1.0

254 69 77
                                    

Hampir 5 tahun kerajaan langit menanti kepulangan Asta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Hampir 5 tahun kerajaan langit menanti kepulangan Asta. Selama empat tahun ini, keluarga kerajaan langit menunggu Asta pulih sepenuhnya sejak badannya bertukar menjadi debu.

Asta tak akan mati. Itu adalah hukuman bagi Asta kerana telah melanggar pantang larang keturunan ayahanda pin. Dia dihukum kerana merelakan dirinya disentuh oleh manusia tanpa izin keluarga.

Dia ditukarkan sebagai debu bercahaya dan kembali ke istana. Asta dihantarkan ke makmal istana untuk memulihkannya kembali.

Dan lebih menyedihkan lagi, separuh ingatannya bersama Maya diambil oleh Raja Altair iaitu ayah kepada Asta. Raja Altair begitu murka dengan tindakkan anaknya tetapi masih lagi berasa simpati dan hanya mengambil separuh ingatan dari Asta.

Asta hanya akan mengenal nama dan rupa Maya sahaja. Segala kenangannya dengan Maya diambil supaya Asta tidak terluka apabila mengingat Maya kembali.

Raja Altair berbuat sebegitu kerana dia tidak mahu anaknya bertindak di luar jangkaan lagi. Lagipula, Asta memang tidak akan dibenarkan turun ke bumi kerana memang syaratnya turun ke bumi hanya sekali.

Dan...Raja Altair ingin Asta berkahwin dengan seorang puteri bulan. Itu juga adalah salah satu sebab mengapa dia mengambil ingatan Asta bersama Maya.

💫💫💫

Asta mencelikkan matanya. Dia memandang sekeliling dengan pandangan aneh. "Aku kat bilik ke hospital eh?" soalnya sendiri.

"Hospital tak wujud dekat langit ni." Balas Cullen.

Asta memandang adiknya yang menuju ke arahnya sambil menatang dulang makanan dan ubat. "Eh? Aku rasa aku jalan-jalan dekat bumi. Macam mana aku boleh ada kat sini?" soal Asta lagi.

Cullen berasa kasihan melihat Asta. Ternyata betul khabar angin yang dia dengari tentang ingatan Asta yang hilang. Ingin sahaja dia bertanya tentang Maya tetapi nanti Raja Altair murka pula.

Cullen meletakkan dulang makanan itu di atas meja tepi katil dan duduk disebelah Asta.

"Kau lupa ke apa jadi kat kau?" soal Cullen.

"Lupa? Erm...apa je aku ingat?" soalnya semula.

"Haih...kau demam, dah makanlah sarapan ni...aku bawa untuk kau tau. Dah lama kau tak makan."

"Kenapa tak suruh dayang je yang hantar, kau kan anak raja."

"Eh engkau ni, banyak mulut pula. Makan jelah!" Cullen menjeling Asta.

Asta tersengih kemudian mengambil makanan di atas meja lampu itu lalu meletakkan di atas ribanya.

"Adik, kau tahu tak super wing?" soal Asta tiba-tiba.

"Ha? Apa benda tu?" Berkerut dahi Cullen.

"Entahlah benda apa, tapi aku selalu mimpi ada kanak-kanak main dekat taman lepastu jerit 'super wing!' Aku rasa dorang comel..." Asta tersengih kemudian menyuap makanan ke dalam mulutnya.

"Ingatan kau waktu berjalan-jalan dekat bumi kot..."

"Aku pernah turun ke bumi eh? Kau kata aku demam." Asta memandang Cullen pelik.

"Ish kau ni. Kau pernah turun ke bumi kan? Jumpa Maya." Cullen merengus geram. Tiba-tiba dia teringat pesan Ayahandanya supaya tidak menyebut nama gadis bumi dihadapan Asta. Cullen menggigit bibir.

"Maya? Aku macam pernah dengar tau nama dia, muka dia pun aku ingat macam mana, cantik orangnya. Tapi apa kaitan dia dengan aku?" soal Asta lagi.

"Tak tahu. Dah lah, aku nak jumpa bonda, jangan banyak fikir sangat, kau tu baru nak sihat. Dah makan cepat." Pesan Cullen, kemudian dia terus berlalu keluar dari bilik Asta.

Asta hanya mematuhi arahan untuk makan dengan cepat, dia tak sabar nak main dengan bintang. Pada awalnya dia terasa seperti dah bertahun tidak keluar bilik. Itu yang dia rasa, padahal memang bertahun pun dia tak sedarkan diri. Dah macam puteri beradu versi putera pula.


💫💫💫

"Zein, awak rehat jelah dulu, biar saya kemas semua ni." Maya mengambil kain lap untuk mengelap meja, kerusi disusun dengan kemas. Cawan kopi dikutip untuk dibawa ke singki.

"Maya, takpe...biar saya tolong, alahai awak ni, macam tak biasa pulak. Kita dah berkerja dah dekat 3 tahun, tu pun nak berkira." Omel Zein sambil membantu Maya mengutip cawan.

Maya tertawa kecil sahaja dan mengalah, dia nak Zein rehat sebab dari tadi Zein buat kerja tak henti kerana melayan pelanggan yang agak ramai harini.

Maya membawa papan kapur itu masuk ke dalam dan mengunci pintu hadapan. Papan tanda yang tersangkut di pintu itu dipusingkan menunjukkan perkataan 'close' di depan.

Maya datang ke dapur kecil untuk membantu Zein mencuci cawan dan piring kecil yang ada. Sambil itu, mereka berbual kosong.

"Maya, boleh saya tanya?" soal Zein.

"Boleh tak kalau awak nak tanya, awak tanya je. Tak payah tanya boleh ke tak. Straight to the point."

Zein tersengih. "Saya tertanya-tanya, kenapa nama Cafe ni Asta? Nama boyfriend awak ke?" Hampir tersedak air liur dibuatnya apabila terdengar soalan terakhir itu.

"Asta tu maksud dia bintang, saya saja letak nama cafe macam tu, sebab nampak cantik je." jawab Maya.

"Kenapa tak letak terus nama penuh?"

"Nama penuh?" Dahi Maya sedikit berkerut memandang Zein disebelah sambil membilas cawan.

"Eh, awak free tak esok?" soal Zein sengaja kerana ingin mengelak dari soalan Maya.

"Free je, kenapa?"

"Cafe kan tutup esok, jom pergi jalan-jalan. Esok musim bunga sakura, mesti banyak bunga mekar." Cadang Zein.

"Eh, haah lah! Saya okay je!" Maya tersenyum teruja.

"Okay, esok jumpa depan cafe pukul 8 pagi." Pesan Zein.

"Okay!"

Mereka berdua masih lagi di singki mencuci cawan sambil bergurau senda. Tanpa mereka sedari mereka berdua diperhatikan dari jauh.

Diperhatikan dari langit.

9:22pm , 17 oct 2021

Maya : The Sweet Dream ✔︎Where stories live. Discover now