semangat.

"Makcik..makcik jangan pikir bukan-bukan anak makcik bukan tak ingat makcik tapi mereka cuma tak da masa nak jumpa makcik..makcik sbar ye..saya yakin satu hari nanti mesti anak makcik pulang jumpa makcik..saya doakan makcik dapat jumpa anak makcik.."pujuk Farissa dengan nada lembut.

Wajah Wanita tua tersebut kelihatan sedikit lega selepas Farissa memeluknya.pelukan hangat dari tubuh gadis yang bernama Farissa sedikit sebanyak mengubat rindu hati wanita tua itu terhadap anaknya.

Siapa tak sedih ada anak tapi anak seperti kacang lupakan kulit.hati ibu mana yang tak hancur apabila anaknya sudah lupakan ibunya sendiri.malah sibuk mengejar duniawi sedangkan akhirat menanti.

Sedang farissa cuba menenangkan wanita tua itu kelihatan ada yang memerhati dari jarak jauh ..

LUAHAN HATI SI GADISWhere stories live. Discover now