Satu

24 3 0
                                    



Hari yang paling menyejukkan setakat ini dalam musim hujan kian tiba penghujungnya. Seluruh kawasan perumahan di Salamanda Height diselubungi kesunyian yang mengantukkan mata.

Jam telah menunjukkan tepat jam 8 pagi. Suasana yang sejuk dan mendung membuatkan kebanyakkan penghuni dikawasan perumahan itu kelihatan bermalas-malas dan duduk bersahaja.

Kring!!

Jam loceng berbunyi nyaring dan memekakkan telinga sesiapa yang mendengarnya.Namun,bunyi itu tidak lama.Seseorang telah pun menghentikan jeritan nyaringnya dengan melemparkan bantal kearah jam itu.

Sedikit berisi,berambut hitam kusut yang panjang mengurai, dan berwajah bulat,membuatkan gadis yang tinggal keseorangan disalah sebuah vila dikawasan itu kelihatan sangat tidak teratur.

Syahira menguap panjang. Dia benar-benar puas. Puas kerana telah dapat tidur dengan lena semalaman.Dia mengeluarkan sebuah frame yang diletakkan dibawah bantal tidurnya dan menatap frame itu. Gambar seorang artis lelaki yang tidak berbaju dan hanya memakai seluar jeans Levi's diciumnya lama.Dia amat meminati lelaki itu.Dia kemudiannya melangkah malas kearah komputer yang diletakkan ditingkat bawah rumah dua tingkat milik peninggalan keluarganya. barang-barang yang berselerakan diatas lantai,disepak jauh dari laluannya.

Sudah hampir 7 tahun dia hidup keseorangan selepas kematian kedua orang tuanya dalam satu kemalangan keretapi dan dia merupakan anak tunggal didalam keluarga itu.Waktu itu, Syahira berada diasrama penuh dan masih menuntut di tingkatan 5. Hidupnya menjadi gelap dan tidak teratur setelah mendapat tahu bahawa dia telah kehilangan kedua orang tua yang amat disayanginya sekaligus. Sehinggakan dia turut gagal didalam peperiksaan SPMnya.Walaupun harta yang ditinggalkan oleh kedua orang tua terlalu banyak,itu tidak memberi apa-apa makna kepadanya. Gadis itu sentiasa bermurung dan mengasingkan diri dari orang ramai. Namun hidupnya kembali ceria dengan adanya dua orang sahabat karib yang sentiasa menemaninya. Ariana Danisya dan Mikail.

Syahira mengetap bibir. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Isk.Cerita apa pula yang aku nak tulis ni? Semalam aku ingat. Hari ini dah hilang.

Syahira meneguk air oren yang diletak di atas meja.Dia mengetuk-ngetuk kepalanya

Mana idea ni? Semalam banyak sangat yang muncul. Ha!!Baru aku teringat.

Syahira bingkas menaip sesuatu di komputer kesayangannya.Dia tersenyum girang.

Cerita ini dah jadi semakin menarik.Aku pasti akan berjaya suatu hari nanti.

Ding!!Dong!!

Syahira tersedak. Hampir-hampir sahaja dia tercekik.

"Siapa pula yang datang pagi-pagi buta ini? Menyusahkan aku saja." Syahira menggomel sendiri.

Dia segera membuka pintu.

"Surprise!!"

Syahira terkejut besar.Mahu sahaja kalau diikutkan hati dia ingin menghumban kedua-dua 'biawak hidup' didepan dia kedalam laut.

"Kenapa kamu datang pagi-pagi ini?."Soal Syahira sedikit geram. Dia cukup tidak suka bila diganggu ketika mencari ilham.

"Tak nak jemput kitorang masuk dulu ke?"

"Jemput?? Tak apa-"

Belum sempat Syahira menghabiskan percakapannya, Ariana dan Mikail pantas melangkah masuk kedalam rumah.

Syahira menutup pintu dengan kasar.

"Wah!Rumah kau tetap sama. Tak berubah sejak dari kami pergi honeymoon bulan lepas. Tetap bersepah-sepah" Ariana tersenyum sumbing.

"Ye lah Syira. Kau pun sama. Tetap macam dulu" Mikail mendekati Ariana. Mereka sama-sama tersenyum.

Syahira mendengus panjang.

"Kamu nak apa sebenarnya? Nak pinjam duit? Bulan lepas kamu dah pinjam RM2000 dengan aku. Aku dah tak ada duit lagi"

"Eh,bukanlah. Kami datang bukan sebab nak pinjam duit. Kami nak bagi kau hadiah"

"Hadiah? Hadiah apa yang kamu nak bagi? Stoking yang kamu dah pakai macam tahun lepas" sindir Syahira. Matanya galak memerhati segenap tubuh dua orang manusia dihadapannya. Cuba mencari-cari hadiah yang dikatakan tadi.

"Eh,bukan. Hadiah ni lebih bagus dari stoking. Kan?"Ariana menyiku Mikail. Mikail cepat-cepat mengganggukkan kepala tanda mengia-giakannya.

"Betul. Hadiah ni aku dapat dari tempat aku bekerja. Nah!."Mikail menghulurkan sekeping tiket kepada Syahira.

Syahira mengambilnya dengan penuh tanda tanya.

"Tiket apa ini?"

"Buta ke? Tiket kapal terbanglah. Kau dah menang untuk percutian ke Korea. Kau pergilah. Kau pun tak pernah pergi melancong sebelum ini kan? Jadi,kau ambillah peluang ini."terang Mikail.

"Macam ada yang tak kena je. Kamu berdua nak kenakan aku kan?"soal Syahira tidak yakin.

"Isk! mana ada. Kau ni suka syak yang bukan-bukan. Takkan lah kami nak buat benda jahat kat kau. Lagipun kau dah banyak kali tolong kami. Jadi,dengan cara ini lah kami boleh bayar balik jasa kau. Kan Eil?"Ariana memandang Mikail. Cuba meminta sokongan daripadanya.

"Betul-betul. Kau pergilah. Rumah kau kami akan jaga dengan baik. Semua perbelanjaan kau akan ditanggung oleh pihak bank yang taja percutian itu. Kau cuma pergi saja."

Syahira berfikir sejenak. Dia memandang Ariana dan Mikail bergilir-gilir tanpa berkelip.

Akhirnya,setelah hampir 10 minit berfikir. Syahira memberikan jawapan yang dirasa cukup menyakinkan.

"Baiklah kalau macam itu. Aku akan pergi" Syahira tersenyum lebar.

Mikail dan Ariana berpandangan sesama sendiri. Mereka mengukirkan satu senyuman yang amat lebar.

Mission complete!!

Kisah KitaWhere stories live. Discover now