BAB 18

16 1 0
                                    

"Saya encik razak pemandu teksi, saya nak tahu kalau awak kenal pemilik telefon ni?"

"Teksi??..oh saya kawannya..em..pakcik saya nak tanya mana kawan saya?kenapa pakcik yang angkat panggilan saya?"

"Oh..bukan macam tu..jangan salah faham..pakcik jawab ni sebab telefon ni pakcik jumpa masa pakcik kemas kereta ni..jadi pakcik tengok banyak panggilan masuk tapi tak angkat jadi pakcik rasa tu panggilan penting.."jawab pakcik tenang.

"Em..pakcik Klau boleh saya tanya pakcik ingat tak kalau pakcik ada hantar penumpang perempuan bertudung,umur dalam 20 an dekat tempat mana semalam?"

"Perempuan bertudung..emm.."encik razak cuma mengingat kembali.

"Pakcik rasa pakcik ingat tapi pakcik pelik juga sebab dia suruh hantar kat tempat yang jarang orang masuk."

"Kalau pakcik ingat boleh tak pakcik hantar location kita jumpa tempat sama."jawab Faris panik.

"Okay. Baiklah nanti pakcik hantar location."jawab pakcik ringkas.

----

Setelah mengetahui lokasi tersebut,Faris cepat-cepat bertindak bersama kawannya Haikal dan Husna menuju ke lokasi tersebut.

Sebelum itu,mereka sudah melaporkan kepada pihak polis mengenai berita kehilangan Farissa dan polis telah pun membuat siasatan.

Setibanya di lokasi tersebut,mereka berjumpa dengan pakcik tersebut dan encik razak memulangkan kembali telefon yang ditinggalkan Farissa.

"Nak,ni lah tempat terakhir kawan awak mintak saya hantar."kata encik razak.

"Baiklah,terima kasih pakcik atas info tersebut."

"Sama-sama."

Mereka terus bersalaman dan encik razak meninggalkan tempat tersebut.

----

Faris dan kawan-kawannya terus masuk ke dalam rumah tersebut. Selepas dapat menjejaki keberadaan Farissa mereka masuk untuk mencari Farissa dengan berhati-hati.

Pap!!!(bunyi ranting patah Seperti pijakan orang melangkah telah menyedarkan puan Suhana dan Haziq)

"Haziq..siapa tu..ada orang datang ke?"tanya puan Suhana cuak.

Haziq cepat-cepat mengintip di balik cermin tingkap yang separuh pecah.dia melihat kelibat beberapa orang datang menuju lokasi tersebut.

Dengan wajah yang terkejut dan ketakutan.dia terus menuju ke puan Suhana dan menyuruh meninggalkan tempat tersebut.puan Suhana yang sedikit hairan dengan tindakan anaknya lantas berbisik..

"Ada apa Ziq ..kenapa kau semacam jer"

"Mak kat luar tu ada ramai orang dengan polis sekali.kita kena lari kalau nak selamat."jawab Haziq ketakutan.

"Polis??..macam mana dia tahu lokasi kita..rosak rancangan akuu.."puan Suhana mendengus.

Puan Suhana dan Haziq melarikan diri menggunakan pintu belakang dan masuk ke dalam hutan untuk melindungi dirinya.

Faris serta yang lain cuba memecah masuk rumah tersebut .

Setelah beberapa kali Faris cuba memecahkan pintu, akhirnya dia berjaya masuk ke dalam. Terdapat sekumpulan polis juga mengepung rumah tersebut dan puan Suhana dan anaknya haziq berjaya meloloskan diri dari rumah usang tersebut dan bersembunyi di dalam hutan.

Pihak polis tidak dapat mengesan jejak langkah mereka kerana keadaan hutan yang sangat tebal dengan semak samun.

Faris dan kawannya menjumpai Farissa yang sedang lemah terkulai di atas kerusi di dalam salah satu bilik kecil.

Faris lantas cuba meleraikan tali ikatan tangan Farissa yang telah diikat. Husna yang masih terkejut dengan keadaan kawannya Farissa cuba memapah tangan Farissa yang masih dalam keadaan lemah gemalai.

Polis cuba memeriksa keadaan rumah tersebut dan hanya menjumpai bukti baju pesalah yang ditinggalkan.

LUAHAN HATI SI GADISWhere stories live. Discover now