56 Surprise Visit.

151 2 0
                                    

"Anything, aku akan call kau terus. Don't you ever trust any texts received. Okay, princess?"

Itu sahaja ayat dan pesanan terakhirnya. Sedari dua hari lepas, pulang dari picnic, selepas menghantar Gee dan Alex pulang, dia segera menghantar aku pulang ke rumah family aku. Dengan pesanan begitu, dia segera meninggalkan kawasan taman.

Telefon di tangan aku belek seketika. Kadang menekan ikon telefon. Kadang ikon mesej. Tiada satu pun masuk dari dia.

Ada yang masuk. Tapi, dari Luqman.

🐻 : Hai, putri. Busy ke?

Aku masih membiarkan mesej itu begitu saja. Mahu membalas pun tiada mood bila sehabuk khabar dari Ryan tiada.

Bermacam bermain di kepala. Dia okay atau tak? Dia sedang buat apa? Dah makan atau belum? Busy sangat ke nak updateeeee??!

Rambut yang sudah sedia serabut dari berbaring tadi, aku gosok kasar, menyerabutkannya lagi.

Seketika kemudian, aku terdiam sendiri. Kipas di syiling aku pandang lama.

Mungkin beginilah rasanya kau terlalu risaukan orang yang kau sayang. Erghhhhh. Tak sukanya. Serabut kepala aku jadinya.

Tuk. Tuk.

Pintu aku pandang sejurus ada ketukan di pintu.

"Putri."

"Ya, ma! Kenapa?"

"Gee kat bawah ni. Nak jumpa kamu katanya."

"Okayy!"

Beredar saja mama dari pintu, aku terus menjengahkan kepala di tingkap. Ya, ada kereta Gee. Kenapa ya?

Laju aku bangun dan membetulkan rambutku dengan mengikat sebelum bergerak ke bawah.

Tiba di pintu, kelihatan Gee sedang duduk membelakangkan aku bersama seseorang.

Lelaki. Tinggi. Dan-

Familiar.

"Maaf ya. Putri kat rumah memang macam nilah orangnya. Gee pun tahu, kan?"

"Ya, memang sorang tu, aunty. Sokay kita boleh tunggu. Kan, Ryan?"

Ryan?!

Mereka berempat, papa juga di situ, laju saja memusingkan kepala memandangkan aku di anak tangga. Segera aku menutup mulut. Aku fikir aku berkata sendiri, tak sangka aku katakan dengan kuat.

Wajah Ryan jelas di pandangan mataku. Sedang duduk di sofa, bersebelahan dengan Gee. Wajahnya lembut, seperti selalu. Tersenyum di situ seperti tiada apa yang berlaku.

'Princess, I miss you,' gerak mulutnya, lalu tersenyum nipis.

Senyuman terbit di bibir tanpa sedar. Sumpah, aku tak tahu mahu berkata apa. Ryan di sini? Kenapa dia di sini?

"Ha, Put. Ke mari. Kamu kenapa tercegat kat situ?"

Soalan mama buat aku terkejut seketika. Laju aku menyusun langkah ke sebelah papa yang sedari tadi memerhati perlakuan aku.

Duduk saja aku di sebelah papa, dia segera merapatkan mulutnya ke telinga aku.

"Anak kesayangan papa ni ada rahsia apa-apa papa tak tahu ke?"

Soalan papa buat aku tertawa dan menggeleng.

"Tak ada, papa. Kalau ada, nanti Put cerita, okay."

"Promise?"

"Ya, Put janji."

Pinky promise dibuat. Beginilah kalau dengan papa. Yelah, kita seorang anak perempuannya.

Irrational Love.Where stories live. Discover now