Ashraf tersenyum lebar tatkala melihat kelibat rakannya. Dia mempersilakan Daniel masuk ke dalam bilik hotelnya.
"Aku ingatkan kau tak datang. Dah dekat dua jam aku tunggu." Ashraf berjalan perlahan menuju ke sofa diruang tamu.
Daniel mengekori dari belakang. Dia melabuhkan punggungnya diatas sofa lembut itu.
"Sorry. Ada masalah sikit tadi. Aku tetap datang walaupun aku sibuk dengan kerja" ujar Daniel jujur.
"Ye lah. Aku tahu. Aku dengar kau dah beli syarikat multimedia tu. Betul ke? Macamana pula dengan bisnes kau yang sedia ada? Semua okay?"
Daniel mengangguk-anggukkan kepala tanda mengia-iakannya.
"Yeah. Semua perfect. Projek Multi-Sense itu pun sudah hampir selesai. Minggu depan aku pasti akan pulang ke Malaysia."
Ashraf terkejut. Dia menanggalkan kaca mata yang dipakainya.
"Kau akan pulang ke Malaysia? Finally Daniel yang agung akan pulang?" soalnya, perlahan.
"Yes. Lagipun dah lama sangat aku merantau. Dekat 5 tahun aku tak balik. Kali ini, aku nak cuba bidang perfileman pula. Kau kenalah tolong aku."
"Filem?" Ashraf sedikit hairan, Keningnya terangkat serentak.
Bila masa pula dia ni expert dalam bidang seni?
"Yap. Harap-harap dapat berkerjasama dengan kau kelak. Macamana dengan kedua orang tua kau? Adakah mereka sihat?"
Ashraf mengetap bibir. Wajahnya kelihatan sugul.
"Rasanya.."
Kening Daniel terangkat. Dia seakan-akan dapat menangkap perubahan mendadak wajah Ashraf. Dia memandang Ashraf, cuba untuk mendapatkan kepastian.
"Kau masih belum berbaik dengan ayah Rahman ke?" Soal Daniel lagi.
Ashraf hanya mampu tersenyum. Pertanyaan Daniel sukar untuk dijawab. Sememangnya sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke rumah kedua orang tuanya walaupun mereka tinggal didalam negeri yang sama, dalam jarak tidak sampai 20 kilometer dari tempat tinggalnya sekarang di Century Condo. Pertelingkahan diantara dia dan ayahnya pada kali terakhir kunjungannya kerumah itu membuatkan dia berjauh hati untuk pulang lagi.
"Come on bud. Kau bukannya budak-budak lagi tau. Lagipun sampai bila kamu berdua nak jadi macam ini? Aii, Ayah Rahman ni pun satu. Oh ya, Maria bagaimana? Adakah dia baik? Masih cantik?" Daniel teringatkan sesuatu atau seseorang yang telah lama tidak dijumpanya.
"Ya. Dia baik dan sentiasa cantik. Dia nak sangat tahu keadaan kamu sekarang. Apa kata kamu telefon saja dia."
"Nantilah aku telefon dia."
Ashraf mendengus."Kamu nak minum apa? Orange? Tea? Coffee?"
"Tak apa lah. Aku kena beredar sekarang. Lain kali lah kita minum bersama. Banyak benda yang aku kena buat dan selesaikan sebelum aku balik ke Malaysia" Daniel bingkas bangun. Dia membetulkan kot yang dipakainya.
"Jumpa lagi nanti dan aku berharap di dalam waktu terdekat ini. Kamu tak payahlah hantar aku." Daniel menepuk perlahan bahu Ashraf dan berlalu pergi.
Ashraf mengeluh panjang. Perasaannya kini berbelah bagi. Sudah hampir 3 tahun dia tidak berjumpa dengan Daniel. Sudah banyak yang berubah. Daniel adalah seorang lelaki yang sangat sibuk yang hanya mementingkan kerjayanya. Selama mereka berkawan, tidak pernah sekali pun dia mendengar Daniel mempunyai kekasih atau jatuh hati pada sesiapa. Apa yang dia tahu hanyalah kerja dan kerja. Tapi kenapa dia berasa seperti disaingi ? kenapa dia gelisah apabila Daniel mengatakan yang dia akan pulang ke Malaysia? Adakah sebab seseorang?
Mohd Daniel Iskandar, kenapa baru sekarang kau muncul?
*******
Syahira berjalan perlahan menuju kearah lif. Ditangannya sarat dengan barang-barang makanan yang dibeli dikedai runcit berdekatan.
Ting!! Pintu lif terbuka luas. Mempersilakan Syahira masuk kedalam.
"Hai."
Syahira berpaling. Hampir-hampir saja barang yang dipegang jatuh.
"Oh, hai."
"Kita berjumpa lagi." Daniel tersenyum lebar.
"Maaflah pasal tadi. Saya ingatkan awak orang tempatan. Awak sangat fasih cakap omputih. Loghat English awak pun boleh tahan juga. Muka pun ada iras-iras pelakon cerita Thor tu. Apa nama dia? Chris Hemworth kot. Tapi saya rasa dia handsome sikit. Awak handsome banyak"
Daniel ketawa kecil mendengar celoteh spontan Syahira. Sesaat kemudian, pandangan matanya menghala ke arah tangan gadis itu.
"Banyaknya barang. Makan malam?"
"Lebih kurang. Baru nak mula. Awak dah makan?"
"Samalah. Saya belum juga."
"Oh. Awak nak semangkuk maggi? Saya ada beli banyak tadi." pelawa Syahira.
"Nampak macam sedap, tapi saya tak biasa makan benda ni. Mungkin tak apa lah. Terima kasih."
"Nama saya Ra." Syahira memperkenalkan dirinya. Dia ingin menghulurkan tangan untuk bersalam tetapi membantutkan niatnya kerana ditangannya yang penuh dengan barang-barang yang baru diborongnya.
"Saya Daniel." ujar Daniel, sopan.
"Awak menginap disini?" soal Syahira.
Daniel mengeleng-gelengkan kepalanya.
"Datang cuma jumpa kawan lama. Ashraf Queriel, dia pelakon popular. Awak mesti kenal dia"
"Oh. Awak kawan Ashraf Queriel rupanya. Saya tahu dia pun ada disini. Saya terjumpa dengan dia secara tidak sengaja didalam flight." Syahira teringatkan peristiwa sewaktu mereka berdua berada didalam kapal terbang. Bagaimana dengan secara tidak sengaja dia telah termuntah diatas baju pelakon itu.
"Awak sudah jumpa dia ya. Baguslah. Urm.. saya ingat nak sambung bersembang, tapi maggi awak akan jadi kembang." Daniel menunjukkan kearah maggi Syahira.
"Oh. maafkan saya. Awak tentu amat sibuk. Jumpa lagi."
"Kalau ditakdirkan, kita pasti akan bertemu lagi. Tak kiralah kat mana kita sekalipun. Saya pergi dulu" Daniel pantas berlalu pergi meninggalkan Syahira.
Syahira tersenyum sendirian. Dia berjalan kearah lif yang masih terbuka.
Laparnya. Makan maggi pun sedap.
YOU ARE READING
Kisah Kita
RomanceSyahira adalah seorang gadis yatim piatu yang hidup bersendirian semenjak kehilangan ibu serta bapanya ketika dia berusia 17 tahun. Hidupnya hanya ditemani dua sahabat karibnya sejak sekolah. Namun, takdir Syahira berubah 360 darjah apabila 2 sahab...