"Oh macam tu..Faris minta maaf papa kerana membuat tuduhan kepada papa tanpa usul periksa."
"Takpelah Faris..sepatutnya papa yang bersalah sebab menyembunyikan kebenaran selama ni..papa tak dapat selamatkan Farissa selepas mak tirinya bawa dia lari jauh dari tempat asalnya.selama ni papa mencari-cari Farissa untuk beritahu hal sebenar nya.tetapi perancangan Allah itu indah dia aturkan perjumpaan Faris dengan Farissa dan ditakdirkan Faris berjodoh dengan Farissa."
Sementara itu, rupa-rupanya selama perbualan Faris dan Dato' Zakaria dicuri dengar oleh gadis tersebut..Farissa mengetahui segala kebenaran yang selama ni dia pikul.dan terjawablah segala jawapan yang selama ni menyelubungi hidupnya.
Tiba-tiba faris menyambung perbualannya kepada Dato Zakaria..
"Tapi pa..ada satu perkara lagi Faris nak beritahu papa.."
"Apa dia.."
"Faris ada siasat dengan kematian kawan baik Farissa Nasrul Farhan yang terlibat dengan kemalangan jalan raya beberapa tahun yang lalu..Faris dapat tahu semua ni dirancang oleh mak tiri Farissa atas sebab Farissa hampir berkahwin dengan lelaki tersebut tetapi dihalang oleh agenda mak tirinya. Dia buat semua ni sebab nak Farissa kawin dengan anaknya haziq supaya dia dapat balik harta yang ditinggalkan ayahnya."
Mendengar hal tersebut, Farissa jatuh terduduk menyebabkan dia terlanggar cermin pintu dan dapat didengari oleh suaminya Faris..
Faris terus menuju tempat bunyi seperti ada benda jatuh.. terkejut Faris kerana rupanya isterinya mendengar perbualannya dengan ayahnya. Melihat Farissa yang seperti terkejut dengan apa yang baru dia dengari tadi membuatkan Faris serba salah..
"Sayang, abang mintak maaf sebab rahsiakan semua ni..abang cuma tak nak sayang kecewa dengan apa yang berlaku..sebab apa yang berlaku ni semua pasti ada hikmah.."
"Kenapa abang tak bitahu kepada saya awal-awal tentang semua ni...abang tahu tak peritnya perasaan saya ni lepas apa yang terjadi.."
"Abang cuma tak nak tengok isteri abang sedih..kan abang dah janji abang akan tolong sayang.sekarang ni sayang dah tahu kebenarannya dan kita dah cukup bukti supaya pesalah tu menerima hukuman dengan apa yang dia lakukan. Esok kita pergi balai polis sama-sama untuk buat laporan."
"Tapi abang kita mana tahu lokasi terakhir dia dimana sekarang dia berada."
"Yang tu serahkan pada abang."
Tiba-tiba Faris teringat tentang mesej yang dihantar kepada Faris baru-baru ni..dia menggunakan nombor tersebut untuk mengesan lokasi tersebut kerana dia yakin tu angkara mak tiri Farissa.
----
Setelah beberapa hari kemudian, polis dapat mengesan lokasi penjenayah dan berjaya menangkap pesalah tersebut. Akhirnya puan suhana dan anaknya Luqman Haziq dikenakan hukuman penjara atas tuduhan penculikan, songlap duit company, cubaan membunuh dan ugutan membunuh.
Farissa sempat berjumpa dengan mak tirinya di penjara dan meninggalkan sekeping surat yang tertulis..
"Mak Su,selama ni Farissa hormat mak Su sebagai mak tiri Farissa tapi apa yang Farissa dapat adalah kesakitan yang sukar untuk Farissa maafkan..Farissa takkan anggap mak Su mak Farissa lagi..sekarang ni terimalah buku dengan ruas..apa yang mak Su dan abang Haziq buat pada Farissa..Farissa takkan maafkan untuk manusia yang bertopengkan syaitan..Ini kali terakhir Farissa jumpa mak Su lepas ni mak Su dah kehilangan segalanya bukan sahaja harta tapi apa yang mak Su dan abang Haziq miliki selama ni..selamat tinggal.."
Selesai puan Suhana membaca dia menangis menyesal kerana selama ni dia tak dapat bezakan intan dan permata..tetapi penyesalan itu tiada gunanya lagi kerana dia berakhir di penjara yang menjadi mimpi ngeri buat manusia di dunia ni..
YOU ARE READING
LUAHAN HATI SI GADIS
RomanceTajuk: Luahan Hati Si Gadis Penulis: Husna Ismail "Sayang,Kalau sayang rasa sayang tak nak dihantui kisah silam sayang tu tolong sayang lupakan semua yang terjadi tu..kita bina hidup baru..abang janji abang akan ada sentiasa dengan sayang.."-FARIS A...