5.0

195 39 36
                                    

Zullien memandang tajam ke arah Cullen, mereka membiarkan Maya jalan ke hadapan dalam keadaan jakun melihat kemewahan istana mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Zullien memandang tajam ke arah Cullen, mereka membiarkan Maya jalan ke hadapan dalam keadaan jakun melihat kemewahan istana mereka.

"Apahal kau bawak dia kesini?" Soal Zullien tegas.

"Sebab dia penting." Balas Cullen tanpa memandang wajah abangnya dan terus berjalan ke hadapan.

"Kau tahu kan yang ayahanda suruh aku buatkan Maya lupakan Asta? Kau kenapa tiba-tiba bertindak macam ni?" Soal Zullien.

"Menegakkan keadilan dalam alam percintaan."

"The f-"

"Shut the fuck up big brother." Cullen memberikan Zullien jelingan maut dan berjalan disebelah Maya.

Zullien terdiam seketika dan mengikut langkah adiknya.

"Cullen...Asta-"

"Dia hidup lagi." Cullen memotong percakapan Maya. Maya mendongak memandang Cullen dengan wajah yang teruja. Kali terakhir dia jumpa Cullen ni pendek je, tapi sekarang bukan main tinggi lagi.

"Aku bawa kau datang sini sebab aku nak kau buktikan yang kau betul-betul cintakan Asta! Kalau kau ragu-ragu untuk buktikan, aku sendiri campak kau dari langit ni ke bumi. Faham?" Cullen merenung tajam ke dalam mata Maya.

Maya terkelu dan hanya mampu mengangguk sahaja. Aura Cullen mengerikan dan terlalu dingin baginya.

Mereka bertiga tiba di ruang makan. Mereka semua memandang ke arah Maya. Maya meneguk air liurnya kerana panahan mata tajam dari Raja Altair sangat mengerikan.

"Siapa tu?" soal Elara.

"Maya Alora, gadis dari bumi yang menjadi cinta pertama Asta."

"Ew, manusia bumi?" Elara memandang Maya dari atas ke bawah.

Cullen memberi pandangan maut pada Elara, terus dia menunduk.

"Inilah Maya yang kamu nak sangat jadikan dia sebagai kakak ipar? Hm?" soal Raja Altair.

"Ya."

"Macam pernah jumpa." Asta bangun dari kerusinya dan mendekati Maya. Asta merapatkan mukanya sambil menggosok dagu sendiri.

Maya terkedu seketika.

"Kau dah lupa aku ke?" soal Maya dengan nada sedih.

"Lupa? Kita pernah kenal ke?" Asta menjauhkan diri dari Maya.

Maya tersentak.

"Asta, tengok ni!" Maya menunjukkan kesan cop yang pernah Asta copkan pada tangannya.

Maya : The Sweet Dream ✔︎Where stories live. Discover now