48 Spicy QnA

638 12 0
                                    

Sedari tadi, langkahku laju diekori dua ketul manusia bermulut kepoh. Ada saja soalannya-

"Kau pahal mc sampai 2 hari? Mc ke,, dating dengan kekasih hati?"

"Untunglah dapat mc 2 hari. Bagitahulah aku mana nak dapat buat mc gitu. Susah duh klinik sekarang."

"Sharelah kau cuti 2 hari buat apa."

"Dahlah tak text aku langsung. Mentang-mentanglah syok cuti 2 hari."

Ya, sebab tak mahu tergesa pulang ke sini, Ryan menyuruhku ambil mc 2 hari. Dia yang dapatkan mc tu. Aku tak ada kena-mengena.

Mama papa? Aku beritahu mereka yang aku bermalam di rumah Gee untuk projek taman itu. Aku tak tahu kalau mama papa ada call Gee atau tak, tapi mama percaya kataku.

Serabut dengan soalan-soalan yang ditujukan kepada aku sedari tadi, aku segera meletakkan beg laptop ke atas meja dan berpaling belakang memandang mereka. Siapa lagi? Gee dan Alex. Pasangan belangkas yang- bukan saja suka berkepit, perangai dua-duanya pun dah serupa.

"Ya, aku mc 2 hari. Aku demam. Demam rindu. Kenapa?"

Gee mulalah dengan keterujaannya. Lengan Alex ditepuk-tepuknya penuh teruja. Excited betul kawan aku ni.

Alex pula- mula dah drama dia. Tangannya mengangkat menutup mulut seketika sebelum menepuk-nepuk bahuku.

"Akhirnya, berbahagia juga kawan aku sorang ni. Officially, dah keluar dari kelab single mingle."

Wajahnya aku pandang lama. Apa-apa sajalah diorang ni. Tak tahu nak cakap apa lagi.

Loceng sekolah berbunyi menandakan kelas sudah bermula.

"Babe, I balik kelas dulu. Nanti lunch I datang sini."

"Okay, bae!" jerit Gee sambil melambai riang kekasihnya saat lelaki itu sudah melangkah keluar kelas.

Hilang bayang cinta hatinya, laju sahaja dia berpaling memandang aku.

"Nanti cerita kat aku apa jadi. Sampai hati kau tak text aku pun. Tahu-tahu hilang je-"

"Okay, class. Good morning."

Ucapan Mr Hairy buat kata-katanya terpotong. Segera dia duduk di tempat duduknya namun masih lagi memandang aku.

'Jangan lupa!' mulutnya bergerak tanpa suara.

Aku hanya mengangguk mengiyakan.

'Janji?'

Anggukan aku lajukan lagi.

"Gee? U good there? Anything to share?" laju betul Mr Hairy perasan Gee begini.

"Yea, I'm good. Sorry, sir."

Mr Hairy sekadar mengangguk dan kembali kepada buku rujukannya.

Tak mahu menarik perhatian kelas lagi, aku segera betulkan dudukku dan mengeluarkan buku notaku.

Haih, bilalah nak habis waktu persekolahan? Macam lama pula harini berlalu.

----------

Bersinar-sinar mata mereka menanti aku bersuara. Beberapa minit mendiamkan diri, terlepas juga keluhan dari mulutku. Kepala aku tongkat memandang mereka yang sedari tadi memandang aku.

"Korang nak tahu yang mana ni?"

Alex dan Gee berpandangan sebelum memandang aku semula.

"Dari mulalah. Nak tahu gak, macam mana kau dengan dia jadi. Siapa start dulu? Macam mana kau boleh sangkut dengan dia? Semualah. Tapi, dari mula," Gee membuka mulut.

Irrational Love.Where stories live. Discover now