33 Confession

644 17 0
                                    

"Aku nak beritahu kau something."

Aku hanya diam, menunggu dia menyambung kata-katanya. Namun, dia juga mendiamkan diri sambil merenungku dalam posisinya begitu.

Melihatkan dua-dua terdiam begitu sahaja, buat aku tergelak kecil.

"Okay, apa dia?"

Matanya tidak lagi memandang aku. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Sesekali, mencuri pandang pada wajahku.

Sejak mengenali lelaki bernama Ryan ni, ini kali pertama aku melihatnya tak tentu arah seperti ini.

Tangan kananku yang dipegangnya sedari tadi aku tarik perlahan dan aku bawa ke pipinya. Tindakanku ternyata buatnya kembali memandang wajahku.

"Awak okay tak ni?"

Soalanku dibalas dengan gelak kecilnya. Jarang-jarang sekali dia tergelak seperti itu. Terpaku sebentar mendengar gelaknya.

Dia yang tadi berada di atas aku beralih ke sebelahku. Serta-merta buat aku juga duduk menghadapnya. Selimut aku tarik menutupi tubuhku sehingga separas dada.

"Awak cakap nak beritahu something? Nak beritahu ke tak? Kalau tak, tidur jelah," ujarku sambil mengacah mahu baring kembali selepas beberapa minit dia masih mendiamkan diri.

Tak sempat mahu membaringkan tubuh, dia sudah menarik tanganku. Segera aku memalingkan kepala memandangnya.

"Yes?"

"Jangan tidur dulu. Dengar dulu aku nak cakap," ucapnya laju.

Melihatnya tak tentu arah begini buat aku semakin tertarik. Tak mampu lagi hati ini mahu menolak perasaan yang hadir.

Perlahan, posisi duduk aku betulkan sambil menarik selimut menutupi tubuhku. Usai, tangannya aku capai dan aku usap perlahan. Wajahnya aku pandang, juga mencari matanya yang sedang tak reti duduk diam.

Dia hanya membiarkan. Tangannya yang aku usap dilihatnya seketika sebelum memandang aku.

"Saya tak tahu awak nak cakap apa. But, if awak perlu masa, take your time. Kita ada masa lagi, okay?" ucapku sambil tersenyum memandangnya.

Dia hanya tersenyum memandangku. Tangannya yang digenggam, ditarik perlahan dan dia pula bertindak menggenggam tanganku.

"Macam ni, aku tak pro hal-hal macam ni. So, aku nak minta maaf awal-awal," ucapnya sambil menunduk.

Aku hanya tersenyum mendengarkan kata-katanya. Comel pula dia malam ni.

Tak mahu mengganggu fokusnya, aku hanya diam menunggu dia menyambung. Sesekali aku memandangnya dari bawah. Dia hanya menunduk sedari tadi. Mana konfidennya seperti selalu?

"Janganlah pandang macam tu."

Rungutannya buat aku mengangkat kepala dan tergelak sendiri.

"Hahaha, okay, okay. Take your time."

Dia diam memandangku dengan riak tak puas hati. Mungkin dia fikir aku sedang membahannya tika ini. Hahaha memang pun. Apa yang kau fikir, Putri?

"Okay."

Dia kembali memandang aku selepas beberapa minit mendiamkan diri sambil menggosok-gosok tanganku yang berada dalam genggamannya. Melihatnya begitu, buat aku turut memandangnya.

"Okay," ucapku juga.

"Macam ni, ingat deal kita?"

Aku diam seketika sebelum mengangguk mengiyakan soalannya.

"Aku nak tuntut deal tu."

"Harini?" soalku.

"Yes, harini."

Irrational Love.Where stories live. Discover now