9.0

70 17 12
                                    

5 hari kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


5 hari kemudian..,

Cullen memandang sisi wajah Maya yang cantik. Dia merenung lama gadis itu. Maya sedar Cullen sedang merenungnya namun dibiarkan saja.

"Cantik."

"Tahu."

"Kau pahal, tahu apa?" Cullen terkejut dengan perkataan yang terkeluar dari mulutnya sendiri tetapi menyembunyikan reaksinya.

"Aku cantik kan?" Maya tertawa.

"Tch. Perasan. Aku puji pokok sakura tepi tu." Cullen menoleh ke arah berlawanan.

Wajahnya sedikit kemerahan.

"Aku ingat lagi waktu pertama kali kita jumpa, kau cakap aku hodoh lepastu Asta marah, HAHAHA! Aku cantik tau, tak baik cakap aku hodoh." Maya mencubit lengan Cullen.

"Sakit la." Cullen menjeling Maya dan memandang ke arah pokok sakura di depannya lalu tersenyum nipis.

"Aku tipu je waktu tu. Ye, kau cantik. Waktu tu aku seronok tengok Asta dapat kenal manusia cantik macam kau. Kadang aku rasa kau lebih dari perkataan cantik." Pujinya.

Seketika suasana menjadi sunyi.Maya terkedu melihat sisi lembut Cullen.

"Cullen..."

"Diamlah. Aku lapar, jom balik." Cullen bangun dari bangku dan berjalan meninggalkan Maya sambil menggosok belakang tengkuknya.

Maya tertawa kecil dan berjalan di belakang Cullen.

"Aku taknak balik lagi, jom pergi Familymart lepastu kita lepak dekat taman." Ajaknya. Cullen hanya mendengar kata.

Mereka singgah ke Familymart untuk membeli makanan.

Cullen berdiri di bahagian dessert dan memikirkan apa yang mahu dibeli. Dia melangkah ke belakang beberapa tapak dan terlanggar seseorang dibelakangnya yang sedang memilih roti.

Cullen sedikit terkedu melihat lelaki berkemeja putih yang berbadan kekar dan tinggi itu.

"Eh papa? Buat apa kat sini?" Soal Maya pada lelaki yang dilanggar tanpa sengaja oleh Cullen.

"Papa?" Cullen memandang Maya.

"Beli roti la sayang, nampak papa beli ikan ke?"

"Sugar daddy kau ke?" Bisik Cullen. Maya terus mengetuk kepala Cullen.

"Bapak aku la!"

Tuan Zayyan iaitu ayah Maya memandang hairan mereka berdua. Cullen agak terkejut kerana wajah ayah Maya kelihatan muda dan kacak.

"Papa, kenalkan ni Cullen Emrys, kawan Maya."

'Young star...'

"Anak bongsu?" Soal Tuan Zayyan.

Maya : The Sweet Dream ✔︎Where stories live. Discover now