Ryan yang sedang memandu aku pandang lama. Berani berbuat begini sebab dua mempelai tu sudah tidur di belakang. Kepenatan beberapa hari di hutan. Padahal, rileks sahaja, bukan menebang pokok di hutan.
"Yes, princess? Got something?"
Soalannya aku jawab dengan gelengan. Tangan kanan aku yang sedari tadi digenggam sepanjang perjalanan, dibawa ke bibir dan diciumnya lama.
"Awak hantar kitorang then terus gerak ke?"
"Ya, princess. Tak boleh lama. Aku taknak dia datang rumah. Tu kawasan personal aku," ujarnya lalu memandangku seketika dengan senyuman tipis.
Tangan aku dalam genggamannya dilepaskan seketika sebelum rambutku digosok perlahan. Hanya soft pat sebelum dia kembali mendapatkan tangan kananku.
Wajahnya aku tenung lagi. Risau pula. Serasa macam dia mahu pergi berperang.
"Jangan lama-lama tau. Habis balik terus," ujarku.
"Lama-lama tu, aku tak boleh janji. Tapi, aku cuba untuk habiskan cepat. No worries, okay?"
Kata-katanya bagai pelembut pada hati, meringankan sedikit beban pada fikiran.
----------
Baru mahu membuka pintu kereta, tanganku ditariknya perlahan.
"Beritahu mama papa sorry, aku tak dapat nak hantar kau betul-betul, betul urgent ni."
Tangannya yang memegang bahagian lengan, aku bawa ke dalam genggamanku. Aku gosok-gosok perlahan tangannya.
"Tak payah risau pasal diorang, Ryan. Just do your things, and make sure, balik sini semula dengan selamat. Saya tunggu," ucapku.
Ryan mengangguk perlahan. Lama dia diam sebelum, "Nak kiss boleh?"
Terkejut dengan permintaannya, aku tertawa kecil. Tubuh yang tadi sudah mengarah ke pintu aku pusingkan semula menghadapnya. Nasiblah dia sudah menghantar Alex dan Gee dahulu.
Wajahnya aku rapati. Pipinya aku cium lembut. Usai sahaja, laju dia mahu meragut bibirku. Mujur sempat mengelak.
Ah, muncul sudah muncung di bibirnya. Haha, Ryan, Ryan.
"If awak nak ni," jari aku menunjukkan bibirku sendiri, "Balik malam ni. Saya tak kisah pukul berapa awak sampai. Beritahu. Saya tunggu. Okay?"
Dengan muncung di bibir, dia mengangguk perlahan.
"Nak hug. Tak boleh juga ke?" soalnya.
Dengan gelak perlahan, aku merapatinya dan membawa tubuhnya ke dalam pelukan. Belakang badannya aku gosok perlahan.
Lepas sahaja pelukan, aku terus membuka pintu. Sebelum keluar, aku memandangnya semula.
"Balik malam ni, tau. Malam ni."
Dia yang tadi memuncungkan bibir, smirk seketika mendengar bebelan pendekku.
"Menurut perintah, princess."
Mendengarkan jawapannya, aku memukul pahanya sedikit, hujung-hujung sahaja terkena. Jadilah itu.
"Nanti aku call kau semula. Thanks, for the birthday, and, rings."
Aku hanya tersenyum sebelum melangkah keluar dari kereta. Sebelum menutup pintu, aku menjengahkan kepala sedikit. Papa sudah di depan pintu, tak boleh lama-lama.
"Okay, your most welcome. Careful, and hit me up once you done."
"Princess kita speaking lah," ucapnya lalu tertawa.
Malu diusik begitu, aku menjelingkan mata sekejap namun masih tersenyum sebelum menutup pintu kereta. Geraknya dia dari perkarangan rumah, aku segera melangkah masuk.
Papa yang sedari tadi menunggu aku untuk masuk, hanya tersenyum.
"Macam mana? Best? Taknak share apa-apa dengan papa ke?" soalannya aku balas dengan tawa. Ada-ada sajalah papa ni.
"Nanti kita storytell eh? Eh, ada guest ke, papa?" soalku saat terpandangkan beberapa pasang kasut lain di depan pintu.
Papa merenung wajahku lama sebelum menarik nafas panjang. Macam berat sahaja mahu menjawab. Melihat dia begitu buat aku berat hati. Mengapa ni?
"Kat dalam ada Aunty Mira, dengan," jedaannya buat aku menunggu. Lama menunggu, jawapannya menyergah pemikiranku dengan sendirinya.
"Luqman?"
Papa mengangguk perlahan. Melihat anggukan papa, buat aku mengeluh.
"Paaaaaaaaaaaa, mana boleh macam ni. Mama ni pun," keluhku.
Papa memeluk bahuku. Digosok perlahan belakang badanku.
"It's okay. Papa tetap berkenan dengan pilihan hati anak papa. Papa percaya pada kamu. Nanti bawalah Ryan ke rumah lagi, kalau ada masa," ucapnya sambil tersenyum.
Kata-kata papa buat aku tersenyum nipis. Cukuplah papa berada di sisi aku. Nak mengharap pada siapa lagi. Dia jugalah waliku nanti.
"Sekarang, kamu masuk je dulu. Buat macam biasa. Kalau nak naik bilik, jumpa mereka dulu, okay? Tak sopan naik terus depan tetamu, walaupun kamu tak suka. Okay?"
Pesanan papa aku jawab dengan anggukan.
Buka sahaja kasut, kaki aku langkah memasuki rumah. Kedengaran suara mama rancak berbual dengan Aunty Mira. Tak kedengaran pula suara Luqman. Mungkin hanya duduk mendengar celoteh berdua itu.
"Mama, Aunty Mira, maaf, Putri baru sampai," tegurku sambil mendekati mereka untuk bersalam. Luqman yang berada di sebelah Aunty Mira aku buat tak nampak. Biarlah dia.
"Cantik-cantik dari mana, Putri? Malam begini," tegur Aunty Mira.
"Baru balik dari camping dengan Gee, Alex, dengan Ryan," jawabku. Sebutan nama Ryan di hujung aku kuatkan sedikit sambil memandang wajah mama. Mama hanya tersenyum terpinga sendiri. Haih, mama.
"Oh? Tak pernah dengar pula nama Ryan tu. Kawan Alex ke?" dia menyoal lagi.
"Eh, tidaklah. Tu kawan Putri. Kawan lelaki Putri," aku tekankan lagi jawapanku.
"Kawan-"
"Putri naik dulu ya. Lama tadi perjalanan balik sini. Nak rehat kat atas. Putri naik dulu. Aunty berbuallah dengan mama," tak sempat dia menyoal lagi, aku sudah potong. Malas pula aku mahu melayan.
Dengan senyuman dah sehabis manis, aku bergerak melangkah ke atas. Papa yang baru nak melangkah duduk di sebelah mama, hanya memberikan thumbs up di tepi. Aku hanya tersenyum nipis melihat sokongan papa.
"Thanks, pa," ucapku lalu terjeda seketika,teringat pesanan Ryan tadi, "By the way, pa, Ryan cakap sorry tak dapat singgah dulu. Dia ada hal tadi. Rushing sikit."
"It's okay. Lain masa ada. Nanti sampaikan salam papa pada dia, okay?"
Pesanan papa aku balas dengan anggukan sebelum melangkah mendaki anak tangga untuk ke bilik.
Naik sahaja ke atas, masuk ke bilik, barang-barang yang sedari tadi aku mengangkat, aku campakkan ke lantai, tubuh aku rebahkan ke atas katil. Sungguh, melayan soalan Aunty Mira lagi memenatkan daripada camping dengan mereka.
Telefon aku keluarkan dari poket seluar. Melihatkan tiada sebarang mesej atau misscall lagi, aku mematikan dan mencampak telefon ke tepi. Badan yang sudah sedia letih, aku bangkitkan juga. Mahu atau tak, aku kena mandi juga. Melekit dah ni.
YOU ARE READING
Irrational Love.
Romance*irregular updates* No synopsis. Just a hint. This story is a cute yet sexy story bout a girl with her kidnapper. Just a bad boy with a cute attitude. Hehe. To be honest, cerita ni tak banyak 18+ scene pun. Kalau ada pun, aku tak say it out loud. A...